Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (méga) awalan asing 1. sangat besar, mis megalit; 2. sejuta, mis megawatt dan megavolt. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mega-

Puisi
 

Di waktu panas ketika rembang,
     Hujan ribut awan dan mega;
Penglipur lara penawar bimbang,
     Ingatan abang tidak dua tiga.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya ingin mencari maksud MEGA?Mega bermaksud 1. awan 2. terlalu besar atau hebat .Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat halaman 1012.Makna11.09.2008
salam, saya ingin bertanya apa kah maksud MEGACUN yang diperkenalkan oleh syarikat telekomunikasi (Celcom) bagi mempromosikan syarikat mereka.

 

Perkataan 'mega' merupakan awalan asing 1. sangat besar, cthnya megalit; 2. sejuta, cthnya megawatt dan megavolt. sementara perkataan 'cun' bahasa percakapan 1. kata yg mengandungi konotasi padan, anggun, dsb utk dikaitkan dgn sesuatu sifat spt merdu, cantik: Wah, ~lah rambut awak! 2. tepat mengenai sasaran. Dalam penggunaan yang betul, kita menggunakan 'jualan mega' yang merujuk jualan besar-besaran.

Makna04.01.2011
tuan, saya masuk ruang rujukan . ada kesilapan ejaan pada 4.14 ( laima meter persegi)....kalau betul is mesti lima meter persegi. tolong pereksa ayat tersebut. sekian terima kasih. adrian suresh 0163282710 ajs_ent@hotmail.comBerdasarkan rujukan tidak ada kata laima dalam pangkalan data kami kecuali Mega-laima haemacephala indica, nama saintifik sejenis burung. Sila hubungi kami semula dan nyatakan butiran lengkap rujukan tersebut.Lain-lain29.07.2011

Kembali ke atas