Sekiranya perkataan e-mel digunakan di permulaan ayat, bagaimana ia sepatutnya ditulis . Adakah sebagai E-mel, e-Mel atau e-mel? | Ejaan e-mel di pangkal ayat hendaklah ditulis dengan huruf besar di pangkal huruf, E-mel. | Ejaan | 22.11.2013 |
Mel Ahmad TUES 17:56 Mel Ahmad Mel salam boleh saya tahu penggunaan tanda sempang yang betul? | Tanda sempang digunakan untuk memisahkan keterangan bagi sesuatu idea, seperti Novel yang dibacanya itu meninggalkan berbagai-bagai kesan pada dirinya - sedih, gembira marah, kesal. | Tatabahasa | 03.01.2017 |
Mel Ahmad Bagaimana tentang tanda sempang - dengan 90-an, hamba-Nya | Penggunaan sempang i. kata ulang contoh anak-anak, ii. menyambung suku kata yang dipisahkan oleh penggantian baris,iii. memperjelaskan ungkapan,iv. merangkaikan huruf besar dgn huruf kecil, contoh hamba-Mu, pro-Malaysia, v. merangkaikan ke dengan angka, contoh, ke-125, ke-2000. vi. hubungan antara kata-kata pada rangkai kata setara tertentu atau istilah contoh alat pandang-dengar. Tanda sempang (-) juga digunakan dalam kata ganda tidak perlu dijarakkan. Ejaan yang dijarakkan ialah tanda pisah ( - ) seperti yang digunakan dalam ayat bagi memisahkan keterangan idea atau mengganti perkataan hingga seperti Jun - September. | Ejaan | 09.01.2017 |
Salam Tuan/Puan. Saya ingin bertanya apakah terjemahan yang paling tepat dalam Bahasa Melayu bagi "E-mail Alerts"? Terima kasih | Kami mencadangkan E-mail Alerts diterjemahkan kepada Pemberitahuan E-mel atau Notifikasi E-mel (pemberitahuan melalui e-mel). | Penyemakan dan penterjemahan | 26.02.2015 |
Sila ingin menyemak ejaan serta sahkan perkataan bagi permohonan sign board di Majlis Daerah Johor Baharu Sila rujuk lampiran | & = dan E-Mel = E-mel Sila buat pembetulan dan masuk ke ruangan khidmat Pengesahan Iklan untuk sijil kelulusan. | Tatabahasa | 13.02.2013 |
Apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk emel? se__________ emel | Tidak ada penjodoh bilangan untuk e-mel kerana e-mel tidak ada bentuk yang boleh digambarkan untuk digandingkan dengan penjodoh bilangan yang sesuai. | Tatabahasa | 12.08.2010 |
Adakah "sepucuk e-mel" dalam penjodoh bilangan? Sebab saya keliru dalam masalah ini. | Teuh, untuk e-mel yang telah dicetak kita boleh gunakan sepucuk manakala yang dipaparkan sahaja kita katakan paparan e-mel | Tatabahasa | 12.08.2010 |
Tuan, walaupun saya sering menggunakan perkataan ini dalam penulisan, tetapi saya khuatir jika kurang tepat dalam peraturan bahasa Malaysia. Perkataan tersebut ialah 'menge-melkan' dari kata dasar 'e-mel'. Bolehkah perkataan 'e-mel' menerima imbuhan sedemikian? Maklum balas daripada pihak DBP amat dialu-alukan. Terima kasih. | Kata terbitan yang betul bagi e-mel ialah meng-e-melkan. | Lain-lain | 09.12.2008 |
Salam Satu Malaysia, Berikut merupakan ayat tunggal dan ayat majmuk yang digabungkan.Tolong semak. 1.a)Hani menghantar e-mel kepada nenek.(dan) b)Hani menghantar e-mel kepada datuk. Hani menghantar e-mel kepada nenek dan kepada datuk? (adakah kata sendi 'kepada' datuk perlu digugurkan seperti kata sendi 'di"? 2. a)Semua komputer ada papan kekunci.(tetapi) b)Tidak semua komputer ada pad sentuh. Semua komputer ada papan kekunci tetapi tidak semua ada pad sentuh.(perlukah perkataan 'komputer' digugurkan selepas tidak semua? Sekian, terima kasih. | 1. Ayat yang gramatis ialah Hani menghantar e-mel kepada nenek dan datuk dan Semua komputer ada papan kekunci tetapi tidak semua ada pad sentuh. | Tatabahasa | 20.10.2016 |
saudara, bolehkah sekiranya saya ingin menghantar sebarang karya kepada sebarang majalah terbitan DBP hanya melalui e- mail? | Karya boleh dihantar melalui e-mel. Alamat e-mel editor ada dalam majalah. | Lain-lain | 27.10.2007 |