| Gabungkan ayat tunggal 1.a.Mei Mei ikat rambut. b.Mei Mei sikat rambut.(dan) Mei Mei ikat rambut dan sikat rambut.@Mei Mei ikat dan sikat rambut. Jwp yang mana satu tepat? | Ayat yang gramatis: Mei Mei sedang menyikat dan mengikat rambutnya. | Tatabahasa | 28.07.2015 |
| Gabungkan ayat tunggal 1.a.Mei Mei ikat rambut. b.Mei Mei sikat rambut.(dan) Mei Mei ikat rambut dan sikat rambut.@Mei Mei ikat dan sikat rambut. Jwp yang mana satu tepat? | Ayat yang betul dan logik ialah Mei Mei menyikat dan mengikat rambut. | Tatabahasa | 11.08.2014 |
| Gabungkan ayat tunggal 1.a.Mei Mei mengikat rambut. b.Mei Meimenyikat rambut.(atau) Mei Mei mengikat rambut atau mengikat rambut.@Mei Mei mengikat atau menyikat rambut. Jwp yang mana satu tepat? | Jawapan yang betul ialah Mei Mei mengikat atau menyikat rambut? | Tatabahasa | 12.08.2014 |
| Adakah ayat berikt betul? 1) Bapa Mei Ling polis. 2) Bapa Mei Ling ialah polis. 3) Bapa Mei Ling ialah seorang polis. 4) Bapa Mei Ling adalah seorang polis. | 1) Bapa Mei Ling polis. - Betul 2) Bapa Mei Ling ialah polis. - Betul 3) Bapa Mei Ling ialah seorang polis. - Betul 4) Bapa Mei Ling adalah seorang polis. - Salah. Sepatutnya 'ialah'.
| Tatabahasa | 13.11.2009 |
| 1)"Sang Kancil"buku cerita gemari Ali.(betul) 2)"Sang Kancil"buku cerita gemaran Ali.(betul) 3)"Sang Kancil"buku cerita kegemaran Ali.(betul) 4)Abu menyertai acara bawa bola pingpong dengan sudu.(betul) 5)Mei Ling menyertai acara tiup belon.(betul) 6)Ali dan Abu menyertai acara upih pinang.(betul) 7)Mei Mei dan Nora menyertai acara lari ikat kaki.(Betul) 8)Biki menyertai acara isi air dalam botol.(betul) Terima kasih. | Ayat yang betul ialah: 1) "Sang Kancil" buku cerita kegemaran Ali.(betul) 4) Abu menyertai acara bawa bola pingpong dengan sudu 5) Mei Ling menyertai acara meniup belon. 6) Ali dan Abu menyertai acara menarik upih pinang. 7) Mei Mei dan Nora menyertai acara lari ikat kaki. 8) Biki menyertai acara mengisi air dalam botol. | Tatabahasa | 23.06.2011 |
| PPD Timur Laut akan mengadakan Program Pemerkasaan Bacaan Murid Tahun 2026 pada 11 Mei hingga 15 Mei 2026 2. Saya ingin bertanya kepada pihak puan, bolehkah pihak IPG menyediakan 3 orang juri Bahasa Melayu bagi program berikut : a. Bicara Buku Sekolah Rendah (BM) - 11 Mei 2026 (Isnin) b. Bicara Buku Sekolah Menengah (BM) - 13 Mei 2026 (Rabu) b. Pengkarya Muda (Bahasa Melayu) - 14 Mei 2026 (Khamis) 3. Sekiranya pihak Tuan bersetuju, saya akan emelkan surat rasmi permohonan kepakaran juri kepada puan. Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya di talian 019-4544933 | Salam puan yang budiman, Terima kasih atas kesudian puan menghubungi kami. Bagi permohonan ini, surat rasmi bolehlah di-e-melkan atau dihantar kepada: Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Maklumat PA: Puan Noorazlina binti Sakri No. Telefon: 03-21479011 E-mel: dina@dbp.gov.my (PA) | Lain-lain | 04.05.2026 |
| Apakah ejaan yang betul : Chap Goh Mei atau Cap Goh Mei | Ejaan standard bahasa Melayu ialah Cap Goh Mei. Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 388. | Ejaan | 06.02.2025 |
| Ada yang kata, ayat tidak boleh bermula dengan nombor, adakah ia benar? Bagaimanakah saya hendak menyampaikan maksud ayat ini dengan betul? - 1 Mei merupakan cuti umum Hari Pekerja. | Ayat perlu dimulakan dengan perkataan sebelum angka seperti Pada 1 Mei atau Tarikh 1 Mei, contohnya Tarikh 1 Mei ialah cuti umum Hari Pekerja. | Tatabahasa | 16.06.2012 |
| Mei Ling seorang juruukur dalam kelas jahitan itu. Adakah perkataan "juruukur" betul diguna? terima kasih. | Juruukur ialah orang yang kerjanya mengukur tanah. Penggunaan juruukur dalam ayat tersebut adalah tidak tepat. | Tatabahasa | 08.03.2011 |
| A)Mei Ling makan (buah) oren atau (buah) epal? B)Mei Ling makan (buah) oren atau epal? Ayat yang mana satu betul? | Mei Ling makan buah oren atau epal? | Tatabahasa | 03.05.2017 |