Soalan Peribahasa Pengarah syarikat itu teelah memberhentikan pekerjanya yang malas kerana melakukannya pekerjaan apabila disuruh sahaja Haifizul amat kecewa akan keputusan pperiksaannya,namun segala-galanya telah terlambat Orang ramai disarankan supaya beringat-ingat ketika berbelanja.Biarlah perbelanjaan kita berpadanan dengan pendapatan yang kita peroleh. Walaupun telah bertahun-tahun lamanya Szimaan bekerja di luar negara,akhirnya dia mengambil leputusan untuk pulang ke tanah airnya Apakah peribahasa di atas yang disenaraikan.Saa meminta bantuan | Untuk makluman, tuan boleh melayari laman web www.prpm.dbp.gov.my dan tuliskan perkataan yang boleh menjadi kata kunci kepada peribahasa tersebut dalam ruangan "Carian Spesifik" dan klik "Cari". Tuan akan memperoleh maklumat yang diperlukan. | Lain-lain | 10.01.2021 |
Adakah "yang" boleh diletakkan pada awal ayat? Contoh: Yang penting, dia telah melakukannya. | Kata majmuk pancangan relatif "yang" boleh digunakan pada permulaan ayat. Dalam bahasa Melayu perkataan yang bukan sahaja digunakan sebagai penanda relatif, tetapi digunakan juga sebagai nama yang digugurkan daripada frasa nama + yang. Ini dapat dilihat dalam contoh yang berikut: 1. i. Warna yang merah itu warna kegemaran adik saya. atau Yang merah itu, warna kegemaran adik saya. 2. ii. Mereka yang rajin dan berusaha selalunya berjaya. atau Yang rajin dan berusaha, selalunya berjaya. | Tatabahasa | 18.11.2020 |
Saya ingin mendaftar nama syarikat pada papan iklan di kedai saya. Bagaimana saya boleh melakukannya. Terima kasih | Sila layari http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/pelanggan/login.aspx untuk pengesahan iklan. | Lain-lain | 15.05.2017 |
Apakah perkataan yang boleh saya gunakan untuk frasa "give face to somebody". Contohnya, sebenarnya saya tidak suka melakukan perkara itu, namun disebabkan saya "give face to XXX" maka saya melakukannya sahaja. | Dalam konteks ayat yang diberikan, kami mencadangkan padanan bahasa Melayu bagi give face ialah menghormatinya. (Sebenarnya saya tidak suka melakukan perkara itu. Namun disebabkan saya menghormati XXX, maka saya melakukannya.) | Penyemakan dan penterjemahan | 21.03.2017 |
Salam sejahtera, Perkataan ada jika diikuti dengan lah; haruskah ianya dicantumkan? Contoh ayat: A: Kau yang melakukannya? B: Tak adalah / Tak ada lah. Terima kasih! | Kata penegas atau disebut juga partikel -lah ditulis bersambung dengan kata sebelumnya. Contoh: inilah. mungkinlah | Ejaan | 24.07.2020 |
Salam sejahtera, Dalam penggunaan kata tanya, apakah peranan tambahan 'kah' di hujung setiap kata tanya? Contohnya, "Bagaimana'kah' kamu melakukannya?" Adakah ayat tetap betul tatabahasanya jika 'kah' tidak diletakkan? Terima kasih. | Dalam bahasa Melayu, terdapat kata penegas yang disebut juga partikel atau kata penyerta ialah sejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat, iaitu -kah, -tah dan -lah. Kehadiaran -kah, -tah dan -lah penting sebagai kata penegas frasa predikat hanya berlaku apabila frasa predikat atau bahagian-bahagian yang ditegaskan itu mengalami proses pendepanan, seperti contoh ayat "Siapakah majikan kamu itu?"
| Tatabahasa | 07.10.2015 |
Sila nyatakan perbezaan bagi perkataan canggung dan kekok (Inggeris: not natural) dari segi makna dan penggunaannya. | Kata canggung sama makna dengan kekok. Canggung bermaksud agak kekok atau kurang mahir melakukan sesuatu kerana belum biasa melakukannya; atau disebut juga janggal: seperti contoh ayat: Aku berasa canggung/kekok/janggal sekali apabila bercampur gaul dengan mereka. | Makna | 28.01.2011 |
Ayat: Kamu harus melakukan segala-gala yang saya perintahkan. Bolehkah ayat di atas diubah bentuk menjadi sedemikian: (1) Segala-gala yang saya perintahan harus kamu lakukan. (2) Segala-gala yang saya perintahkan, kamu harus melakukan. (3) Segala-gala yang saya perintahkan, kamu harus melakukannya. (1) berupa ayat pasif, tetapi saya kurang pasti dengan (2) dan (3). Terima kasih | Ayat pasif yang betul ialah Segala-gala yang saya perintahkan harus kamu lakukan. Frasa kerja pasif diri pertama dan kedua, iaitu kedudukan ruang di antara kata ganti nama diri pertama dan kedua dengan kata kerja pasif tanpa awalan tidak boleh diselitkan sebarang kata. | Tatabahasa | 23.07.2013 |
Ya Allah, Tuhan yang mengetahui perkara ghaib dan nyata, Pencipta langit dan bumi, Tuhan setiap sesuatu dan Pemiliknya, aku mengaku bahawa Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau, aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan diriku dan kejahatan syaitan dan sekutunya dan aku berlindung daripada berusaha untuk melakukan kejahatan terhadap diriku atau aku mendorong orang Islam melakukannya. Soalan saya, Pencipta dalam ayat ini seharusnay ditulis dengan huruf besar Pencipta atau pencipta? | Berdasarkan konteks ayat yang diberikan, pencipta perlu ditulis dengan huruf kecil, melainkan jika perkataan tersebut berada di permulaan ayat. | Tatabahasa | 14.02.2019 |
IMBUHAN APITAN,, KE--AN,, DIKATAKAN BOLEH JADI KATA KERJA UNTUK AYAT PASIF!!!!! PERSOALANNYA IALAH BAGIMANA NAK TUKARKAN AYAT AYAT dibawa INI KEPADA AYAT AKTIF????((1)Malam tadi jiran saya kecurian(2)Sayup-sayup suara azan kedengaran (3) Badannya berpeluh kerana kepanasan (4 ) Dia kehujanan dijalan )) sila rujuk TATABAHASA DEWAN M.S(213) DALAM BAB 7 KATA KERJA ,,,,,,,,,,,,,,,,, TOLONG BERIKAN JAWAPAN LENGKAP ,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,, | Saudara Wan, Ayat pasif dengan perkataan berimbuhan di... boleh diaktifkan dengan kata kerja berimbuhan meN.... Walau bagaimanapun bagi ayat pasif dengan perkataan berimbuhan apitan ke...an , ayat aktifnya tidak terbentuk demikian. Dalam hal ini ayat aktifnya dibentuk dengan mengenal pasti subjek yang melakukannya. Contoh: Orang ramai mendengar suara azan sayup-sayup. | Tatabahasa | 21.06.2009 |