adakah perkataan "Latek" perkataan Melanau yang bermaksud Lumpur sudah digunakan dalam dbp. kertana saya terdengar salah saorang daripada guru menggunakan bahasa ini dalam ucapan beliau yang menjurus simpulan maknanya dalam penyampayan nya yang bermeksud masih di tekuk yang lama. | Buat masa ini kata tersebut belum dirakamkan di dalam kamus terbitan DBP. | Lain-lain | 31.03.2008 |
Apakah maksud 'berkeredut'? Saya nak tahu tetapi saya tidak boleh cari makna kata itu. | Keredut merupakan bahasa sukuan Melanau Mukah yang membawa maksud renyuk atau kerut. | Makna | 03.01.2016 |
SAYA MAEUT ROSMAS BELAJAR BAHASA MELAYU SAYA INGIN BERTANYA TENTANG APAKAH MELIUN? | Meliun merupakan bahasa sukuan daripada bahasa Melanau Mukah yang bermaksud "juta".
| Makna | 28.10.2015 |
SAYA MAEUT ROSMAS BELAJAR BAHASA MELAYU SAYA INGIN BERTANYA TENTANG APAKAH MELIUN? tERIMA kASIH | Meliun merupakan bahasa sukuan daripada bahasa Melanau Mukah yang bermaksud "juta".
| Makna | 28.10.2015 |
Saya Toulors Faruza saya belajar bahasa Melayu saya ingin bertanya tentang Apakah makna Meliun? | Meliun merupakan bahasa sukuan daripada bahasa Melanau Mukah yang bermaksud "juta".
| Makna | 28.10.2015 |
Salam sejahtera, saya ingin mendapatkan kepastian ejaan bagi tiang pengebumian di Sarawak oleh Kaum Sekapan dan Punan Bah. Dalam laman web muzium negara dieja 'kelirieng' tetapi tiada maklumat dalam prpm. apakah ejaan yang sebenarnya? Kelereng, kliring, keliring, klereng, klering, kelerieng atau kelireing? Diharapkan pihak DBP dapat memberikan pencerahan. Terima kasih. | Tuan/puan yang budiman, Dalam data rujukan kami, hanya terdapat perkataan keliring (suku Tetaw) yang membawa maksud tempayan abu mayat. Selain itu, dalam data kami juga menemui perkataan liyeang (suku Melanau Mukah) yang bermaksud liang lahad. Perkataan lain tiada dalam data rujukan kami. | Istilah | 26.12.2018 |
Perkataan 'sepupu' terdapat dalam kamus Dewan, tapi perkataan gandaannya 'sepapat' tidak disenaraikan. Perkataan 'sepapat' masih digunakan dalam novel, berita & majalah, tetapi mengapa perkataan ini tiada didaftarkan? Mohon pencerahan. | Kami menyarankan tuan ke laman http://ekamus.dbp.gov.my/Default.aspx untuk mencadangkan perkataan "sepapat" dimasukkan ke dalam kamus dewan. Portal ini menyediakan ruang kepada masyarakat untuk memberikan sumbangan maklumat yang berkaitan dengan perbendaharaan kata bahasa Melayu daripada pelbagai sumber termasuklah bahasa daerah, bahasa suku kaum Sabah dan Sarawak (Iban, Kadazan, Murut, Melanau dan lain-lain), bahasa orang asli (Mah Meri, Semelai, Jahai dan lain-lain), kata Melayu lama, istilah, dan padanan kata Melayu bagi bahasa asing. Portal ini juga merupakan medium yang merakam, menyimpan, membincangkan dan menggunakan semula semua maklumat tersebut, yang terdiri daripada makna kata, contoh penggunaan, kelas kata, terjemahan kata dalam bahasa lain, sebutan, bunyi, gambar, asal usul kata dan seumpamanya.
| Lain-lain | 28.09.2014 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. 1. Yang manakah frasa yang tepat, "aku janji" atau "akur janji"? 2. Adakah boleh diterima sebutan akronim SASEM (baca; seisem) untuk Sains Sembrong? Atau tetap dibaca (sasem) sebagaimana yang dieja? Atau sebutan (seisem) itu tergolong dalam akronim sesedap sebutan? TERIMA KASIH. | 1. Jika merujuk frasa letter of undertaking, penggunaan yang betul ialah surat aku janji. Walau bagaimanapun frasa akur janji boleh dibentuk jika hendak merujuk kepada perbuatan setuju untuk berjanji. 2. Dalam pangkalan data kami sasem ialah bahasa sukuan Melanau. Pada pandangan kami frasa Sains Sembrong sewajarnya disebut dengan penuh bagi mengelakkan kekeliruan orang awam. | Tatabahasa | 09.07.2013 |
Lampiran : 140430NEWTERMSENGLISHMALAYBOOK5.txt Mesej : Tuan, Cadangan perkataan atau saran kata Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia (http://sbmb.dbp.gov.my/kndbp/cadangankata/nb_cadangan_kata_ensi.aspx, http://ekamus.dbp.gov.my/DaftarKata.aspx) ingin dihantar melalui lampiran. Sekian, terima kasih. Pencadang : Kang Chuen Tat - 江俊达; PO Box 6263, Dandenong, Victoria VIC 3175, Australia; SMS +61405421706; chuentat@hotmail.com; http://kangchuentat.wordpress.com. | Tuan, terima kasih kerana mengunakan perkhidmatan DBP dan juga memberi cadangan bagi perkataan baharu. Pihak DBP telah memperkenalkan perkhidmatan baharu iaitu http://ekamus.dbp.gov.my/ Portal ini menyediakan ruang kepada masyarakat untuk memberikan sumbangan maklumat yang berkaitan dengan perbendaharaan kata bahasa Melayu daripada pelbagai sumber termasuklah bahasa daerah, bahasa suku kaum Sabah dan Sarawak (Iban, Kadazan, Murut, Melanau dan lain-lain), bahasa orang asli (Mah Meri, Semelai, Jahai dan lain-lain), kata Melayu lama, istilah, dan padanan kata Melayu bagi bahasa asing. Portal ini juga merupakan medium yang merakam, menyimpan, membincangkan dan menggunakan semula semua maklumat tersebut, yang terdiri daripada makna kata, contoh penggunaan, kelas kata, terjemahan kata dalam bahasa lain, sebutan, bunyi, gambar, asal usul kata dan seumpamanya. Kami memohon jasa baik pihak tuan untuk menyalurkan cadangan tersebut dalam portal baharu ini. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 04.05.2014 |
Di Indonesia, terdapat 640+ bahasa yang digunakan di daerah - daerah di negara itu. Bagaimana pula dengan Malaysia? Adakah kita juga mempunyai banyak bahasa daerah? Bolehkah DBP juga berikan tajuk beberapa buku-buku yang berkait bahasa-bahasa suku kaum di Malaysia? | Di Malaysia bahasa daerah merujuk kepada loghat atau dialek. Bahasa Melayu mempunyai banyak dialek dan setiap dialek mempunyai perbezaan ketara dari segi sebutan dan kosa kata. contohnya dialek Kelantan , dialek Kedah, dialek Negeri Sembilan dan sebagainya. Sebagaimana yang kita sedia maklumsuku bangsa yang terbesar di Malaysia ialah Melayu, Cina, India, Bumiputera Sabah dan Sarawak dan suku kaum orang asli. DBP lebih menumpukan penerbitan dalam bahasa Melayu. Contoh buku bahasa sukuan yang telah diterbitkan antaranya Kamus Melanau Mukah – Bahasa Melayu dan Kamus Bahasa Iban- Bahasa Melayu. | Lain-lain | 11.09.2017 |