Ayat yang manakah tepat dan gramtis? (a) Permukaan meja itu bulat. (b) Permukaan meja itu berbentuk bulat. (c) Meja itu berbentuk bulat. (d) Meja itu bulat. | Ayat yang tepat dan gramatis: Meja/Permukaan meja itu berbentuk bulat.
| Tatabahasa | 06.11.2015 |
1.Buku di atas meja. 2.Buku itu di atas meja . 3.Buku ada di atas meja. Adakah ayat-ayat di atas betul? | 1.Buku di atas meja. 2.Buku itu di atas meja . 3.Buku ada di atas meja. Ketiga-tiga ayat tersebut tidak terdapat kesalahan dan boleh digunakan. | Tatabahasa | 25.08.2017 |
Sesiku merujuk kepada sudut 30°, 60° dan 90°. Boleh ke tidak digunakan sebagai "sesiku meja" bagi bucu meja? Terima ksasih. | Penggunaan sesiku meja tidak boleh digunakan bagi menunjukkan bucu meja. | Tatabahasa | 12.08.2020 |
1. di meja atau pada meja? 2. di hati atau pada hati ? 3. di dinding atau pada dinding ? 4. di kerusi atau pada kerusi ? | Di atas meja, di/dalam hati, pada dinding dan di atas kerusi . | Tatabahasa | 10.07.2012 |
Yang manakah betul? (a) Meja itu diperbuat daripada kayu cengal. (b) Meja itu dibuat daripada kayu cengal. Sudah tentu kedua-dua ayat di atas ialah ayat pasif. Boleh tak tuan tunjukkan ayat aktifnya? | (a) Meja itu diperbuat daripada kayu cengal. (b) Meja itu dibuat daripada kayu cengal. Kedua-dua ayat tersebut betul dan kedua-dua bentuk ayat pasif ini telah menggugurkan pelaku, sepatutnya ayat tersebut menjadi; (a) Meja itu diperbuat daripada kayu cengal (oleh Ahmad). (b) Meja itu dibuat daripada kayu cengal (oleh Ahmad). Penguguran ini dibenarkan untuk ayat pasif diri ketiga. Berdasarkan bentuk asal ayat tersebut, ayat aktifnya menjadi; (a) Ahmad membuat meja itu daripada kayu cengal. | Tatabahasa | 13.05.2009 |
1. Ali, tolong susun meja di bawah khemah itu. Jwp a) Baiklah, ayah. Saya akan tolong susun meja di bawah khemah itu. b) Baiklah, ayah. Saya akan tolong menyusun meja di bawah khemah itu. c) Baiklah, ayah. Saya akan tolong susunkan meja di bawah khemah itu. Soalan 1. Ayat yang mana betul ? 2. Bolehkah kata "tolong" hadir dalam jawapan bagi ayat perintah ? Terima kasih. | Ali, tolong susun meja di bawah khemah itu. Jawapannya, Baiklah ayah, saya akan menyusun meja di bawah khemah itu. | Tatabahasa | 28.02.2017 |
istilah sesuai untuk metapora "from the desk of"? "dari meja" atau "daripada meja" atau ada yang lain? “From the desk of” is metaphor. Similar metaphors are “from the hand of” and “ from the pen of”. | Metafora “from the desk of” lazimnya melibatkan individu atau sekumpulan individu dalam sesebuah organisasi yang menulis sesuatu teks dalam konteks rasmi. Kami mencadangkan penggunaan frasa dari meja pengarang atau dari meja sidang pengarang untuk menunjukkan bahawa penulisan itu dihasilkan di atas meja oleh individu atau sekumpulan individu. | Istilah | 20.02.2020 |
petikan pertama : Ayat yang betul ialah: Murid-murid sedang menyusun meja dengan kemas, dengan kemas - merujuk cara kerja itu dilakukan. petikan kedua : Ayat yang betul ialah Siti menyusun meja supaya kemas dan Siti menyusun meja supaya kelihatan kemas. Kata sendi nama dengan dalam ayat ini membawa maksud cara sesuatu itu dilakukan, sedangkan kemas bukan cara tetapi hasil. Contoh ayat yang menggunakan dengan ialah Siti menyusun meja dengan kerjasama adiknya. kedua-dua penjelasan itu saya ambil terus daripada khidmat nasihat yang ada dalam pangkalan data. soalan saya :yang mana betul?? menyusun meja dengan kemas atau menyusun meja supaya kemas atau menyusun meja hingga kemas?? tq | Frasa yang betul ialah menyusun meja supaya kemas atau menyusun meja sehingga kemas. | Tatabahasa | 31.08.2015 |
Salam sejahtera. Ayat-ayat yang manakah betul? (1) Siti menyusun meja dengan kemas. (2) Siti menyusun meja supaya kemas . (3) Siti menyusun meja supaya kelihatan kemas . Terima kasih . | Ayat yang betul ialah Siti menyusun meja supaya kemas dan Siti menyusun meja supaya kelihatan kemas. Kata sendi nama ‘dengan’ dalam ayat ini membawa maksud cara sesuatu itu dilakukan, sedangkan ‘kemas’ bukan cara tetapi hasil. Contoh ayat yang menggunakan ‘dengan’ ialah ‘Siti menyusun meja dengan kerjasama adiknya. | Tatabahasa | 22.07.2014 |
1.meja berat itu terangkat oleh saya.adakah ayat itu betul? 2.saya terangkat meja berat itu.Apakah ayat pasifnya? | Ayat aktif : Saya terangkat meja yang berat itu. Ayat pasif: Meja yang berat itu saya terangkat. | Tatabahasa | 15.10.2014 |