Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
laksana
Kata Terbitan : melaksanakan, pelaksanaan, pelaksana,
Rujuk :bagai;,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
a) 'Tingkah laku pencarian maklumat di kalangan pelajar dalam melaksanakan penyelidikan' b) 'Tingkah laku pencarian maklumat dalam kalangan pelajar yang melaksanakan penyelidikan' Mana satukah ayat yang tidak mempunyai kesalahan tatabahasa dan lebih sesuai digunakan sebagai tajuk? Diharap pihak DBP dapat mencadangkan tajuk yang sesuai dan tiada kesalahan tatabahasa. Terima kasih.Ayat yang paling tepat ialah "Tingkah laku pencarian maklumat dalam kalangan pelajar yang melaksanakan penyelidikan."  Tatabahasa25.11.2010
perlaksanaanTidak ada soalan yang dikemukakan. Jika makna yang tuan perlukan, perlakanaan bermaksud hasil melaksanakan, namun perkataan yang lebih kerap digunakan ialah pelaksanaan yang bemaksud perihal melaksanakan.Lain-lain19.06.2013
Pohon jelaskan berkenaan penggunaan 'kan' selepas sesuatu kata kerja contohnya: menyedia/menyediakan; mengada/mengadakan; melaksana/melaksanakan. Pada perkataaan yang bagaimana perkataan 'kan' tidak boleh digunakan?

Saudara Norzila,

Perkataan yang betul ialah menyediakan, mengadakan dan melaksanakan.  Kata kerja sedia, ada dan laksana yang terbentuk dengan apitan meN...kan ialah kata kerja transitif, iaitu yang digunakan sebagai unsur predikat yang memerlukan objek atau penyambut dalam ayat transitif aktif.  Pada kebiasaannyan kata kerja transitif mendapat apitan men...kan. Walau bagaimanpun bukan semua kata kerja transitif mengandungi ...kan. Ini bergantung pada penggunaan kata tersebut dalam konteks ayat yang melibatkan objek, sama ada objek tepat atau objek sipi. Contohnya, Hasnah membeli sebuah buku untuk Ali; Kakak menjahit sehelai baju untuk adik.   

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 190-197.  

Tatabahasa09.07.2009
Apakah perbezaan pelaksanaan dan perlaksanaan ?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan "pelaksanaan" bermaksud perihal, perbuatan atau proses melaksanakan (menjalankan, mengusahakan) rancangan (tugas dsb): ~ KBSR (3M) tahap pertama sedang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan;manakala maksud perkataan "perlaksanaan" pula ialah hasil drpd melaksanakan (me­ngerjakan, menyelesaikan) sesuatu rancang­an (tugas dsb): meninjau ~ Rancangan Ma­laysia Ketiga;Istilah29.03.2013
apakah perbezaan antara "pelaksanaan" dengan "perlaksanaan"?kenapa ada 2 imbuhan yang boleh diterima pakai?Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, "perlaksanaan" ialah hasil daripada melaksanakan sesuatu rancangan. "Pelaksanaan" pula merujuk proses melaksanakan rancangan sesuatu.Ejaan03.03.2009
Bilakah perkataan "pelaksanaan" dan "perlaksanaan" digunakan? Terima kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan "pelaksanaan" bermaksud perihal, perbuatan atau proses melaksanakan (menjalankan, mengusahakan) rancangan (tugas dan sebagainya): ~ KBSR (3M) tahap pertama sedang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan; manakala maksud perkataan "perlaksanaan" pula ialah hasil daripada melaksanakan (me­ngerjakan, menyelesaikan) sesuatu rancang­an (tugas dan sebagainya): meninjau ~ Rancangan Ma­laysia Ketiga.Tatabahasa30.04.2013
apakah peranan BDP dalam memartabatkan bahasa melayuDBP telah melaksanakan perancangan jangka panjang dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu. Usaha pemartabatan ini bermula dari peringkat perancangan bahasa, pembinaan bahasa dan pengembangan bahasa. DBP telah menerbitkan kamus seperti Kamus Dewan dan Kamus Inggeris -  Melayu Dewan, buku istilah pelbagai bidang ilmu, buku teks, ensiklopedia, buku rujukan umum, novel dan banyak lagi.  Bahasa Melayu mampu memainkan peranan sebagai bahasa ilmu, bahasa perpaduan, dan bahasa komunikasi sosial. Dalam peringkat pengembangan, DBP melaksanakan program peneguhan bahasa seperti taklimat bahasa kepada ketua-ketua dan pegawai kerajaan negeri, mengiktiraf penggunaan bahasa yang betul dalam laporan, iklan, lirik dan sebagainya, menganjurkan forum dan debat, menerbitkan bahan rujukan bahasa seperti  lembar bahasa, khidmat nasihat bahasa, dan mengadakan kursus penataran bahasa. Pemartabatan bahsa Melayu merangkumi bidang bahasa, sastera dan penerbitan. DBP juga mengadakan Bulan Bahasa dan Sastera Negara setiap tahun yang bertujuan menanamkan sikap megah bahasa di kalangan rakyat dan membantu masyarakat menyelesaikan masalah bahasa.Lain-lain06.01.2009
apakan peranan DBP dalam memartabatkan bahasa melayu?DBP telah melaksanakan perancangan jangka panjang dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu. Usaha pemartabatan ini bermula dari peringkat perancangan bahasa, pembinaan bahasa dan pengembangan bahasa. DBP telah menerbitkan kamus seperti Kamus Dewan dan Kamus Inggeris -  Melayu Dewan, buku istilah pelbagai bidang ilmu, buku teks, ensiklopedia, buku rujukan umum, novel dan banyak lagi.  Bahasa Melayu mampu memainkan peranan sebagai bahasa ilmu, bahasa perpaduan, dan bahasa komunikasi sosial. Dalam peringkat pengembangan, DBP melaksanakan program peneguhan bahasa seperti taklimat bahasa kepada ketua-ketua dan pegawai kerajaan negeri, mengiktiraf penggunaan bahasa yang betul dalam laporan, iklan, lirik dan sebagainya, menganjurkan forum dan debat, menerbitkan bahan rujukan bahasa seperti  lembar bahasa, khidmat nasihat bahasa, dan mengadakan kursus penataran bahasa. Pemartabatan bahsa Melayu merangkumi bidang bahasa, sastera dan penerbitan. DBP juga mengadakan Bulan Bahasa dan Sastera Negara setiap tahun yang bertujuan menanamkan sikap megah bahasa di kalangan rakyat dan membantu masyarakat menyelesaikan masalah bahasa.Lain-lain06.01.2009
Apakah peranan DBP dalam memartabatkan bahasa Malaysia?DBP telah melaksanakan perancangan jangka panjang dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu. Usaha pemartabatan ini bermula dari peringkat perancangan bahasa, pembinaan bahasa dan pengembangan bahasa. DBP telah menerbitkan kamus seperti Kamus Dewan dan Kamus Inggeris -  Melayu Dewan, buku istilah pelbagai bidang ilmu, buku teks, ensiklopedia, buku rujukan umum, novel dan banyak lagi.  Bahasa Melayu mampu memainkan peranan sebagai bahasa ilmu, bahasa perpaduan, dan bahasa komunikasi sosial. Dalam peringkat pengembangan, DBP melaksanakan program peneguhan bahasa seperti taklimat bahasa kepada ketua-ketua dan pegawai kerajaan negeri, mengiktiraf penggunaan bahasa yang betul dalam laporan, iklan, lirik dan sebagainya, menganjurkan forum dan debat, menerbitkan bahan rujukan bahasa seperti  lembar bahasa, khidmat nasihat bahasa, dan mengadakan kursus penataran bahasa. Pemartabatan bahsa Melayu merangkumi bidang bahasa, sastera dan penerbitan. DBP juga mengadakan Bulan Bahasa dan Sastera Negara setiap tahun yang bertujuan menanamkan sikap megah bahasa di kalangan rakyat dan membantu masyarakat menyelesaikan masalah bahasa.Lain-lain11.01.2008
Peranan Dewan Bahasa dan Pusktaka dalam memartabatkan bahasa melayuDBP telah melaksanakan perancangan jangka panjang dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu. Usaha pemartabatan ini bermula dari peringkat perancangan bahasa, pembinaan bahasa dan pengembangan bahasa. DBP telah menerbitkan kamus seperti Kamus Dewan dan Kamus Inggeris -  Melayu Dewan, buku istilah pelbagai bidang ilmu, buku teks, ensiklopedia, buku rujukan umum, novel dan banyak lagi.  Bahasa Melayu mampu memainkan peranan sebagai bahasa ilmu, bahasa perpaduan, dan bahasa komunikasi sosial. Dalam peringkat pengembangan, DBP melaksanakan program peneguhan bahasa seperti taklimat bahasa kepada ketua-ketua dan pegawai kerajaan negeri, mengiktiraf penggunaan bahasa yang betul dalam laporan, iklan, lirik dan sebagainya, menganjurkan forum dan debat, menerbitkan bahan rujukan bahasa seperti  lembar bahasa, khidmat nasihat bahasa, dan mengadakan kursus penataran bahasa. Pemartabatan bahasa Melayu merangkumi bidang bahasa, sastera dan penerbitan. DBP juga mengadakan Bulan Bahasa dan Sastera Negara setiap tahun yang bertujuan menanamkan sikap megah bahasa dalam kalangan rakyat dan membantu masyarakat menyelesaikan masalah bahasa.Lain-lain21.11.2008
12345678910...

Kembali ke atas