Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sosial (kata nama)
Bersinonim dengan kemasyarakatan;
Kata Terbitan : bersosial,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Perkataan mana lebih tepat antara "sosial media" atau "media sosial"MEDIA SOSIALTatabahasa15.03.2013
Saya bersungguh-sungguh mengharap pihak DBP mempergiatkan usaha mempopularkan bahasa Melayu di media sosial. Saya sarankan, dan saya harap saran ini diambil serius, berikan munsyi-munsyi DBP mengelola akaun media sosial khususnya Twitter untuk mengajar rakyat bahasa Melayu yang baik dan benar, sesuai dengan penggunaan media sosial dan menegur ahil politik yang kian lama makin tidak endahkan bahasa Melayu. Wujudkan tentera maya bagi mempromosi bahasa baik dan benar. Terima kasih atas keprihatinan dan cadangan/saranan tuan terhadap penggunaan bahasa Melayu. Cadangan pihak tuan akan kami panjangkan kepada pihak atasan kami.Lain-lain04.02.2019
Salam. Adakah ayat ini betul dari segi tatabahasa? "Media sosial merupakan salah satu cabang internet." Terima kasih.Ayat " "Media sosial merupakan salah satu cabang Internet." ini betul dari segi tatabahasa dan ejaan Internet (I - huruf besar) Tatabahasa22.06.2020
Apakah terjemahan bagi "catfish" (istilah media sosial")?Untuk makluman, padanan bahasa Melayu bagi istilah catfish mengikut Kamus Dewan, ialah ikan duri. Setakat ini, masih belum terdapat padanan yang merujuk kepada istilah media sosial. Pihak kami akan mengajukan istilah tersebut kepada pihak yang berkenaan.Istilah20.04.2018
Salam sejahtera, boleh saya dapatkan padanan kata bagi istilah "repost" dalam konteks media sosial? Sekian, terima kasih.Sehingga kini tiada lagi padanan bagi istilah repost dalam bidang teknologi maklumat (media sosial). Cadangan kami yang sesuai ialah  "ulang siar". Walau bagaimanapun, cadangan tuan akan kami bawa kepada Jawatankuasa Istilah semasa untuk dibincangkan.Istilah31.08.2019
Apakah terjemahan yang paling tepat bagi istilah "social media post"? Adakah perkataan pos sesuai untuk digunakan dalam konteks ini?Dalam konteks media sosial, "post" diterjemahkan kepada "Hantaran". Oleh itu, terjemahan yang sesuai ialah "Hantaran Media Sosial". Penyemakan dan penterjemahan23.04.2018
Perkataan baharu yang sering digunakan Di media sosial adalah "normal baharu" , yang mana Bahasa Inggerisnya adalah "new norms". Pada pengetahuan saya , norms= norma Soalan: 1. Adakah perkataan 'normal' tepat dan betul 2. Jika tidak tepat, apakah tindakan susulan pembetulan Yang DBP laksanakan supaya perkataan yang betul digunakan.
Padanan bahasa Melayu bagi new normal ialah kebiasaan baharu manakala new norm pula ialah norma baharu.

Kebiasaan baharu (new normal) merupakan tindakan atau tingkah laku yang baharu atau, tidak seperti kebiasaan untuk dijadikan standard atau biasa disebabkan oleh sesuatu perkara seperti pandemik penyakit berjangkit, dalam usaha mengadaptasi keadaan baharu.

Norma baharu (new norm) pula merupakan peraturan yang diterima atau diguna pakai oleh masyarakat disebabkan berlakunya sesuatu perkara seperti pandemik penyakit berjangkit.

DBP menyebarluaskan penggunaan  istilah yang betul melalui media sosial DBP seperti melalui laman Facebook Dewan Bahasa dan Pustaka, Instagram, Twitter dan aplikasi Whatapps.  
Penyemakan dan penterjemahan15.06.2020
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sebelum ini heboh di media sosial berkenaan maksud MENARA GADING, yang antara lain membawa maksud tetek perempuan (maaf jikalau bahasa kurang sopan, tapi ini yang tertulis di dalam kamus tersebut) dan makna tersebut terdapat di dalam kamus cetakan Utusan dan Al-Hidayah. Soalan saya, benarkah penggunaan istilah ini? Saya berpendapat perkataan ini digunakan pada Bahasa Melayu terdahulu, tapi nasihat/rujukan tuan/puan lebih saya dahulukan. Terima kasih.Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, menara gading bermaksud keadaan atau kedudukan yang tersisih daripada keadaan hidup sehari-hari (masalah sebenar yang dihadapi dsb); b) pusat pengajian tinggi (seperti universiti). Kontroversi makna simpulan bahasa menara gading yang disiarkan menerusi sebuah buku terbitan tempatan dipercayai merujuk kepada istilah Melayu lama. Simpulan bahasa itu pernah digunakan bagi merujuk payu dara pada zaman Hikayat Hang Tuah. Bagaimanapun, istilah itu tidak sesuai digunakan kini kerana menara gading merujuk kepada universiti. Pada zaman Hang Tuah, universiti belum wujud lagi.Tatabahasa14.03.2015
Apakah padanan kata bagi kata Inggeris selfie yang banyak digunakan dalam media sosial? Terima kasih Dr S. NathesanPerkataan selfie belum ada dalam data kami, oleh itu penggunaannya dalam wacana bahasa Melayu perlu diitalikkan.Istilah03.09.2014
Salam sejahtera, apakah padanan kata bagi istilah "stalk, stalking & stalker" dalam konteks penggunaan media sosial? Sekian, terima kasih.Padanan kata bagi stalk ialah tangkai (biologi), gagang (perubatan), pangkal (perikanan) atau hendap manakala stalking ialah menghendap dan stalker pula menurut Kamus Inggeris - Melayu Dewan ialah pemburu atau pengintai maya(Teknologi Maklumat dan Komunikasi)Makna03.10.2019
12345

Kembali ke atas