Saya ingin tanya tentang penggunan kata layu dan mekar. Soalan pokok bunga itu sudah layu. Apa lawan yang paling tepat untuk kata layu dalam ayat tersebut.jawapan yang diberi mekar. Pilihan jawapan lain segar. Mana satu lebih tepat. Harap tuan dapat bantu saya | Perkataan mekar digunakan khusus untuk bunga, manakala layu boleh digunakan untuk bunga, daun dan sebagainya. Oleh itu, ayat "pokok bunga itu sudah layu" betul. Kata lawan layu ialah segar. | Tatabahasa | 08.05.2013 |
Soalan 1. Kriss menyentuh sekumtum bunga matahari yang sedang mekar di taman itu. Perkataan berlawan bagi perkataan mekar ialah A. putik B. kuncup C. kembang D. layu Soalan 2. Ibu memberi abang minum air teh yang _____ untuk mengurangkan sakit cirit-birit. A. manis B. tawar C. kelat D. likat Soalan 3. Sila rujuk kepada fail yang disertakan. Perhatian harus diberi kepada tangga rumah ( pintu utama masuk rumah ). | Jawapan 1: B. kuncup Jawapan 2: D. likat Jawapan 3: A. tepi | Tatabahasa | 12.03.2013 |
Tuan/Puan, Merujuk kepada Soalan 1 (tarikh soalan 12/03/2013) yang telah diberi jawapan sebagai B. kuncup. Amat dihargai jika tuan/puan boleh menerangkan lebih lanjut bagaimana jawapan itu diperoleh kerana menurut pihak penyedia soalan masih tetap dengan jawapan (D. layu) selepas menyemak kamus DBP. Saya ulangi soalan tersebut seperti di bawah:- Kriss menyentuh sekumtum bunga matahari yang sedang mekar di taman itu. Perkataan berlawan bagi perkataan mekar ialah A. putik C. kembang B. kuncup D. layu | Mekar bermaksud mulai berkembang. Pada pandangan kami, kata lawan bagi mekar ialah kuncup yang didefinisikan dalam Kamus Dewan sebagai tidak mekar. | Tatabahasa | 14.03.2013 |
Saya terbaca di dalam buku teks Bahasa Melayu "Mekar" terbitan Kementerian Pendidikan Singapura mengenai ayat yang bertulis "Buku itu saya baca" Ada ibu bapa yang mengatakan ayat itu songsang.Sepatutnya, "Saya baca buku itu." Harap pihak tuan dapat jelaskan tentang kedudukan ayat tersebut. Sekian. Terima kasih | Dalam buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga ayat Buku itu saya baca menjadi contoh ayat pasif yang terbentuk asalnya daripada ayat aktif transitif Saya baca buku itu, sila rujuk halaman 484. | Tatabahasa | 03.02.2010 |
Slm sejahtera.. saya ingin mendapatkan pendapat DBP bagi cadangan untuk anugerah seni..Saya diminta untuk mencari nama yang sesuai bagi satu anugerah iaitu anugerah untuk pelajar yang aktif dalam bahagian seni..saya mohon cadangan nama yang sesuai bagi nama anugerah tersebut.. Terima Kasih | Cadangan kami ialah Anugerah Tinta Seni, Anugerah Mekar Seni dan Anugerah Ilham Pencipta. | Lain-lain | 16.03.2010 |
Encik, Adakah ayat di bawah ini betul? 1) Osman suka duduk di tepi sawah kerana dia dapat menghirup udara yang segar. 2) Kami pernah tinggal di situ pada sepuluh tahun yang lalu. 3) Menurut Ali, dia bukan berasal dari Melaka tetapi dari Pahang / Menurut Ali, dia berasal bukan dari Melaka tetapi dari Pahang. 4)Lambat benar bas itu tiba ke destinasi yang dituju. 5) Wah, comel-comelnya anak awak! / Wah, comelnya anak-anak awak! 6) Jangan petik bunga-bunga yang sedang mekar di taman. | Ayat berikut saya betulkan: 1) Osman suka duduk di tepi sawah sambil menghirup udara yang segar. 2) Kami pernah tinggal di situ sepuluh tahun yang lalu. 3) Menurut Ali, dia bukan berasal dari Melaka tetapi dari Pahang. 4) Lambat benar bas itu tiba ke destinasi yang di tuju. 5) Wah, comelnya anak-anak awak! 6) Jangan petik bunga yang sedang mekar di taman. | Tatabahasa | 21.07.2008 |
saya sedang mencari biodata dan biografi penulis m. yasin makmur atau dikenali dengan nama penanya iaitu pungguk. | Sila rujuk bahan ini : 1.Pungguk: pelopor puisi Melayu moden Burhanuddin al-Rawi Karya 01/02/1998 . 2.Pungguk (1910-1971): pelopor puisi Melayu moden Zabidin Hj. Ismail Mutiara Malaysia 01/04/1995 . 3.Pungguk Dewan Sastera (Mekar Sastera) 01/11/2003 . 4.Wajah : biografi penulis Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1988 5.Wajah: biografi penulis [t.p.] Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2005 | Lain-lain | 22.09.2007 |