Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.la.bel] | ملابل

Definisi : 1. memberi (mengenakan) label pd sesuatu: semua barang yg dijual perlu dilabel; 2. ki mengecap seseorang sbg (mempunyai sesuatu sifat yg tidak baik spt jahat, suka menipu, dsb): ~ seseorang sbg pengkhianat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.bel] | ملابل

Definisi : 1 melekatkan label pd sesuatu. 2 ki menganggap seseorang sbg; memandang sbg: Orang-orang kampung ~ dia sbg jelatang kampung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melabel


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Dalam bidang masakan, istilah 'marbling' digunakan untuk melabel kualiti daging. Adakah istilah ini digunapakai dalam bahasa Malaysia atau kita perlu menggunakan istilah 'kemarmaran'?Dalam bidang Vaterina, istilah kemarmaran sememangnya wujud. Sehubungan dengan itu, dicadangkan istilah tersebut digunakan bagi merujuk istilah marbling yang bertujuan untuk melabel kualiti daging.Istilah01.01.2018
bolehkah m istilah anotasi gambar digunakan untuk memberi maksud mencatat gambar atau memberi keterangan kepada gambar atau melabel gamabr.Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, anotasi bermaksud nota yang ditambahkan pada teks (biasanya penulisan sastera) sebagai penerangan. Dalam Kamus Komputer, anotasi bermaksud, 1. Penerangan yang ditambah pada atur cara komputer untuk membantu pengguna membaca atur cara. Catatan ini mungkin berupa penerangan tambahan, selain ulasan yang terdapat dalam atur cara. 2. Keterangan atau ulasan yang disertakan dalam bahagian atur cara untuk menjelaskan makna atau tujuan bahagian tersebut. 3. Tindakan menanda semula cakera atau pita magnet. Berdasarkan huraian di atas, anotasi tidak sesuai digunakan untuk memberi keterangan kepada gambar.Makna24.01.2011
1. Adakah terdapat sebarang peraturan mewajibkan label dan bungkusan produk yang dipasarkan di Malaysia menggunakan bahasa Melayu/Malaysia? 2. Bolehkah label dan bungkusan produk hanya menggunakan bahasa Inggeris? Diharapkan pihak DBP dapat memberikan komen dan pandangan mengenai perkara ini secepat mungkin. Terima kasih.Sila rujuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri saudara/ saudari untuk mengetahui sebarang peraturan bagi melabel membungkus produk. Untuk makluman saudara/ saudari, DBP hanya mengesahkan penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam iklan. Harap maklum.Lain-lain13.08.2007

Kembali ke atas