Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n (colloq) give so. a ~, memeriksa sso; have a ~, diperiksa doktor. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : adj perubatan: a ~ practitioner, pengamal perubatan; ~ students, pelajar-pelajar perubatan; he requires ~ treatment, dia memerlukan rawatan perubatan; a ~ ward, wad perubatan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata medical


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan bahasa kebangsaan bagi istilah yang berikut: (a) obsolete medical device (b) orphaned medical devicePadanan bahasa Melayu bagi istilah obsolete medical device ialah peranti perubatan usang dan istilah orphaned medical device ialah peranti perubatan yatim. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah27.10.2023
Terjemahkan medical tourismPelancongan perubatanEjaan09.08.2006
Apakah istilah sesuai untuk medical dressing? Dressing dalam data PRPM ialah pembalut, manakala bandage juga diterjemahkan sebagai istilah sama sedangkan kedua-duanya berbeza.Kedua-dua perkataan bahasa Inggeris, medical dressing dan bandage digunakan dalam istilah perubatan.  Istilah yang sesuai dalam bahasa Melayu untuk medical dressing ialah pembalut perubatan, sementara bandage ialah pembalut.  
Padanan perkataan bergantung pada kesesuaian serta konsep penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.
Istilah29.06.2022
Apakah terjemahan untuk medical error?Kami mencadangkan "medical error" diterjemahkan sebagai "kecuaian perubatan" atau "kesilapan perubatan". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Penyemakan dan penterjemahan06.11.2021
Apakah terjemahan yang paling sesuai bagi perkataan Inggeris: medical consumables?Cadangan terjemahan bahasa Melayu untuk medical consumables ialah barang guna habis untuk perubatan.Penyemakan dan penterjemahan18.05.2017
Salam, Alih bahasa: Diploma in Medical and Health Science Apakah cadangan DBP dalam Bahasa Melayu? Terima kasih.Pihak DBP mencadangkan padanan bahasa Melayu bagi Diploma in Medical and Health Science ialah "Diploma Perubatan dan Sains Kesihatan."Lain-lain22.02.2022
Boleh tolong terjemahkan istilah bahasa Ingeris "e-Medical Card" ke bahasa Melayu. Adakah e-Kad Perubatan atau Kad e-Perubatan".Cadangan padanan bagi istilah e-medical card dalam bahasa Melayu ialah kad e-perubatan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah06.07.2024
Tuan/Puan, Saya ingin menterjemahkan "Comprehensive Medical Coverage" kpd "Perlindungan Medikal Komprehensif", iaitu menggunakan "medikal" sbg perkataan alternatif utk "Perubatan". Bolehkah penggunaan terma "medikal" diterima di dlm frasa tersebut? Terima kasih.Puan digalakkan menggunakan perkataan perubatan yang merupakan padanan istilah bagi medical. Hal ini kerana istilah medikal tidak diterima dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu. Untuk makluman puan, penggubalan/peminjaman sesuatu istilah perlu melalui peraturan yang khusus yang digubal oleh suatu jawatankuasa yang dianggotai oleh pakar bidang masing-masing.Istilah08.06.2009
pihak KKM dalam urusan mengeluarkan Garis Panduan Pelantikan Pakar Perubatan Perunding. Mohon nasihat berkenaan gelaran berkenaan samada Pakar Perubatan Perunding atau Pakar Perunding Perubatan. tafsiran 1) Pakar Perubatan (Pra-warta) atau Medical Specialist (Pre-gazettement) bermaksud seorang pegawai perubatan yang memperolehi kelayakan perubatan yang diiktiraf serta sedang menjalani proses pewartaan. 2) Pakar Perubatan atau Medical Specialist bermaksud seorang pegawai perubatan yang memperolehi kelayakan perubatan yang diiktiraf serta telah dilantik dan diwartakan sebagai pakar perubatan oleh Ketua Pengarah Kesihatan. 3. Pakar Perubatan Perunding atau Medical Consultant bermaksud seorang pakar perubatan yang berada pada Gred Khas atau Gred Utama C atau mana-mana pakar perubatan yang telah diwartakan sebagai pakar perubatan untuk tempoh melebihi 10 tahun atau mana-mana pakar perubatan yang dilantik sebagai pakar perunding perubatan oleh Ketua Pengarah Kesihatan. 4. Pakar Perubatan Perunding (Kanan) atau Senior Medical Consultant bermaksud seorang pakar perubatan yang berada pada Gred Khas atau Gred Utama B ke atas.Merujuk Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Bilangan 24 Tahun 2022: Garis Panduan Penggunaan Gelaran Pakar Perubatan Perunding, istilah yang digunakan dalam surat pekeliling tersebut ialah "Pakar Perubatan Perunding". Oleh Itu, kami mencadangkan penggunaan istilah tersebut hendaklah diselaraskan dengan surat pekeliling yang telah dikeluarkan. Sekiranya ada perbahasan lain, perkara tersebut hendaklah diperhalusi oleh pihak yang berwenang, iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia.Istilah23.11.2022
PUSRAWI INTERNATIONAL COLLEGE OF MEDICAL SCIENCES KOLEJ ANTARABANGSA SAINS PERUBATAN PUSRAWI ATAU KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWIKOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWILain-lain01.12.2010
123

Kembali ke atas