Salam. Saya ingin bertanya beberapa perkataan berikut sama ada ialah kata kerja tak transitif berpelengkap atau kata kerja tak transitif tanpaa pelengkap. 1. melakukan 2. mendapat 3. mempunyai 4. menghasilkan 5. berkembang 6. bersedia 7. membantu 8. berminat 9. berfungsi 10. menggantikan 11. meningkatkan. Terima kasih. | Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. Kata kerja tak transitif dapat dibahagikan kepada dua subgolongan, iaitu kata kerja tak transitif tanpa pelengkap dan kata kerja tak transitif berpelengkap. Untuk keterangan lanjut, mohon untuk merujuk Buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 06.02.2023 |
1. Polis akan menangkap kamu (kalau) Kamu melakukan kejahitan a) Polis akan menangkap kamu kalau melakukan kejahitan b) Polis akan menangkap kamu kalau kamu melakukan kejahitan. Jawapan a) atau b) yang betul | Jawapan yang betul ialah b) Polis akan menangkap kamu kalau kamu melakukan kejahatan | Tatabahasa | 27.04.2012 |
1. Kami berharap pada tahun 2020, kami dapat melakukan banyak lagi aktiviti yang menyeronokkan. 2. Kami berharap dapat melakukan banyak lagi aktiviti yang menyeronokkan pada tahun 2020. Manakah ayat yang betul? | Ayat yang betul ialah Kami berharap pada tahun 2020, kami dapat melakukan lebih banyak aktiviti yang menyeronokkan atau Kami berharap dapat melakukan lebih banyak aktiviti yang menyeronokkan pada tahun 2020. | Tatabahasa | 06.04.2020 |
1.Beliau berminat melakukan tugas (memelihara , pemeliharaan) alam sekitar .Mana satu betul? 2.Pada musim cuti (persekolahan ,sekolah) yang lalu, Rubini telah berkunjung ke rumah saudaranya. Mana satu yang betul? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah: 1. Beliau berminat melakukan tugas memelihara alam sekitar. 2.Pada musim cuti sekolah yang lalu, Rubini telah berkunjung ke rumah saudaranya. | Tatabahasa | 22.09.2020 |
Cikgu, tolong tengok ayat di bawah ini dan tentukan ayat yang manakah ialah penggunaan kata sendi nama yang betul. 1. Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung KEPADA orang lain. 2. Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung PADA orang lain. Huruf-huruf yang telah dibesarkan dalam ayat ialah kata sendi nama di mana saya hendak tuan menentukan penggunaannya yang betul dan memberikan penerangan. | Ayat yang betul ialah Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung pada orang lain. | Tatabahasa | 13.05.2014 |
Assalamualaikum. Adakah ayat ini betul, penggunaan "dari" dan "daripada" yang digunakan? Ayat: (1) Pemandu yang melakukan kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang dari tiga tahun dan tidak lebih dari 10 tahun. (2) Pemandu berkenaan juga boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM8,000.00 dan tidak lebih daripada RM20,000.00. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah: i. Pemandu yang melakukan kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang daripada tiga tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun. ii. Pemandu berkenaan juga boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM8,000.00 dan tidak lebih daripada RM20,000.00. | Tatabahasa | 21.01.2025 |
1. Saya membuat senamrobik di padang. 2. Saya melakukan senamrobik di padang. 3. Saya bersenamrobik di padang. Ayat manakah yang betul? | Ayat yang betul ialah "Saya melakukan senamrobik di padang." dan "Saya bersenamrobik di padang." | Tatabahasa | 09.06.2023 |
Adakah ayat berikut betul? 1. Antara cara-cara mencegah pencemaran udara ialah tidak melakukan pembakaran terbuka. | Antara cara mencegah pencemaran udara ialah tidak melakukan pembakaran terbuka. | Lain-lain | 20.10.2017 |
Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan petualang? | Kata petualang bermaksud: 1. orang yang melakukan hal atau perbuatan yang tidak jujur, jahat dan sebagainya untuk kepentingan diri sendiri. 2. orang yang bertualang dari satu tempat ke satu tempat yang lain. 3. orang yang suka melakukan perkara yang sukar atau berbahaya untuk pengalaman. Sila layari PRPM https://prpm.dbp.gov.my/ atau Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) untuk memperoleh maklumat tentang kata tersebut dalam bahasa Melayu. | Makna | 05.09.2024 |
Apakah perbezaan antara 'metodologi' dan 'metode'? boleh terangkan maksudnya? | metode | (métode) 1. cara melakukan sesuatu, sistem | metodologi | (métodologi) sistem yg merangkumi kaedah dan prinsip yg digunakan dlm sesuatu kegiatan, disiplin, dsb. | | Lain-lain | 10.09.2014 |