Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
laksana
Kata Terbitan : melaksanakan, pelaksanaan, pelaksana,
Rujuk :bagai;,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apa peranan DBP Cawangan Sarawak?Sejak penubuhannya, DBP Cawangan Sarawak memainkan peranan yang penting dalam pengendalian hal-hal yang berkaitan dengan bahasa dan sastera di negeri ini. Antara peranan yang penting ialah: 1. Melaksanakan kegiatan yang mengarah kepada peluasan, peningkatan penggunaan dan kejayaan pelaksanaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi tunggal. 2. Melaksanakan kegiatan-kegiatan kesusasteraan yang membantu ke arah: Membina bakat penulisan dan memupuk minat serta penghayatan sastera kebangsaan di Sarawak. Memperbanyak hasil dan bahan untuk diterbitkan dalam bahasa kebangsaan serta meningkatkan mutu sastera kebangsaan di Sarawak. 3. Mendapatkan bahan-bahan penerbitan dalam Bahasa Melayu daripada sumber budaya Sarawak yang sesuai untuk diterbitkan.Lain-lain12.11.2007
Boleh tak sesiapa beritahu definisi dipratikan?Tiada istilah "dipratikan". Walau bagaimanapun, terdapat istilah "praktik" yang membawa maksud: 1. perbuatan melaksanakan teori (keya­kinan dll), pelaksanaan: biarpun cinta pd teorinya tidak dibatasi oleh kaya miskin, tetapi pd ~nya begitu; 2. perihal melakukan (menjalankan) pekerjaan profesional (doktor, peguam dll): sudah bertahun-tahun dia membuka ~; mempraktikkan menjalankan spt yg ter­sebut dlm teori dll, melaksanakan, mengamal­kan, melakukan: sekarang mereka cuba ~ apa yg mereka pelajari di Pusat Latihan Perguruan dahulu.Makna26.02.2014
Perbezaan di antara I. Perlaksanaan atau Pelaksanaan? II. Buku Catatan atau Buku Catitan III. catitan atau catatan?(Kamus Dewan edisi Keempat):
1. perlaksanaan = hasil drpd melaksanakan (mengerjakan, menyelesaikan) sesuatu rancangan (tugas dsb)
2.pelaksanaan = peihal, perbuatan atau proses melaksanakan (menjalankan, mengusahakan) rancangan (tugas, dsb)
3. Ejaan yang betul ialah "Buku Catatan" , bukan "Buku Catitan"
4. Istilah yang diguna pakai ialah "catatan", bukan "catitan".
Istilah10.11.2014
Assalamualaikum wbt Encik. Saya ingin mendapat kepastian berhubung ayat di bawah sama ada betul atau sebaliknya. 1) Seorang pekerja yang baik sentiasa melaksanakan/menunaikan tanggungjawabnya dengan sebaik yang mungkin. 2) Polis itu tidak berasa gentar/gerun ketika berhadapan dengan sekumpulan perompak tersebut. 3) Pak Tua menggagahkan/menguatkan diri untuk menebang pokok rambutan di hadapan rumahnya dengan sebilah kapak. 4) Zainun agak gugup/gagap ketika menyampaikan pidato di hadapan para penonton. Terima kasih.

Perkataan yang betuk bagi ayat tersebut ialah;

1. melaksanakan tanggungjawab

2. tidak berasa gerun

3. menguatkan diri

4. agak gugup.

 Harap maklum.

Tatabahasa14.07.2008
1.bagaimanakah cara mengeja perkataan yang mempunyai awalan peR-...peN-? contohnya : Pelaksanaan or perlaksanaan / perlancongan or perlancongan /perlumbaan or pelumbaan? 2.ejaan pelibatan / penglibatan?

1. Kedua-dua perkataan pelaksanaan dan perlaksanaan adalah betul. Menurut Kamus Dewan,  pelaksanaan bermaksud perihal, perbuatan atau proses melaksanakan (menjalankan, mengusahakan) rancangan (tugas dsb). Perlaksanaan bermaksud hasil daripada melaksanakan (mengerjakan, menyelesaikan) sesuatu rancangan (tugas dsb).

2. Ejaan yang betul ialah pelancongan dan perlumbaan.

3. Kedua-dua perkataan pelibatan dan penglibatan  mempunyai maksud yang sama dan boleh digunakan.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (muka surat 108 - 133) untuk mengetahui lebih lanjut tentang awalan peR- dan peN-.

Tatabahasa24.05.2011
Apakah perbezaan antara 'pelaksanaan' dan 'perlaksanaan' dan bagaimanakah kaedah penggunaannya? Terima kasih.Pelaksanaan bermaksud perihal, perbuatan atau proses melaksanakan (menjalankan, mengusahakan) rancangan (tugas dan ssebagainya). Perlaksanaan bermaksud hasil daripada melaksanakan (mengerjakan, menyelesaikan) sesuatu rancangan (tugas dan sebagainya).
Contoh penggunaan:
(1) Pelaksanaan KBSR (3M) tahap pertama sedang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan.
(2) Dengan perlaksanaan skim caruman itu, maka dapatlah orang kampung melabur.
Makna26.04.2017
Tuan, 1. Saya keliru dengan penggunaan 'akan'.Selain digunakan sebagai kata sendi, 'akan' juga membawa menyatakan sesuatu kemungkinan. Bagi kata kerja yang menerima aptan meN..kan , adakah penggunaan 'akan' sebelum kata kerja tersebut dianggap lewah. Contoh: a. Kerajaan akan melaksanakan program ATAU Kerajaan akan melaksana program b. Kerajaan akan memperkenalkan ATAU Kerajaan akan memperkenal 2. yang mana satu betul: a. di sepanjang tempoh lima dekad yang lalu ATAU b. dalam tempoh lima dekad yang lalu Penjelasan tuan amat dihargai. Terima kasih.Jawapan yang tepat bagi ketiga-tiga soalan tersebut ialah:
a. Kerajaan akan melaksanakan program...
b. Kerajaan akan memperkenalkan... 
b. dalam tempoh lima dekad yang lalu,...
Tatabahasa26.03.2015
(1)Tolong jelaskan apa bezanya di antara imbuhan "me...kan" dengan imbuhan "me....."? (2) Bolehkah menggunakan perkataan "melaksana" berbanding dengan "melaksanakan"? (3) Bolehkah menggunakan perkataan "memaklum kepada" berbanding "memaklumkan"? mana satu betul? (4) Perkataan "memaklumkan" sudah memadai atau "memaklumkan kepada"? (5) perkataan "berdasarkan" sudah memadai atau "berdasarkan kepada"? (6) Apa beza penggunaan di antara perkataan "ialah" dengan "merupakan"?

1. Perkataan 'memberi' dan 'memberikan' merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan 'memberi' hendaklah diikuti oleh kata nama objek bernyawa, manakala 'memberikan' hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa. Contoh: Abang memberi adik sebatang pensel; Pengetua memberikan nasihat kepada semua  pelajar.

2. Penggunaan yang betul ialah melaksanakan (tidak ada melaksana).

3. Penggunaan yang betul ialah memaklumkan (tidak ada memaklum). Kata memaklumkan mesti diikuti dengan objek seperti "Ia datang hendak memaklumkan hal ehwalnya" dan tidak boleh diikuti dengan kata sendi kepada. Begitu juga dengan kata bersandarkan juga tidak perlu diikuti dengan kata sendi kepada.

6. Penggunaan kata pemeri yang betul "ialah", manakala kata merupakan digunakan bagi maksud melambangkan atau menggambarkan.

Tatabahasa11.10.2011
Assalamualaikum. Istilah mana yang betul? 1. "Ahli jawatankuasa biro" atau "Ahli Biro"? 2. "Ahli jawatankuasa Lajnah" atau "Ahli Lajnah'? Sebab BIRO dan LAJNAH sudah mewakili JAWATANKUASA. Pada pandangan saya, yang betul adalah AHLI BIRO atau AHLI LAJNAH. Pohon pandangan. Terima kasih.Untuk makluman puan, biro dan lajnah melaksanakan fungsi seperti sebuah jawatankuasa yang dibentuk untuk melaksanakan sesuatu kegiatan. Frasa yang betul ahli biro dan ahli lajnah.Istilah27.07.2015
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya. Adakah terdapat perbezaan yang ketara antara istilah PASUKAN KERJA dengan KERJA BERPASUKAN. Kedua, Apa komen tuan jika tajuk ini untuk saya jadikan sebagai tajuk kursus: 1) "KURSUS MEMBENTUK PASUKAN KERJA YANG BERETIKA DAN BERINTEGRITI" 2) "KURSUS PERATURAN KERJA BERPASUKAN YANG BERETIKA DAN BERINTEGRITI"

Pasukan kerja bermaksud satu pasukan yang dibentuk untuk melaksanakan sesuatu kerja atau tugasan. Contohnya, pasukan perubatan untuk melaksanakan tugasan memberikan rawatan perubatan, pasukan keselamatan untuk melaksanakan tugasan mengawal keamanan, dan pasukan sorak untuk melaksanakan tugasan memberikan sokongan dan sorakan kepada sesuatu pasukan yang bertanding dalam acara sukan.

Kerja berpasukan pula bermaksud menyelesaikan sesuatu tugasan secara berkumpulan atau berpasukan. Contohnya, buletin tahunan itu berjaya diterbitkan dengan cemerlang hasil kerja berpasukan yang melibatkan editor, wartawan, penulis, pereka bentuk, jurufoto, dan pencetak.

Tajuk kursus:

1. Kursus Membentuk Pasukan Kerja yang Beretika dan Berintegriti – bermaksud kursus yang diadakan untuk memberikan panduan cara-cara membina dan membentuk satu pasukan kerja yang beretika dan berintegriti.

2. Kursus Peraturan Kerja Berpasukan yang Beretika dan Berintegriti - bermaksud kursus yang diadakan untuk menetapkan garis panduan yang perlu dipatuhi dalam kerja berpasukan yang beretika dan berintegriti.

Makna12.02.2014
12345

Kembali ke atas