Soalan :Ibu melahirkan seorang anak kelmarin. Ayat Songsang Melahirkan seorang anak kelmarin ibu. [Betul atau Salah] Ayat Songsang Kelmarin ibu melahirkan seorang anak.[Betul atau Salah] Ayat Pasif Seorang anak dilahirkan oleh ibu kelmarin.[Betul atau Salah] Ayat Pasif Seorang anak kena lahirkan oleh ibu kelmarin.[Betul atau Salah] Ayat Pasif Seorang anak terlahirkan oleh ibu kelmarin. [Betul atau Salah] Jika salah, tolong berikan penjelasan. Terima kasih. | Ibu melahirkan seorang anak kelmarin. Ayat Songsang Melahirkan seorang anak kelmarin ibu. [Betul] Ayat Songsang Kelmarin ibu melahirkan seorang anak. [Betul] Ayat Pasif Seorang anak dilahirkan oleh ibu kelmarin. [Betul] Ayat Pasif Seorang anak kena lahirkan oleh ibu kelmarin. [Salah] - Penggunaan perkataan "kena" tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut. Ayat Pasif Seorang anak terlahirkan oleh ibu kelmarin. [Salah] Penggunaan perkataan "terlahir" tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 24.10.2015 |
"melahirkan pelajar cemerlang hendaknya."adakah ayat ini betul dan sesuai digunakan untuk pantun? | Ayat tersebut bukanlah satu ayat yang lengkap, tidak ada subjek yang menjadi pokok perbincangan dalam ayat. Jika hendak digunakan dalam pantun perlu ada kesinambungan dengan baris yang menjadi pasangannya (pembayang atau maksud). | Tatabahasa | 15.05.2013 |
Ibu melahirkan seorang anak kelmarin. Adakah ayat songsang berikut betul? (a)Seorang anak kelmarin ibu melahirkan. | Seorang anak kelmarin ibu melahirkan. Ayat songsang ini betul. | Tatabahasa | 03.11.2015 |
apakah bersalin/melahirkan,terima kasih, dan datang yang digunakan dalam bahasa istana? | Bahasa istana merupakan satu jenis laras bahasa yang terdapat dalam bahasa Melayu. Digunakan oleh golongan istana dalam sistem komunikasi antara mereka seperti panggilan gelaran-gelaran dan sebagainya yang mengandungi nilai bahasa yang tinggi dan beradab. Saudara boleh merujuk perkara ini di Bahagian Protokol dan Adat Istiadat, Jabatan Perdana Menteri. | Istilah | 26.04.2009 |
Adakah ayat ini betul? 1) Anak-anak melambangkan permata buat ibu bapa. 2) Islam melahirkan pemimpin yang adil dan bertanggungjawab. 3) Kucing Adam selamat melahirkan 10 ekor anak yang comel sekali. 4) Jam tangan Ying berfungsi untuk mengawal kuasa manipulasi masa. 5) Boboiboy telah berjaya menguasai kuasa Elemental Fusion sepenuhnya. | Ayat yang betul ialah: 1) Anak-anak merupakan permata buat ibu bapa. 2) Islam melahirkan pemimpin yang adil dan bertanggungjawab. 3) Kucing Adam selamat melahirkan 10 ekor anak yang comel sekali 4) Jam tangan Ying digunakan untuk mengawal kuasa manipulasi masa. 5) Boboiboy telah berjaya menguasai kuasa pelakuran semula jadi sepenuhnya. | Tatabahasa | 07.07.2022 |
Dasar Pendidikan Kebangsaan yang menggunakan bahasa itu sebagai bahasa pengantar telah berjaya mencapai matlamatnya, iaitu menyatupadukan murid pelbagai kaum, sekali gus berjaya "melahirkan" rupa bangsa yang diingini. melahirkan dalam ayat di atas merupakan kata kerja transitif aktif? | Perkataan melahirkan tergolong dalam kata kerja aktif transitif berakhiran. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 157. | Tatabahasa | 24.03.2012 |
Melahirkan rasa tanggungjawab dalam diri peserta untuk berubah menjadi lebih baik ATAU Melahirkan rasa tanggungjawab dalam diri peserta dan berubah menjadi lebih baik | Kedua-duanya betul. | Tatabahasa | 27.04.2010 |
Penglibatan kokurikulum akan melahirkan murid cemerlang. Munsyi, apakah kesalahan ayat ini? TK | Ayat yang betul ialah penglibatan murid dalam kokurikulum akan melahirkan murid yang cemerlang. | Tatabahasa | 06.08.2012 |
Saya ingin bertanya adakah frasa memupuk semangat keprihatinan dapat digantikan dengan melahirkan/mengamalkan semangat mengambil berat? Terima kasih | Frasa "melahirkan/mengamalkan semangat mengambil berat" betul dan boleh digunakan berdasarkan konteks ayat yang bersesuaian. | Lain-lain | 29.07.2022 |
Apakah kata seru yang boleh digunakan untuk melahirkan kegembiraan? Cthnya jika B Inggeris ada 'hurray' atau 'yay', bagaimana dgn B m'yu? | Merujuk buku Tatabahasa Dewan, tidak semua kata seruan yang disenaraikan dapat melahirkan pelbagai perasaan termasuklah perasaan gembira. Berdasarkan contoh dalam Kamus Dewan 'hurray' dalam bahasa Inggeris diterjemahkan kepada 'hore' seperti dalam contoh ayat: Hore, kita menang! | Tatabahasa | 15.04.2011 |