Saya telah menghantar permohonan no rekod 17415/2015 atas nama iklan Rasa Johor bagi kedai saya di Medan Selera. Nama itu telah tidak diluluskan dan nama gantian iaitu Makanan Johor tidak boleh digunakan kerana terlalu panjang. Buat makluman, pada asalnya saya ingin meletakkan nama Selera Johor tetapi tidak dapat digunakan kerana terlalu panjang. Di Medan Selera ruagan iklan sangat terhad. Seperti nama restoran terkenal, Rasa Utara, saya harap nama Rasa Johor diterima. Kami juga telah labur dalam membuat iklan itu. Saya harap pemohonan ini dipertimbangkan semula. Sila maklumkan dengan siapa saya harus berjumpa untuk selesaikan masalah ini kerana saya perlu dapatkan lesen niaga dari MBSA segera. | Sila kemukakan semula permohonan saudara melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" dan tekan butang kemas kini. Nyatakan alasan tuan untuk mengekalkan nama tersebut. | Lain-lain | 12.05.2015 |
tukarkan perkataan rumi ke jawi MEDAN SELERA DATARAN SUNGAI | ميدن سليرا داترن سوڠاي | Ejaan | 15.12.2015 |
tukarkan perkataan rumi ke jawi MEDAN SELERA SUNGAI MELAKA | ميدن سليرا سوڠاي ملاک | Ejaan | 30.10.2015 |
Selamat petang, Saya ingin membuat semakan berkenaan papan tanda yang harus dipaparkan di medan selera yang akan dibuka di AEON MALL Bandar Dato' Onn, Johor Bharu. Dibawah saya sertakan lampiran saiz dan contoh papan tanda yang akan dipaparkan. Sekian terima kasih. Yang benar, Nurasyikin | Untuk semakan dan pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". Sila layari laman web http://dbpsahbahasa.my/ | Lain-lain | 16.08.2017 |
Salam sejahtera tuan/puan, Mohon semakan cadangan tanda nama tempat makan seperti berikut: Medan selera orang Jasin Sekian terima kasih | Untuk papan iklan, mohon membuat permohonan melalui potal DBP, iaitu http:dbpsahbahasa.my | Lain-lain | 02.08.2017 |
Dear Sir / Madam Please check for us the malay translation. This is the opening hour signage for shopping mall.Can we have the short form for the time ? e.g.Pagi > PG, Malam>MLM Waktu operasi baru: 1. Pusat membeli-belah:10PG-8MLM 2. Medan selera eaterie: 9PG-6PTG 3. Tempat letak kereta: 7PG-11MLM Thank you !! | Singkatan ejaan adalah seperti yang berikut: PAGI - PG., TENGAH HARI - TGH. HARI, PETANG - PTG. DAN MALAM - MLM. (mesti ada tanda titik) seperti 10 PG. - 8 MLM. | Tatabahasa | 08.01.2013 |