| Ayat yang manakah tepat dan gramtis? (a) Permukaan meja itu bulat. (b) Permukaan meja itu berbentuk bulat. (c) Meja itu berbentuk bulat. (d) Meja itu bulat. | Ayat yang tepat dan gramatis: Meja/Permukaan meja itu berbentuk bulat.
| Tatabahasa | 06.11.2015 |
| DBP yg dihormati, bagaimanakah untuk membezakan kata nama tunggal yang mana perlu diganda penuh dan yang mana diganda separa? adakah semua kata nama tunggal itu blh diganda penuh dan juga boleh diganda separa? Terima kasih DBP. | Penggandaan penuh melibatkan seluruh kata dasar jenis kata nama yang digandakan tanpa sebarang perubahan bentuk dan boleh terdiri daripada semua jenis bentuk termasuk kata nama tunggal. Contoh meja-meja dan alat-alat. Bagi penggandaan separa ialah penggandaan yang melibatkan sebahagian sahaja kata dasar juga termasuk kata nama tunggal. Contohnya siku menjadi sesiku, gelang menjadi gegelang dan sebagainya. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 136. | Tatabahasa | 27.05.2010 |
| 1.Buku di atas meja. 2.Buku itu di atas meja . 3.Buku ada di atas meja. Adakah ayat-ayat di atas betul? | 1.Buku di atas meja. 2.Buku itu di atas meja . 3.Buku ada di atas meja. Ketiga-tiga ayat tersebut tidak terdapat kesalahan dan boleh digunakan. | Tatabahasa | 25.08.2017 |
| [Tiada perkataan "kededua" dalam rujukan kami. Sekiranya yang dimaksudkan 'kedua-dua', maka penggunaannya adalah betul. Kedua-dua bermaksud kelompok yang terdiri daripada dua (orang, dan sebagainya); dua-dua sekali. Perkataan ketiga-tiga dan keempat-empat boleh digunakan.] - oleh sebab perkataan "kedua-dua" telah melalui proses penggandaan separa dan diterima bentuknya sebagai "kededua", adakah ini bermaksud kita boleh aplikasi formula yang sama ke atas perkataan-perkataan seperti "ketiga-tiga" menjadi "ketetiga" dan "keempat-empat" menjadi "ke-e-empat" dan seterusnya? Terima kasih. | Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu penggandaan penuh, penggandaan separa dan penggandaan berentak. Contoh penggandaan penuh ialah meja-meja, rumah-rumah, pelatih-pelatih, amalan-amalan dan persatuan-persatuan. Manakala penggandaan separa ialah lelaki, pepohon, tetikus, sesiku, berkata-kata, sepandai-pandai, sayur-sayuran, risik-risikan, jadi-jadian, dan kebarat-baratan. Penggandaan berentak pula ialah kuih-muih, gotong-royong, batu-batan, dolak-dalik, gelap-gelita, anak-pinak, ulang-alik, lintang-pukang. Merujuk kepada pertanyaan mengenai 'kededua' dan 'ketetiga', tiada dalam rujukan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, muka surat 76 - 79. | Tatabahasa | 11.08.2010 |
| Selamat pagi, tuan/puan. Maaf, saya ingin bertanya tentang perkataan projek meja. Yang mana satukah yang betul? Projek meja atau meja projek? Mohon penjelasan daripada pihak DBP. Terima kasih. | Penggunaan yang betul ialah projek mega. Mega bermaksud besar (kata adjektif). | Tatabahasa | 17.08.2020 |
| Sesiku merujuk kepada sudut 30°, 60° dan 90°. Boleh ke tidak digunakan sebagai "sesiku meja" bagi bucu meja? Terima ksasih. | Penggunaan sesiku meja tidak boleh digunakan bagi menunjukkan bucu meja. | Tatabahasa | 12.08.2020 |
| 1. di meja atau pada meja? 2. di hati atau pada hati ? 3. di dinding atau pada dinding ? 4. di kerusi atau pada kerusi ? | Di atas meja, di/dalam hati, pada dinding dan di atas kerusi . | Tatabahasa | 10.07.2012 |
| Yang manakah betul? (a) Meja itu diperbuat daripada kayu cengal. (b) Meja itu dibuat daripada kayu cengal. Sudah tentu kedua-dua ayat di atas ialah ayat pasif. Boleh tak tuan tunjukkan ayat aktifnya? | (a) Meja itu diperbuat daripada kayu cengal. (b) Meja itu dibuat daripada kayu cengal. Kedua-dua ayat tersebut betul dan kedua-dua bentuk ayat pasif ini telah menggugurkan pelaku, sepatutnya ayat tersebut menjadi; (a) Meja itu diperbuat daripada kayu cengal (oleh Ahmad). (b) Meja itu dibuat daripada kayu cengal (oleh Ahmad). Penguguran ini dibenarkan untuk ayat pasif diri ketiga. Berdasarkan bentuk asal ayat tersebut, ayat aktifnya menjadi; (a) Ahmad membuat meja itu daripada kayu cengal. | Tatabahasa | 13.05.2009 |
| Adakah maksud berbeza antara "rumput" , "rerumput" serta "rumput-rumput" ? Atau perkataan tersebut hanya beza dalam kategori tatabahasa sahaja? | "Rumput" tergolong dalam kata dasar yang bermaksud sejenis tumbuhan yang melata di bumi (berdaun tirus dan kecil, biasanya menjadi makanan lembu, kambing, dan sebagainya) "Reremput" berasal daripada proses penggandaan separa. Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar "rumput". Contoh lain: lelaki, sesiku, tetikus, pepohon dan sebagainya. "Rumput-rumput" tergolong dalam kata ganda penuh iaitu proses mengulang keseluruhan kata dasar, sama ada kata dasar bentuk tunggal atau berimbuhan. Contohnya: meja-meja, cerpen-cerpen, pemimpin-pemimpin dan sebagainya.
| Tatabahasa | 23.10.2022 |
| 1. Ali, tolong susun meja di bawah khemah itu. Jwp a) Baiklah, ayah. Saya akan tolong susun meja di bawah khemah itu. b) Baiklah, ayah. Saya akan tolong menyusun meja di bawah khemah itu. c) Baiklah, ayah. Saya akan tolong susunkan meja di bawah khemah itu. Soalan 1. Ayat yang mana betul ? 2. Bolehkah kata "tolong" hadir dalam jawapan bagi ayat perintah ? Terima kasih. | Ali, tolong susun meja di bawah khemah itu. Jawapannya, Baiklah ayah, saya akan menyusun meja di bawah khemah itu. | Tatabahasa | 28.02.2017 |