"Ibu melambaikan tangan kepada kami" atau "Ibu melambaikan tangan dengan kami? Mana satu ayat yan betul? Jika tidak, apakah istilag yang sesuai digunakan? Sekian... | Kedua-duanya boleh digunakan mengikut situasi. Jika, "Ibu melambaikan tangan kepada kami" membawa maksud ibu melambai kepada kami. Manakala, "Ibu melambaikan tangan dengan kami" membawa maksud ibu melambai tangan bersama-sama kami. | Tatabahasa | 15.02.2015 |
Istilah melambai; adakah kegunaan ‘melambaikan tangannya sebelum beredar’ itu sesuai ? Adakah melambaikan di sini bermaksud ‘to wave goodbye’? Kerana melambai dlm DBP membawa erti ‘gerakan tangan turun naik spt memanggil’ bukan ke kiri dan ke kanan. | Salam sejahtera, Tuan, Sesuai penggunaannya. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 23.07.2019 |
Dua orang budak melambaikan panji-panji.(betul@salah) dalam acara sukaneka adakah isi air dalam botol,lari ikat kaki..nama acara -acara ini betul? | Ayat itu betul dan nama-nama acara sukaneka itu juga betul. | Tatabahasa | 20.06.2011 |
Ingin bertanya penggunaan frasa yang betul dan minta pencerahannya. 1. Amin "melambai tangan" kepada rakannya, atau Amin "melambaikan tangan" kepada rakannya. 2. titah Sultan Mansur kepada "rakyatnya" atau titah Sultan Mansur kepada "rakyat-rakyatnya" 3. Adakah penggunaan "hadirin sekalian" dibolehkan walaupun kedua-dua perkataan membawa maksud jamak? | Ayat yang betul ialah: 1. Amin "melambai tangan" kepada rakannya. 2. Titah Sultan Mansur kepada "rakyatnya". 3. "hadirin sekalian" dibolehkan walaupun kedua-dua perkataan membawa maksud jamak. | Tatabahasa | 12.05.2015 |
Hi, PRPM menyenaraikan perkataan "babai" di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Bolehkah "babai" digunakan sebagai terjemahan untuk "Bye" atau "Goodbye di dalam konteks penulisan buku atau terjemahan sari kata? Bolehkah diguna pakai sebagai alternatif singkat untuk "selamat tinggal"? | Kata "babai" ialah kata basahan yang hanya sesuai digunakan dalam ucapan harian secara tidak formal/rasmi. Untuk penerbitan buku karya kreatif, khususnya dalam dialog, dan penulisan sari kata, kata babai boleh digunakan menggantikan kata selamat jalan atau selamat tinggal yang biasanya diucapkan sambil melambaikan tangan. Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang perbendaharaan kata bahasa Melayu, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020). | Makna | 02.08.2024 |
adakah ayat ini gramatis? "Daun Melambai." Ayat ini saya ambil daripada ssebuah buku tatabahasa Melayu. Namun contoh ayat dalam kamus dewan bagi perkataan melambai adalah " Kereta api pun bergerak. Kulihat tangan suamiku melambai-lambai. sehubungan ini, adakah perkataan melambai mesti digandakan baru ia berfungsi sebagai kata kerja tak transotif? Berdasarkan contoh "daun melambai." Adakah penggunaan melambai dalam ayat di bawah ini betul / salah. "Di lapangan terbang, ibu bapa dan adik beradik Thomas melambai dengan Thomas yang akan bertolak ke London. | 1. Untuk makluman, perkataan "Daun Melambai" boleh digunakan kerana ia merupakan bentuk personifikasi iaitu; a. pemberian (penyerapan) sifat-sifat manusia kpd benda tak bernyawa atau sesuatu yg abstrak dll utk mendapatkan kesan sastera atau seni. b. perlambangan atau pengemukaan benda tidak bernyawa atau sesuatu yg abstrak sbg mempunyai sifat-sifat manusia; mempersonifikasikan melambangkan atau mengumpamakan sesuatu benda yg tidak bernyawa (atau abstrak) sbg manusia atau mempunyai sifat-sifat manusia: dia ~ Kuala Lumpur dgn kata-kata yg terpilih. 2. Selain itu, perkataan melambai tidak semestinya digandakan untuk berfungsi sebagai kata kerja tak transitif kerana kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek selepasnya. Untuk lebih jelas, rujuk Tatabahasa Dewan, halaman 88. 3. Penggunaan ayat yang betul, "Di lapangan terbang, ibu bapa dan adik-beradik Thomas melambaikan tangan kepadanya yang akan bertolak ke London." | Tatabahasa | 18.08.2015 |