Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.la.bur] | ملابور

Definisi : menyapu dgn kapur, mengapur (tembok dll): maka dilaburnya dgn kapur gemerlapan cahayanya spt kapas terbusur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.bur] | ملابور

Definisi : 1. membekalkan makanan (wang, modal, dll) kpd pekerja dll; 2. = meletakkan (memberikan, menyerahkan) sejumlah wang utk sesuatu usaha (spt pengeluaran barang, perniagaan, dsb) dgn tujuan utk memperoleh keuntungan, menanam modal: rakyat bumiputera diseru melabur dlm Amanah Saham Nasional; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.bur] | ملابور

Definisi : 1 membeli saham (syer dsb) dlm sesuatu badan perniagaan utk tujuan mendapat keuntungan; menanam modal: Rakyat bumiputera digalakkan ~ dlm Amanah Saham Nasional. 2 memberi makan (wang makan, bekalan dsb) kpd pekerja dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
labur2
Kata Terbitan : melabur, melabur, pelaburan,

Peribahasa

436

Once bitten, twice shy

Orang yang pernah ditimpa pengalaman buruk sudah tentu akan sentiasa berwaspada supaya hal yang sama tidak akan berulang

Sekalilah si buta kehilangan tongkat

I once lost a lot of money to get rich scheme, and I am afraid to invest in your scheme even though it promises a 300% return within 15 months. Once bitten, twice shy.

Saya pernah rugi besar dalam skim cepat kaya, dan saya takut hendak melabur dalam skim awak walaupun dijanjikan pulangan 300% dalam tempoh 15 bulan. Sekalilah si buta kehilangan tongkat.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pilih jawapan yang betul. Syarikat telekomunikasi terkenal itu telah melabur berjuta-juta ringgit untuk ---- rangkaian perkhidmatan perhubungan ke seluruh negara. A mengadakan B melaksanakan C meningkatkan D menganjurkanJawapan yang betul "meningkatkan".Tatabahasa06.08.2015
Ali A) tidak ada lagi modal / B) tidak lagi ada modal yang boleh melabur dgn membeli barangan. Mana satukah adalah sesuai? Berdasrkan pangkalan data bagi maksud "habis modal", terdapat 2 penjelasan: a) tidak ada lagi modal yg tinggal; b) tidak ada bahan atau idea lagi (utk meneruskan perbincangan dll); sekiranya kedua-dua "tidak ada lagi" dan "tidak lagi ada" adalah betul, bolehkah beri penjelasan tentang penggunaannya berserta contoh?"Lagi" ialah kata penegas atau partikel yang berfungsi untuk memberi penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat. Kata penegas "lagi" bersifat bebas dari segi kehadirannya dalam ayat. Berdasarkan contoh yang diberikan, penggunaan lagi yang betul adalah seperti yang berikut:
1. tidak ada lagi modal
2. tidak ada modal lagi
3. tidak ada lagi bahan atau idea
4. tidak ada bahan atau idea lagi
Tatabahasa28.03.2014
Terjemahan tepat bagi perkataan 'INVEST IN OUR PLANET'Cadangan terjemahan bagi INVEST IN OUR PLANET' ialah "MELABUR DI PLANET KITA"Makna13.01.2022
Tolong translate 3 perkataan ini 1) Banking Hub 2) Vibrant Business Community 3) Winnig Reason to InvestTerjemahannya ialah 1. hab/pusat perbankan. 2. Komuniti Niaga Cemerlang. 3. Sebab- sebab menguntungkan untuk melabur. Walau bagaimanapun terjemahan yang berikut boleh berubah mengikut konteks tertentu.Istilah23.03.2007
Apakah perbezaan perkataan insentif dan inisiatif? Berikan contoh ayat untuk kedua perkataan di atas.

(insentif) pemberian dalam bentuk wang, barangan atau perkhidmatan oleh kerajaan, penjual, syarikat dsb, sbg galakan atau dorongan untuk bekerja lebih kuat, melabur, membeli.

Contoh ayat:  Kerajaan Malaysia juaga banyak memberi insentif dr segi pelaburan dan pengurangan cukai dlm bidang pertanian. (KAMUS DEWAN PERDANA)

 

(inisiatif) daya usaha tindakan dll yg mula-mula diambil utk menyelesaikan sst masalah, menangani sst projek.

Contoh ayat:  PBSM menawarkan skim kewangan dan inisiatif dlm usaha meningkatkan kemahiran buruh tempatan. (KAMUS DEWAN PERDANA)

 

(inisiatif) kebolehan utk melihat apa-apa yg perlu dilakukan dan berusaha utk menjayakannya.

Contoh ayat:  Bagi dunia Islam, inisiatif menggunakan emas utk penyelesaian perdagangan antarabangsa boleh menjadi paksi utk menguatkan dan menyatukan dunia Islam. (KAMUS DEWAN PERDANA)

Makna21.09.2023
Soalan 1 Merujuk kepada jawapan yang diberikan pada 24/12, bukankah dalam Kamus Dewan Edisi keempat, jarang=jarang-jarang, justeru, mengapakah ayat:Pelajar itu terpilih sebagai pelajar cemerlang kerana dia jarang ponteng sekolah, salah? Soalan 2 Merujuk kepada jawapan yang diberikan pada 24/12, imbuhan ter- dan sekali merupakan dua darjah penghabisan, justeru, mengapakah "terkenal sekali" adalah betul?Berikan penjelasan selanjutnya Soalan 3 Apakah perbezaan antara menasihati dan menasihatkan? Kemukakan beberapa contoh ayat yang menunjukkan penggunaannya. Soalan 4 Yang mana betul? a)Kita sepatutnya mendengar arahan guru kita b)Sepatutnya kita dengar arahan guru kita c)Kita sepatutnya mendengar arahan daripada guru kita d)Sepatutnya kita dengar arahan daripada guru kita Soalan 5 Yang mana betul?Berikan penjelasan a)Ikatan kain itu hampir terlucut daripada pinggangnya b)Ikatan kain itu hampir terlucut dari pinggangnya Soalan 6 Yang mana betul? Berikan penjelasan a)Memahami dengan lebih mendalam lagi tentang kebaikan melabur dalam saham amanah b)Memahami kebaikan melabur dalam saham amanah dengan lebih mendalam lagi Soalan 7 Apakah perbezaan antara pembelajaran dan pemelajaran?Berikan beberapa contoh ayat yang menunjukkan penggunaan kedua-dua istilah tersebut.Selain itu, ayat manakah yang betul? a)Sekolah seharusnya menyediakan suasana pembelajaran yang baik b)Sekolah seharusnya menyediakan suasana pemelajaran yang baik1. Pelajar itu terpilih sebagai pelajar cemerlang kerana dia jarang ponteng sekolah. - ayat ini betul  2. Yang betul ialah terkenal - kami mohon maaf atas kekeliruanyangtimbul.  3. Tidak ada perbezaan yang jelas antara menasihati dan menasihatkan, kedua-duanya bermaksud memberi nasihat atau tunjuk ajar.  4. Kita sepatutnya mendengar arahan daripada guru kita. ayat yang betul  5. Ikatan kain itu hampir terlucut daripada pinggangnya. - ayat yang betul  6. kedua-dua ayat ini betul.  7. Pembelajaran bermaksud proses belajar, untuk memperoleh ilmu pengetahuan (sesuatu kepandaian dll), manakala Pemelajaran bermaksud proses belajar untuk mengetahui sesuatu dengan mendalam. Berdasarkan makna tersebut pemelajaran memerlukan usaha yang lebih yang biasanya merujuk mereka yang terlibat dalam kerja penyelidikan. Oleh itu ayat yang tepat ialah - Sekolah seharusnya menyediakan suasana pembelajaran yang baik.Tatabahasa24.12.2008
Apakah perbezaan antara 'pelaksanaan' dan 'perlaksanaan' dan bagaimanakah kaedah penggunaannya? Terima kasih.Pelaksanaan bermaksud perihal, perbuatan atau proses melaksanakan (menjalankan, mengusahakan) rancangan (tugas dan ssebagainya). Perlaksanaan bermaksud hasil daripada melaksanakan (mengerjakan, menyelesaikan) sesuatu rancangan (tugas dan sebagainya).
Contoh penggunaan:
(1) Pelaksanaan KBSR (3M) tahap pertama sedang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan.
(2) Dengan perlaksanaan skim caruman itu, maka dapatlah orang kampung melabur.
Makna26.04.2017

Kembali ke atas