| Lynn Sherman Aug 10th, 4:50pm Selamat petang, saya jeniffer.saya ingin bertanya mengenai istilah dalam terjemahan.saya cuba email pihak DBP, namun gagal mencapai email dpb and.gov.my...boleh saya mendapat email DBP bagi memudahkan saya ajukan beberapa soalah? | Puan boleh menggunakan Khidmat Nasihat DBP dalam Talian dengan mendaftar melayari laman web www.prpm.dbp.gov.my dan klik menu “e-perkhidmatan”. Klik “Khidmat Nasihat Bahasa”. Skrin “Daftar masuk” akan dipaparkan dan klik “log Masuk Individu”. Masukkan alalat e-mel (japana akan dihantar terus ke alamat e-mel berkenaan). Pengguna yang kali pertama berkunjung perlu mendaftara terlebih dahulu dengan mengisi semua maklumat yang bertanda (*), setelah selesai, klik “Hantar”. Masukkan pertanyaan dengan jelas, kemudian klik “Hantar”. | Lain-lain | 10.08.2014 |
| Mohon semak ayat berikut. Surat panggilan temuduga akan die-mel atau Surat panggilan temuduga akan di e-mel. Terima kasih. | Surat panggilan temuduga akan di-e-melkan. | Tatabahasa | 26.08.2016 |
| Saya ingin memulakan perniagaan bengkel membaiki kereta / motor. Saya menyertakan nama perniagaan untuk pengesahan bahasa. Saya harap tuan / puan akan akan memberi keputusan yang baik. Terima Kasih. | Sila kemukakan visual papan premis perniagaan melalui Khidmat Pengesahan Bahasa (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama saudara perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya. | Lain-lain | 30.12.2015 |
| adakah ayat ini betul: butiran pesanan akan dihantar ke alamat e-mel yang anda berikan | Butiran pesanan akan dihantar melalui e-mel yang anda berikan. | Lain-lain | 22.02.2018 |
| Manakah yang betul? 1. Mata ganjaran akan dikreditkan ke dalam akaun / Mata ganjaran akan dikreditkan ke akaun 2. Hantarkan penyertaan anda ke (alamat e-mel) / Hantarkan penyertaan anda kepada (alamat e-mel) | 1. Mata ganjaran akan dikreditkan dalam akaun. 2. Hantarkan penyertaan anda melalui alamat e-mel ... | Tatabahasa | 26.09.2017 |
| BIMBINGAN SEMAKAN TATABAHASA DAN EJAAN | Pihak kami akan mengambil masa yang lebih lama bagi menyemak artikel puan. Oleh itu, puan perlu menghantar permohonan semakan dokumen melalui e-mel. Sila e-mel artikel puan kepada ayu@dbp.gov.my | Lain-lain | 30.12.2015 |
| Apakah terjemahan untuk istilah cross-dresser? | Soalan saudara akan diajukan kepada bahagian Peristilahan. Jawapan kemungkinan mengambil masa dan akan dijawab melalui e-mel. Untuk makluman, DBP tidak membuat kerja-kerja penterjemahan. Untuk soalan terjemahan akan datang saudara boleh bertanya kepada Persatuan Penterjemah Malaysia (03-21442506/21424381) atau kepada ITBM, iaitu Institut Terjemahan dan Buku Malaysia, (03-41451800) | Istilah | 18.07.2014 |
| Mohon pengesahan dan semakan ejaan papan tanda. | Sila tukar emel kepada e-mel . Sila hantar visual iklan tuan melalui Khidmat Pengesahan Bahasa DBP.Selepas klik Khidmat Pengesahan Bahasa DBP, skrin Daftar masuk akan dipaparkan. Isi maklumat yang diperlukan kemudian klik daftar. Kod pengaktifan akan dihantar ke e-mel tuan. Demikian juga kata laluan (password) akan di-e-melkan kepada tuan. Lampirkan visual dalam menu permohonan. | Penyemakan dan penterjemahan | 02.09.2014 |
| PeiYee Chia Oct 12th, 8:00pm PIHAK ANDA HANTAR SALAH MAJALAH Saya CHIA PEI YEE dengan IC Nombor 980523-04-5440.Tujuan saya menulis e-mel ini adalah untuk mengenai perkhidmatan pihak anda hantar salah majalah DEWAN SISWA. 2.Dalam e-mel ini,saya akan menunjukkan krmarahan saya dan kecewa terhadap perkhidmatan syarikat anda dan saya telah menghadapi masalah menerima salah majalah DEWAN PELAJAR OKTOBER. 3. Saya harap anda boleh menyelesaikan tahap masalah ini dengan secepat mungkin dan memberi penjelasan untuk saya dengan melalui panggilan nombor 019-7571828. Harap untuk mendengar daripada anda secepat mungkin untuk menyelesaikan masalah ini. Terima Kasih. | Aduan puan telah kami kemukakan kepada Bahagian Pengedaran DBP. Puan juga boleh merujuk terus kepada Ketua Bahagian Pengedaran, Puan Azah binti Wahab, di talian 03-21479000 atau e-mel azah@dbp.gov.my. | Lain-lain | 12.10.2014 |
| Apakah perkataan 'multiple bay' dalam bahasa melayu? | Soalan saudara akan dipanjangkan ke Bahagian peristilahan. Jawapan mungkin mengambil masa dan akan dijawab melalui e-mel | Istilah | 09.07.2014 |