Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (média) alat atau perantara komunikasi (perhubungan), spt radio, televisyen dan akhbar; ~ am pelbagai jenis saluran atau perantara komunikasi, alat atau saluran komunikasi amnya atau keseluruhannya; ~ cetak alat atau saluran komunikasi yg berupa bahan cetakan atau terbitan (spt surat khabar, majalah, dll); ~ elektronik alat atau saluran komunikasi yg berupa atau yg menggunakan alat-alat elek­tron moden (spt radio, televisyen, dll); ~ massa pelbagai jenis alat komunikasi (spt televisyen, radio, surat khabar, majalah, dsb) yg dapat menyampaikan maklumat (berita dsb) kpd orang ramai dgn cepat (dlm masa yg singkat), sebaran am. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (média) alat atau perantara dlm komunikasi atau dlm perhubungan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata media


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Perkataan mana lebih tepat antara "sosial media" atau "media sosial"MEDIA SOSIALTatabahasa15.03.2013
Saya ingin tahu sama ada "OKU" bermaksud orang kurang upaya atau orang kelainan upaya ? Biasanya kita ketahui OKU ialah orang kurang upaya, tapi baru-baru ini saya dapati di media-media massa banyak menggunakan 'orang kelainan upaya'. saya mendapat tajuk thesis berkenaan dengan oku .Jadi istilah mana yang saya perlu guna?saya harap pihak tuan dapat memberikan jawapan secepat mungkinIstilah yang ada dalam pangkalan data kami ialah "Orang Kurang Upaya" atau ringkasnya OKU. Kami maklum dengan perkembangan terkini, iaitu penggunaan "Orang Kelainan Upaya" yang seolah-olah menggantikan istilah OKU sebelum ini. Walau bagaimanapun, belum ada sebarang perubahan dan penggunaan "Orang Kurang Upaya" masih dikekalkan. Penggunaan istilah ini juga selaras dengan akta, Akta Orang Kurang Upaya 2008.Istilah04.12.2015
1) APAKAH MAKSUD ATAU TAKRIFAN SEBENAR MEDIA CETAK DAN APAKAH JENIS-JENIS MEDIA CETAK YANG TERDAPAT DI MALAYSIA. 2) SILA HURAIKAN PERANAN MEDIA CETAK DALAM MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU BAKU. 3)SEJAUH MANAKAH MEDIA CETAK DI MALAYSIA MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU BAKU DALAM PENULISANNYA.Media cetak ialah alat atau saluran komunikasi yg berupa bahan cetakan atau terbitan (spt surat khabar, majalah, dll). Peranan media cetak dalam memartabatkan bahasa Melayu memang banyak. Ini dapat dilihat dalam akhbar arus perdana yang terdapat pada hari ini. Ini tidak termasuk bahan-bahan lain seperti buku-buku dan sebagainya. Akhbar di Malaysia memang menggunakan bahasa baku dalam penulisannya. Perlu juga diingat bahawa yang membezakan gaya penulisan dalam setiap bahan bercetak ialah laras bahasa yang digunakan. Misalnya, dalam bidang undang-undang, penulis akan menggunakan laras bahasa undang-undang dalam menyampaikan maklumatnya. Begitu juga dalam bidang sukan, politik, sains dan pelbagai disiplin ilmu lain, penulis akan menggunakan laras bahasa yang bersesuaian dengan apa yang hendak dipaparkan dalam tulisannya. Terima kasih.Lain-lain03.08.2008
Apakah padanan media engagement?Padanan dalam bahasa Melayu untuk "media engagement" ialah "keterlibatan media".Makna11.09.2019
Selamat pagi dan salam sejahtera, muat naik di laman media, muat naik ke laman media atau muat naik ke dalam laman media? Mohon penerangannya sekali. Terima kasih.Penggunaan perkataan yang betul ialah muat naik ke dalam laman media. Kata sendi nama 'ke' menunjukkan berlakunya pergerakan fail contohnya dalam simpanan komputer ke laman media dan penggunaan kata sendi nama 'dalam' merujuk laman media yang merupakan tempat/lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak yang nyata.Tatabahasa19.11.2018
perbezaan "Perbarisan Kehormatan" dengan "perbarisan kehormat"Untuk makluman, kehormatan bermaksud untuk menghormati kedatangan orang besar. Manakala, kehormat pula bermaksud orang yang dihormati dalam majlis dan sebagainya. Penggunaan frasa yang tepat ialah Perbarisan Kehormatan. Sungguhpun begitu, frasa Perbarisan Kehormat  juga banyak digunakan terutamanya oleh media-media masa hari ini. Makna17.08.2016
Apabila menemui kesalahan bahasa dalam media cetak atau pelbagai media lain, untuk menegur atau membantu membuat pembetulan, yang mana satu langkah lebih baik a) menerusi pantau tegur bahasa (dbp) atau b) menegur terus kepada media berkenaan dengan menulis surat dan sebagainya. Terima kasih.Pada pandangan kami kedua-dua langkah boleh diambil, iaitu melalui pantau tegur dan menulis terus kepada agensi berkenaan. DBP amat mengalu-alukan bantuan dan kerjasama daripada masyarakt pengguna bahasa untuk sama-sama memikul tanggungjawab dalam memastikan penggunaan bM yang betul dan seterusnya memartabatkan bM, bahasa kebangsaan kita.Lain-lain06.08.2007
Saya ingin mendapatkan senarai kata-kata Bahasa Melayu yang dipinjam dari Bahasa Inggeris. Contohnya, Social Media dijadikan Media Sosial. Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat tersebut? Sekian terima kasih.

Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". Saudara juga boleh mendapatkan hebahan terkini dalam laman sosial kami, iaitu melalui Facebook dan Instagram Dewan Bahasa dan Pustaka.

Istilah11.01.2019
Salam sejahtera, muat naik di laman media, muat naik ke laman media atau muat naik ke dalam laman media? Mohon penerangannya. Terima kasih.Perkataan yang betul ialah melalui, iaitu muat naik melalui laman media. Melalui dalam konteks ayat tersebut berfungis sebagai "dengan perantaraan" atau "menerusi". Contohnya, Rancangan Dewan Bahasa sering kali disiarkan melalui radio.Makna26.11.2018
1) Kenyataan Media menggantikan Kenyataan Akhbar 2) Sidang Media menggantikan Sidang Akhbar Adakah boleh digunapakai untuk kedua-duanya? Sekian, terima kasih.Istilah yang tepat ialah Kenyataan Media dan Sidang Media.Lain-lain09.06.2017
12345678910...

Kembali ke atas