gagal melampirkan lampiran jpg file untuk kali yang kedua, iaitu pembetulan ejaan untuk pemohonan yang pertama. Cara yang sama seperti yang sama melampirkan jpg untuk kali pertama , tetapi tidak jadi untuk kali ini. | Sila rujuk lampiran. Sekiranya tuan menghadapi masalah teknikal, tuan boleh menghubungi En. Shaufi, Pegai Sistem Maklumat melalui sambungan 1860. | Lain-lain | 31.10.2013 |
Mana satu yang betul? 1. Saya lampirkan borang .... 2. Saya melampirkan borang.... | Ayat yang gramatis ialah Saya melampirkan borang .... | Tatabahasa | 31.05.2012 |
Kepada Dewan Bahasa Dan Pustaka: Saya telah melampirkan soalan saya di lampiran fail. Sekian, terima kasih. | Terima kasih atas pandangan saudara. Untuk makluman saudara, jawapan yang diberi merujuk Kamus Dewan. Perkataan harus bermaksud: 1. tidak boleh tidak, tidak dapat tidak, mesti, patut, wajib; 2. boleh jadi, mungkin; 3. tidak mustahil (berlaku, terjadi, dsb) atau mungkin; dan 4. boleh dilakukan dan boleh pula ditinggalkan. Manakala perkataan mesti bermaksud: 1. tidak boleh tidak, wajib; 2. tentu; dan 3. patut, wajar. Berdasarkan makna tersebut dalam keadaan tertentu perkataan harus boleh saling berganti dengan perkataan mesti seperti ayat Kita mempunyai kepentingan sendiri yang harus/mesti dijaga. Manakala dalam keadaan yang lain pula kedua-dua perkataan tersebut tidak dapat bertukar ganti, seperti Harus seorang musuh itu bertukar menjadi seorang kawan dan Apa-apa yang dilakukan Kamal mestilah Aini tahu. Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan terjemahan perkataan harus dan mesti dibezakan, harus - due/due to be dan mesti - must. | Tatabahasa | 28.02.2012 |
Salam, Saya dari Koperasi Percetakan Bumiputra Malaysia berhad melampirkan fail untuk pihak tuan mengesahkan ejaan yang terdapat di fail tersebut. Ia adalah untuk mendapatkan lesen iklan papan tanda premis. Sekian Terima Kasih | Iklan perlu dikemukakan melalui laman web www.prpm.dbp.gov.my Layari laman web www.prpm.dbp.gov.my dan klik e-Perkhidmatan. Klik Khidmat Pengesahan Bahasa DBP. Skrin Daftar Masuk akan dipaparkan. Pengguna yang pertama kali berkunjung perlu mendaftar terlebih dahulu. Isikan maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, klik Daftar. Skrin Pengesahan Pendaftaran akan dipaparkan. Penuhkan ruangan yang disediakan untuk mengaktifkan akaun anda. Semak e-mel anda untuik mendapatkan Kod Pengaktifan. Salin Kod Pengaktifan dan masukkan di ruang yang disediakan dan klik Aktif. Klik menu Permohonan untuk menghantar permohonan. Pilih dan isikan maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, klik Daftar. | Lain-lain | 25.07.2011 |
Assalamualaikum W.B.T. Tuan/Puan, Soalan Pertama : Dipohon kerjasama tuan/puan untuk melampirkan format surat rasmi individu kepada Jabatan Kerajaan contoh :Surat Permohonan Pertukaran Tempat Bertugas; Soalan Kedua : Ketua Pengarah Jabatan XXXXXXX (u.p. Puan Salina binti Abas ) Y.Bhg. Dato'/ atau Puan, TAJUK SURAT ___________________ soalan saya ialah sekiranya Ketua Jabatan adalah Y.Bhg. Dato' XXX iaitu seorang lelaki manakala kita hendak berurusan dengan Puan Salina binti Abas maka apakah gelaran yang hendak diguna pakai ? Sama ada Y.Bhg. Dato' atau Puan di dalam surat berkenaan. | Saudara, Secara rasmi surat-menyurat ditujukan kepada ketua jabatan. Oleh yang demikian, sapaan pada surat ialah YBhg. Dato'. Mengenai soalan format surat, apabila menulis kepada jabatan kerajaan, format rasmi masih digunakan dengan tambahan nama pengirim di bahagian atas sebelah kiri surat sebelum alamat penuh jabatan yang akan menerima surat tersebut. | Lain-lain | 22.08.2010 |
Tuan, Saya adalah Pegawai Kerajaan (Pegawai Tadbir N41) yang sedang berkhidmat dan ingin memohon jawatan Pegawai Tadbir N41 di DBP seperti yang diiklankan baru-baru ini. Adakah saya PERLU melampirkan salinan Kenyataan Perkhidmatan dan Laporan Penilaian Prestasi BERSAMA borang permohonan kerana jawatan saya adalah bertaraf SEMENTARA dan lantikan adalah selama 1 TAHUN bermula pada 03/04/2008 yang lalu?. Sekian, terima kasih. | Sdr tidak perlu melampirkan LNPT untuk permohonan jawatan ini. Walau bagaimanapun, sdr disaran supaya mengemukakan dokumen-dokumen lain yang dapat menyokong permohonan sdr. | Lain-lain | 10.07.2008 |
Assalamualaikum, saya ingin bertanyakan tentang sebutan suku kata yang betul mengikut silibus terkini. Saya ada melampirkan rakaman suara untuk rujukan pihak tuan/puan. Contoh : b/a ba t/u tu = batu (dalam sebutan ejaan) b~ a~ ba t~ u~ tu = batu (dalam sebutan 'phonetics'/ sebutan suku kata terbaru) Seandainya tidak menjadi keberatan, sila sertakan sekali contoh dan keterangan bagi pertanyaan saya ini. Sekian, terima kasih. | Dalam sistem ejaan bahasa Melayu, sebutan adalah sepertimana yang dieja, contohnya perkataan batu, dieja b.a - ba + t.u - tu, maka disebut batu. Untuk makluman tuan sistem sebutan atau dalam istilahnya disebut fonetik diajar khusus dalam bidang linguistik, manakala pada peringkat asas pembelajaran bahasa Melayu lazimnya pelajar diajar menyebut sepertimana ejaan. | Tatabahasa | 05.06.2013 |
Salam 1 Malaysia. Apakah itu laras bahasa undang-undang dan laras bahasa teknikal ?? Saya betul-betul tak faham dan keliru dalam penggunaan tatabahasa. Dalam kontrak perjanjian, adakah laras bahasa di atas? Untuk perhatian pihak tuan, disini saya melampirkan contoh teks kontrak untuk diteliti dari segi penggunaan tatabahasa dan kosa kata termasuk huruf besar dan kecil. Segala pembetulan menggunakan bahasa Melayu yang sebenar amatlah diharapkan. | Puan Noor Zarina, Laras atau ragam bahasa merupakan variasi bahasa yang digunakan dalam bidang khusus seperti perundangan, perubatan, teknikal dan sebagainya. Laras bahasa perundangan dan laras bahasa teknikal sudah tentu berbeza antara satu sama lain dari segi penggunaan kata, istilah dan susunan ayatnya. Bahan yang dilampirkan untuk semakan bahasa akan dikirimkan melalui alamat e-mel puan sebaik saja siap disemak. Terima kasih. | Lain-lain | 21.10.2010 |
Salam kepada sesiapa yang berkenaan . saya cuma hendak mendapat nasihat daripada pihak tuan supaya memberi nasihat kepada cerpen yang saya tulis. saya telah mengahantar peraduan kepada pensyarah di institut perguruan saya tetapi tidak mempunyai sebarang maklum balas daripada pensyarah saya saya akan melampirkan sebuah cerpen yang bertajuk mutiara di tepi laut semoga mendapat nasihat daripada pihak tuan terima kasih... | Pihak kami tidak dapat melayani permintaan saudara dalam ruang yang terhad ini. Saudara boleh menghantar cerpen saudara kepada Editor Majalah Dewan Sastera, Bahagian Majalah, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur, untuk dinilai sama ada karya saudara boleh diterbitkan atau tidak. Saudara juga mungkin boleh datang ke Dewan Bahasa dan Pustaka dan berjumpa dengan editor di Bahagian Majalah, atau di Penerbitan Sastera, atau di Penerbitan PURNAMA untuk mendapatkan khidmat nasihat atau maklumat tentang kursus penulisan dan sebagainya. | Lain-lain | 06.11.2008 |
Salam satu Malaysia, Saya perlu buat papan iklan untuk premis saya. Saya mintak pihak tuan betulkan dan disahkan perkataan berikut: PENGEDAR SERBUK KOPI DAN TEH. Pihak MPJBT perlukan pegesaan dari pihak tuan Terima kasih | Untuk pengesahan bahasa, sila ke ruangan Khidmat Pengesahan Bahasa dengan melampirkan visual iklan. | Lain-lain | 12.09.2013 |