Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.la.kon.kan] | ملاکونکن

Definisi : 1. mementaskan atau memain­kan sesuatu cerita (drama, sandiwara, dll); 2. menulis (semula) suatu cerita menjadi sandi­wara (drama dll); 3. mementaskan sebuah cerita sbg sandiwara: murid-murid disuruh­nya ~ cerita Anak Raja dengan Anak Papa; 4. mengisahkan (menggambarkan) sesuatu perkara: drama itu ~ seorang pegawai tinggi; 5. memainkan sesuatu peranan (watak): seniman Nordin Ahmad ~ watak Hang Jebat dgn baik dlm filem “Hang Jebat”; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.kon.kan] | ملاکونکن

Definisi : 1 memainkan sesuatu cerita (drama, sandiwara); mementaskan. 2 mengarang sesuatu cerita utk dimainkan; menulis drama (sandiwara dll). 3 mengisahkan; menceritakan: Filem itu ~ seorang anak yg tidak mengenang jasa. 4 memainkan sesuatu peranan (watak) dlm sesebuah cerita: Beliau ~ watak ibu dgn baik dlm filem tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lakon
Kata Terbitan : berlakon, melakonkan, lakonan, pelakon,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
selamat sejahtera Saya hendak tahu makna monodrama dengan terperinci dan sekiranya ada maklumat mengenai teknik dan cara mencipta skrip monodrama, mohon dikemukan sekali. terima kasih.Saudara yang bertanya,

1. Monodrama merujuk kepada drama monolog yang dilakonkan oleh seorang pelakon sahaja dan melakonkan lebih dari satu watak. monodrama ialah sebuah 'sole performance' dengan hanya berdiri pada kekuatan seorang pelakon sahaja menguasai pentas dan audience. Sebagai sebuah drama, persembahan monodrama juga diiringi dengan muzik latar, set, kostum dan tatarias bagi melengkapkan keperluan pelakon tersebut beraksi di pentas.

2. Skrip monodrama pula merupakan sbuah skrip yang lengkap sebagai sebuah cerita, juga mempunyai permulaan, klimak dan peleraian.
Sastera30.03.2012
perbezaan "dapat" dan "boleh"?Untuk makluman tuan, kata "boleh" dan "dapat" kedua-duanya tergolong sebagai kata bantu yang hadir sebelum frasa, yang bertugas membantu frasa kerja dan frasa sendi nama. Kata "boleh" membawa unsur keizinan atau kebenaran dan tidak menyalahi peraturan. Manakala kata dapat membawa unsur upaya. Contoh penggunaan bagi kedua-dua kata tersebut adalah seperti yang berikut:

a. Kamu boleh menyertai rombongan itu kalau diizinkan penjaga.
b. Permit yang diberi boleh dibatalkan.
c. Malisa begitu gembira dapat melakonkan watak Puteri Hang Li Po.
d. Marry masih belum dapat melelapkan matanya.

Kata "dapat" sering disalahgunakan dengan "boleh".
Contoh:
Puisi boleh dibahagikan kepada beberapa jenis (salah).
Puisi dapat dibahagikan kepada beberapa jenis (betul).
Makna30.10.2014
Apakah perbezaan antara "boleh" dengan "dapat"?Untuk makluman tuan, kata "boleh" dan "dapat" kedua-duanya tergolong sebagai kata bantu yang hadir sebelum frasa, yang bertugas membantu frasa kerja dan frasa sendi nama. Kata "boleh" membawa unsur keizinan atau kebenaran dan tidak menyalahi peraturan. Manakala kata dapat membawa unsur upaya. Contoh penggunaan bagi kedua-dua kata tersebut adalah seperti yang berikut:

a. Kamu boleh menyertai rombongan itu kalau diizinkan penjaga.
b. Permit yang diberi boleh dibatalkan.
c. Malisa begitu gembira dapat melakonkan watak Puteri Hang Li Po.
d. Marry masih belum dapat melelapkan matanya.

Kata "dapat" sering disalahgunakan dengan "boleh".
Contoh:
Puisi boleh dibahagikan kepada beberapa jenis (salah).
Puisi dapat dibahagikan kepada beberapa jenis (betul).

Tatabahasa21.11.2013

Kembali ke atas