Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lan.car.kan] | ملنچرکن

Definisi : 1. memulakan (menggerak­kan) sesuatu dgn cepat, meluncurkan: Rusia telah ~ sebuah kapal angkasa lepas yg memuatkan tiga orang angkasawannya; 2. menyebabkan berjalan dgn cepat (licin), melicin­kan (sesuatu usaha dll): pengakuan ejaan ini akan ~ perhubungan dan pertukaran fikiran; 3. melakukan atau mengadakan sesuatu (serangan, tindakan, dll): pd mulanya mereka teragak-agak juga hendak ~ peperangan ke atas orang Islam; gerakan Bulan Bahasa Kebangsaan akan dilancarkan tidak lama lagi; bagai pucuk dilancarkan prb per­gerakan yg terlalu cepat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lan.car.kan] | ملنچرکن

Definisi : 1 menggerakkan sesuatu dgn cepat; meluncurkan: Rusia berjaya ~ bulan rekaan ke angkasa. 2 melakukan atau menjalankan sesuatu (serangan, tindakan dll): Mereka telah ~ serangan ke atas pengganas-pengganas itu. 3 menjadikan lancar (bkn pergerakan, pelajaran, usaha dll); melicinkan: Jika tidak cukup petugas, bagaimana kami dpt ~ pekerjaan ini? 4 memulakan sesuatu aktiviti, usaha dsb: ~ kempen antidadah. 5 memperkenalkan produk baru, terbitan baru dsb kpd masyarakat buat kali pertamanya: Proton ~ model barunya. ~ buku kanak-kanak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lancar (adjektif)
1. Rujuk pantas 1

2. Bersinonim dengan fasih: petah, petes, galir, cekap, pantas, lincir, lincir lidah, lincir mulut,

Kata Terbitan : melancar, melancarkan, kelancaran, pelancaran,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1)Malaysia berjaya melancarkan dua buah satelit di angkasa leaps.(Adakah penggunaan (di) betul. 2)Satelit itu berada di ruang angkasa lepas.(betul)Untuk ayat (1), jawapan yang lebih tepat ialah "ke" dan bukan "di". Malaysia Berjaya melancarkan dua buah satelit ke angkasa lepas.
Untuk ayat (2), penggunaan sendi "di" adalah betul.  Satelit itu berada di ruang angkasa lepas.
Tatabahasa07.09.2016
Jabatan Kesihatan Daerah Gombak melancarkan Kempen Anti Denggi di Taman Selayang Jaya. Adakah betul perkataan Antidenggi perlu dirapatkan?Anti ialah bentuk terikat dan perlu ditulis rapat dengan kata yang mengikutinya. Maka ejaan yang betul ialah antidenggiEjaan12.05.2020
DBKL dalam cadangan untuk melancarkan laluan baharu Bas GOKL di Setiawangsa. Setiap laluan diberi nama berasaskan warna. Untuk laluan baharu ini, DBKL bercadangan untuk meletakkan warna 'TURQUOISE' sebagai nama laluan tersebut. Apakah padanan yang sesuai untuk 'TURQUOISE' dalam b. Melayu? Adakah 'Biru Firus'?

Definisi : Turquoise (colour) warna firus. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)

Firus sj batu permata yg warnanya kebiru-biruan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Oleh itu, Biru Firus merupakan padanan yang sesuai untuk turquoise.


Istilah03.09.2019
Assalamualaikum w.b.t Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan melancarkan laluan baharu perkhidmatan bas percuma GoKL sedikit masa lagi. Setiap laluan akan dinamakan berdasarkan warna-warna tertentu. Pengurusan ini memohon padanan yang bersesuaian bagi warna Maroon dan Magenta. Apakah padanan Bahasa Melayu yang bersesuaian dengan warna-warna tersebut?
Padanan maroon dalam bahasa Melayu ialah merah manggis, dan magenta ialah ungu kemerahan.
Istilah19.06.2020
Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya wakil dari Universiti Malaysia Pahang, sedang mencari dana untuk melancarkan aktiviti amal yang akan kami jalankan di Vietnam. Antara aktiviti yang akan kami lakukan ialah mengajar anak-anak di sana Bahasa Inggeris serta membina perpustakaan mini untuk mereka. Diharap pertanyan ini dapat dipertimbangkan.Sekian,Terima kasih.Disini juga saya ada sertakan surat memohon tajaan dari pihak DBP.Untuk makluman tuan, DBP bukanlah organisasi yang menjana keuntungan dan membantu pihak luar melaksanakan program khidmat sosial. Walau bagaimanapun DBP boleh menimbangkan untuk membantu pihak yang berhasrat melaksanakan program memartabatkan bahasa Melayu sama ada di dalam ataupun di luar Negara.Lain-lain19.05.2015
Salam sejahtera dan terima kasih kerana membantu. Istilah "go-to-market" merujuk kepada strategi atau pelan tindakan sesuatu syarikat untuk melancarkan atau mempromosikan produk atau perkhidmatannya dalam pasaran dengan cara yang dapat menarik minat pelanggan sasaran. Apakah terjemahan yang sesuai untuk "go-to-market"?Padanan istilah tersebut adalah seperti yang berikut:

go-to-market - pasaran bersasar

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Istilah26.04.2022
Beza penggunaan perkataan Perasmian dengan Pelancaran bagi tajuk program/acaraPerbezaan antara perkataan “pelancaran” dan “perasmian” ialah “pelancaran” berkaitan perihal atau perbuatan melancarkan  iaitu memulakan sesuatu gerakan, rancangan dan sebagainya, manakala “perasmian” biasanya merujuk sesuatu majlis dibuka dengan rasmi atau pada majlis penutupan di mana pengakhiran sesuatu majlis.Tatabahasa12.03.2022
Berdasarkan rujukan surat tuan rujukan DBP/4-9/23 K.12(38) bertarikh 06 Julai 2009, Saya ingin mendapatkan kepastian arahan pematuhan dan pelaksanaan menyeluruh yang digunapakai di setiap negeri. Maklumat berkenaan diperlukan untuk melancarkan dan memastikan ketepatan percetakan Buku Harian Rasmi Kerajaan Negeri Tahun 2012.Untuk makluman tuan, bahagian berkenaan (yg mengeluarkan surat) telah disusun semula pada tahun 2010. Oleh itu, mohon kerjasama tuan memperincikan soalan untuk memudahkan kami membuat semakan terhadap dokumen yang berkaitan.Lain-lain25.10.2011
Adakah istilah pelancaran dan peluncuran sama?Ya, sama maknanya bagi hal, perbuatan atau proses meluncur, meluncuri atau meluncurkan sesuatu seperti dalam ayat ini: Peluncuran buku tersebut berjalan lancar.

Kata peluncuran terbit daripada salah satu makna "melancarkan" iaitu memperkenalkan (produk, program dan sebagainya) yang baharu kepada umum buat kali pertamanya secara rasmi.

Kedua-dua kata ini tidak sama bagi makna yang lain.

Makna20.11.2024
saya ingin bertanya kepada pihak DBP tentang istilah Gimik. Contoh: Murid-murid hari ini kita akan melakukan Gimik Pelancaran Bulan Kemerdekaan Negara kali ke 56. adakah ayat ini betul atau lebih sesuai ayat kedua ini: Contoh: Murid-murid sekarang ini kita akan melancarkan Bulan Kemerdekaan Negara kali ke- 56. Ayat kedua tidak menggunakan istilah "Gimik"Gimik ialah sesuatu tindakan, objek, alat yang luar biasa yang tidak semestinya penting, yang digunakan untuk menarik perhatian umum. Contoh penggunaannya, pengacara memeriahkan suasana majlis dengan pelbagai gimik yang menarik perhatian para tetamu.Makna27.08.2013
123

Kembali ke atas