Melalui semakan Istilah Bahasa Melayu, istilah moot boleh digunakan dalam bidang Undang-undang. Oleh itu, adakah moot court boleh diterjemahkan kepada mahkamah moot? | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah moot court ialah mahkamah olok-olok. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.
| Istilah | 18.04.2023 |
Melalui semakan kami di prpm, padanan bagi perkataan "infant feeding" ialah "memberi makan bayi". Kenapakah padanan tersebut bukan "memberikan makanan kepada bayi"? Kami bercadang untuk memberi padanan kepada perkataan "infant feeding" dalam ayat di bawah ini dengan perkataan "diberi makan kepada bayi". Adakah ia tepat dari sudut tatabahasa dan konteks ayat. Infant formula 389. (1) Infant formula shall be any food described or sold as an alternative for human milk for the feeding of infants. It is a product prepared from milk of cow or other animal or other edible constituent of animal or both, including fish, or from plant suitable for infant feeding Rumusan bayi 389. (1) Rumusan bayi hendaklah apa-apa makanan yang diperihalkan atau dijual sebagai alternatif kepada susu ibu bagi makanan bayi. Ia hendaklah hasil yang disediakan daripada susu lembu atau binatang lain, atau bahagian binatang lain yang boleh dimakan atau kedua-duanya, termasuk ikan, atau daripada tumbuhan yang sesuai untuk makanan bayi | Rumusan bayi 389. (1) Rumusan bayi hendaklah apa-apa makanan yang diperihalkan atau dijual sebagai alternatif kepada susu ibu bagi makanan bayi. Ia hendaklah hasil yang disediakan daripada susu lembu atau binatang lain, atau bahagian binatang lain yang boleh dimakan atau kedua-duanya, termasuk ikan, atau daripada tumbuhan yang sesuai untuk makanan bayi. Terjemahan di atas oleh tuan adalah betul sesuai dengan maksud yang hendak disampaikan. | Penyemakan dan penterjemahan | 18.07.2021 |
Melalui semakan kami, “formula dietary food” dipadankan dengan “rumusan diet”. Kenapakah perkataan “food” tidak disebut atau dipadankan dengan apa-apa padanan? Sebagai perbandingan istilah “customer formula feed” dalam istilah Veterinar PRPM dipadankan dengan “makanan rumusan pelanggan”. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, Definisi "diet": 1. makanan dan minuman yg biasanya diambil oleh sesuatu kumpulan, seseorang individu, atau seseekor binatang; 2. jenis dan banyaknya makanan yg ditetapkan utk seseorang atau seseekor binatang utk tujuan tertentu. Berdasarkan istilah bahasa Inggeris, dietary bertindak sebagai kata sifat yang menjadi penerang kepada sesuatu kata seperti dietary food. Walau bagaimanapun, pembentukan dalam bahasa Melayu akan menjadi lewah sekiranya formula dietary food dipadankan dengan "rumusan makanan diet". Padanan yang tepat bagi formula dietary food ialah rumusan diet.
| Lain-lain | 27.07.2021 |
Melalui semakan kami, tiada padanan bagi “saffron” sebagai “Kuma” tetapi terdapat padanan “kuma-kuma” dan “safron. Sebolehnya kami berhasrat untuk mengekalkan padanan “kuma”. Apakah padanan yang sebenar dan bersesuaian bagi “safron”. Saffron 329. (1) Saffron shall be the dried stigmata or top of style of flower of the plant Crocus sativus. Kuma 329. (1) Kuma hendaklah stigmata kering atau bahagian atas stil bunga tumbuhan Crocus sativus | Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) telah merakamkan safron dalam senarai entrinya. Maklumat entri ini adalah seperti yang berikut: safron kata nama 1 tumbuhan kecil berbunga ungu kemerah-merahan yg banyak terdapat di kawasan Barat Mediterranean, iaitu menganjur dr Sepanyol hingga Kashmir, India; koma-koma; zafaran; kekuma; komkoma; kuma-kuma; kumkuma; kungkuma; Crocus sativus; 2 benang sari drp bunga tumbuhan ini yg dikeringkan, berupa spt tembakau, dan digunakan sbg rempah, pewarna, dan perisa makanan. Begitu juga dengan kata sinonimnya koma-koma, zafaran, kekuma, komkoma, kuma-kuma, kumkuma dan kungkuma telah dijadikan entri. Hal ini bermakna, masyarakat boleh menggunakan pilihan kata tersebut mengikut kesesuaian konteksnya. Para pengguna juga disarankan untuk memiliki Kamus Dewan Perdana untuk memperoleh maklumat yang terkini. | Lain-lain | 01.07.2021 |
Melalui semakan kami, tiada padanan bagi “saffron” sebagai “Kuma” tetapi terdapat padanan “kuma-kuma” dan “safron. Sebolehnya kami berhasrat untuk mengekalkan padanan “kuma”. Apakah padanan yang sebenar dan bersesuaian bagi “saffron”. | Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) telah merakamkan safron dalam senarai entrinya. Maklumat entri ini adalah seperti yang berikut: safron kata nama 1 tumbuhan kecil berbunga ungu kemerah-merahan yg banyak terdapat di kawasan Barat Mediterranean, iaitu menganjur dr Sepanyol hingga Kashmir, India; koma-koma; zafaran; kekuma; komkoma; kuma-kuma; kumkuma; kungkuma; Crocus sativus; 2 benang sari drp bunga tumbuhan ini yg dikeringkan, berupa spt tembakau, dan digunakan sbg rempah, pewarna, dan perisa makanan. Begitu juga dengan kata sinonimnya koma-koma, zafaran, kekuma, komkoma, kuma-kuma, kumkuma dan kungkuma telah dijadikan entri. Hal ini bermakna, masyarakat boleh menggunakan pilihan kata tersebut mengikut kesesuaian konteksnya. Para pengguna juga disarankan untuk memiliki Kamus Dewan Perdana untuk memperoleh maklumat yang terkini. | Lain-lain | 01.07.2021 |
Melalui semakan kami, “refined salt” ialah “garam kilang”. Walau bagaimanapun dalam peruntukan ayat di bawah ini “refined salt” dipadankan dengan “garam bertapis”. Adakah padanan ini sesuai dalam konteks ayat ini. Table salt 284. (1) Table salt shall be refined salt. It shall contain not less than 97 per cent of sodium chloride on a water-free basis, food additive excluded and shall not lose more than 1 per cent of its weight on drying at 130°C. Garam halus 284. (1) Garam halus hendaklah garam bertapis. Ia hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 97 peratus natrium klorida atas asas tanpa air, tidak termasuk aditif makanan; dan hendaklah tidak kehilangan lebih daripada 1 peratus daripada beratnya apabila dikeringkan pada 130°C. | Cadangan padanan yang sesuai digunakan dalam ayat bagi "refined salt" iaitu garam kilang ialah 'Garam halus hendaklah garam bertapis. Garam halus hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 97% natrium klorida pada kadar tanpa air, tidak termasuk tanpa bahan tambahan makanan dan hendaklah tidak kehilangan lebih daripada 1 peratus beratnya apabila dikeringkan pada suhu 130°C.' | Makna | 01.07.2021 |
Melalui semakan kami, tiada padanan bagi “glaced fruit” sebagai "glis buah" tetapi terdapat padanan bagi “glazed fruit” iaitu “buah bersadur” iaitu buah-buahan yang disaluti dan ditutupi dengan glis. Candied fruit or glaced fruit or crystallized fruit 229. (1) Candied fruit or glaced fruit or crystallized fruit shall be the product obtained by treating the edible parts of raw fruit or mixture of raw fruits with sugar, glycerol or sorbitol. Kandi buah atau glis buah atau halwa buah 229. (1) Kandi buah atau glis buah atau halwa buah hendaklah hasil yang diperoleh dengan memproses bahagian buah-buahan mentah yang boleh dimakan atau campuran buah-buahan mentah dengan gula, gliserol atau sorbitol. | Mohon berikan soalan yang jelas agar pihak kami dapat membantu menyelesaikan persoalan dalam bahasa Melayu yang dihadapi oleh pihak tuan/puan. | Lain-lain | 27.06.2021 |
Melalui semakan kami, padanan bagi “saponification value” ialah “nilai penyabunan” dan “unsaponifiable matter” pula ialah “jirim tak tersabun”. Walau bagaimanapun, kami bercadang untuk mengekalkan padanan sedia ada dalam peruntukan di bawah ini untuk “saponification value” sebagai “nilai saponifikasi” dan “unsaponifiable matter” sebagai “jirim tidak saponifikasi”. Ini kerana kami juga mendapati terdapat padanan bagi “saponification” sebagai “saponifikasi” dan “unsaponifiable matter” sebagai “bahan tak saponifikasi”. Bolehkah kami mengekalkan padanan sedia ada dalam peruntukan ini atau terdapat padanan lain yang lebih wajar. 180. (2) Dripping— (a) shall have— (iii) a saponification value of from 190 to 202 milligrams potassium hydroxide per gram; (b) shall not contain more than 12 g/kg of unsaponifiable matter 180. (2) Dripping— (a) hendaklah mempunyai— (iii) nilai saponifikasi daripada 190 hingga 202 miligram kalium hidroksida setiap gram; (b) tidak boleh mengandungi lebih daripada 12 g/kg jirim tidak saponifikasi. | Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut: saponification value - nilai penyabunan; nilai saponifikasi unsaponifiable matter - jirim tak tersabun; jirim tak saponifikasi Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 22.06.2021 |
Melalui jawapan yang diberikan oleh pihak tuan, padanan bagi perkataan “overlaying” ialah “sertaan” dan perkataan “overlaying fat” menjadi “lemak sertaan”. Walau bagaimanapun, perkataan selepasnya pula ialah “overlaying” ialah “melapisinya’’. Adakah perkataan “overlaying fat” boleh ditukarkan kepada “lemak lapisan”? “It may contain accompanying and overlying fat together with portions of bone, skin, sinew, nerve and blood vessels that normally accompany the muscle tissue and are not separated from it in the process of dressing. It may be accompanied by edible organs.”. “Ia boleh mengandungi lemak sertaan dan lapisan bersama-sama dengan bahagian tulang, kulit, urat, saraf dan pembuluh darah yang biasanya ada bersama tisu otot dan tidak dipisahkan daripadanya semasa proses pelapahannya. Ia boleh disertai dengan organ-organ yang boleh dimakan. Kami juga ingin mencadangkan peruntukan di atas dipadankan seperti yang berikut: “Ia boleh mengandungi lemak yang ada bersamanya dan melapisinya bersama-sama dengan bahagian tulang, kulit, urat, saraf dan pembuluh darah yang biasanya ada bersama tisu otot dan tidak dipisahkan daripadanya semasa proses pelapahannya. Ia boleh disertai dengan organ-organ yang boleh dimakan.”. Adakah cadangan kami ini boleh digunakan terutamanya bagi padanan “accompanying and overlaying fat” tersebut. | Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut: accompanying and overlaying fat - lemak sertaan dan lapisan Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 22.06.2021 |
Melalui semakan kami dalam kamus dan PRPM, tiada perkataan “swiftlet” ditemui. Walau bagaimanapun, terdapat istilah “walet” iaitu sejenis burung layang-layang. Apakah padanan “burung walet” dalam bahasa Inggeris? Raw-clean edible birdnest 178A. (1) For the purposes of these Regulations, raw-clean edible birdnest— (a) is the secretion from the salivary glands at swiftlet genus Aerodramus and genus Collocalia; 178A. (1) Bagi maksud Peraturan-Peraturan ini, sarang burung mentah bersih yang boleh dimakan— (a) ialah rembesan dari kelenjar air liur daripada burung walit genus Aerodramus dan genus Collocalia; | Ejaan yang tepat ialah "walet", iaitu sejenis burung layang-layang (swift). | Penyemakan dan penterjemahan | 22.06.2021 |