Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.la.faz.kan] | ملفظكن

Definisi : mengucapkan (kata, perkataan, doa, dll): beta sangat sukacita dapat ~ sepatah dua kata pd petang ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.faz.kan] | ملفظكن

Definisi : mengucapkan perkataan (kata, doa dll): Mereka semua berdiri tegak dan ~ ikrar taat setia kpd kerajaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lafaz (kata nama)
Bersinonim dengan sebutan, ucapan, ujaran, bunyi pertuturan;,
Kata Terbitan : melafazkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Hai,Saya Shahrull Irfan pelajar saya peserta pertandingan melafazkan pantun 2020 bersempena ulang tahun DBp yang ke 64 yg berlangsung pada 15 Oktober 2020.Jadi yang menyebabkan menjadi tanda tanya kepada para peserta ialah bilakah tarikh yang ditetapkan oleh DBP untuk mengumumkan pemenang sebab setahu saya sudah sebulan lebih pernyertaan dan juga tarikh tutup diberikan.Mohon pihak yang bertanggungjawab menyelesaikan masalah ini secepat mungkin.Salam saudara, PERTANDINGAN MELAFAZKAN PANTUN Urus setia pertandingan akan mengumumkan keputusan tersebut selewat-lewat awal Disember 2020 melalui media sosial DBP. Sekian, untuk pemakluman.Lain-lain19.11.2020
Apakah perbezaan antara bernyanyi dan menyanyi?Bernyanyi sama maksud dengan menyanyi, iaitu melafazkan nyanyi.Makna21.08.2015
beberapa hari yang lepas saya telah bertanya tentang mengucap syukur atau mengucapkan syukur, pada kedua-dua tersebut, jawapan yang betul adalah berlainan. sekarang saya menjadi keliru. yang mana satu betul? dan apakah maksud perkataan itu?

Mengucapkan syukur bermaksud melafazkan rasa kesyukuran atas sesuatu perkara manakala mengucap lebih kepada maksud menyebut atau melafazkan dua kalimah syahadat.

Tatabahasa07.08.2010
apakah beza antara bernyanyi dan menyanyi. tolong beri beberapa contoh ayatBernyanyi dan menyanyi membawa maksud yang sama, iaitu melafazkan lagu.Tatabahasa01.05.2015
Minta pencerahan: 1. Adakah penggunaan "bertujuan untuk" lewah? 2. (a) Malaysia sebuah negara yang berdaulat. (b) Malaysia ialah sebuah negara yang berdaulat. (c) Malaysia merupakan sebuah negara yang berdaulat. Adakah semua ayat a, b dan c betul? Hanya berbeza dari segi (a) perlu berhenti seketika sebelum melafazkan "sebuah"? 3. Burung itu hinggap [ di atau pada ] dahan pokok. Banyak jawapan untuk pertanyaan Khidmat Nasihat tidak selaras. Minta kaji semula dan kemas kinikan jika boleh. Terima kasih.1. Frasa "bertujuan untuk" dianggap lewah kerana "bertujuan" ialah kata kerja tak transitif berpelengkap dan tidak perlu diikuti oleh kata sendi nama "untuk". Contohnya: Taklimat ini bertujuan memaklumkan peserta tentang objektif yang hendak dicapai.

2. (a) Malaysia sebuah negara yang berdaulat. (b) Malaysia ialah sebuah negara yang berdaulat. (c) Malaysia merupakan sebuah negara yang berdaulat. Adakah semua ayat a, b dan c betul? Ketiga-tiga ayat ini betul.

3. Ayat yang betul ialah "Burung itu hinggap pada dahan pokok". Maklumat dalam Khidmat Nasihat Bahasa akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
Tatabahasa04.09.2024
Salam sejahtera tuan. Murid-murid menyertai pertandingan bernyanyi di sekolah. Adakah ayat ini betul? Apakah perbezaan di antara bernyanyi dengan menyanyi? Adakah frasa pertandingan bernyanyi secara berkumpulan betul? Terima kasih.

“Bernyanyi” dan “menyanyi” membawa maksud yang sama, iaitu melafazkan lagu. Contoh ayat: 'Kami mendengar nenek  bernyanyi' dan 'Kami mendengar nenek menyanyi'. Walau bagaimanapun dalam konteks ini kata menyanyi lebih biasa digunakan.   


 
Tatabahasa21.08.2021
Cikgu, 1. Apakah yang dimaksudkan dengan "bentuk sengau"? 2. Apakah maksud "daerah artikulasi" dan "homorganik"? 3. Adakah soalan saya dalam no.1 dan no.2 terdapat di dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga? Jika terdapat cikgu sila nyatakan muka surat tersebut. Terima kasih.1. Sengau adalah dengan bunyi suara yg keluar melalui hidung apabila bercakap; huruf ~ huruf (spt n, ng) yg dilafazkan dgn mengeluarkan udara melalui rongga hidung; sengau-sengauan bercakap-cakap spt orang sengau; menyengaukan melafazkan (huruf dll) dgn bunyi yg keluar melalui hidung: vokal i yg berlaku selepas atau sebelum konsonan n spt pd perkataan ini, disengaukan; sengauan bunyi sengau, sebutan sengau; kesengauan sifat (keadaan atau bunyi) sengau: ~ yg sengaja dibuat-buat utk menyindir sese-orang; penyengauan perbuatan menyengaukan sebut-an (sesuatu huruf).

2. Artikulasi bermaksud cara atau proses menyebut bunyi atau kata dgn jelas; Homorganik ialah istilah linguistik untuk huruf konsonan yang disebut dari posisi yang sama seperti huruf m, p dan b.

Tidak ada maklumat terperinci tentang ini dalam sumber rujukan kami, sila rujuk buku linguistik seperti buku Linguistik: Teori dan Aplikasi, terbitan UKM.  Saya cadangkan puan mendapatkan buku "Asas-asas Fonetik" tulisan Prof. Dr. Norhashimah Jalaluddin, dan juga buku "Asas-asas Fonologi" tulisan Prof. Dr. Zaharani Ahmad.
Tatabahasa07.05.2014
saya ingin tahu: 1. Samada perkataan "memberi" memerlukan imbuhan "-kan" dibelakangnya didalam frasa "memberikan tenaga" 2. "mari bernyanyi" atau "mari menyanyi"?

1. Perkataan "memberi" dan "memberikan" merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan "memberi" hendaklah diikuti oleh kata nama objek bernyawa, manakala "memberikan" hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa, contohnya, Ali memberi adiknya sebuah buku cerita dan Ketua kumpulan akan  memberikan taklimat kepada peserta perkhemahan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 191 dan 202.

2. Bernyanyi dan menyanyi membawa maksud yang sama, iaitu melafazkan lagu. Contoh ayat, 'Kami mendengar nenek bernyanyi.' dan 'Kami mendengar nenek menyanyi.' adalah betul.

Tatabahasa06.09.2017

Kembali ke atas