Banyak orang suka melancong ke negeri Sabah. Banyak orang suka melancong ke Sabah. Ayat yang mana satu baru betul? Terima kasih. | Banyak orang suka melancong ke negeri Sabah dan Banyak orang suka melancong ke Sabah, kedua-dua ayat ini betul. | Tatabahasa | 27.09.2021 |
Ayat manakah yang betul? A) ... melancong di dalam negara. B).... melancong dalam negara | A) ... melancong di dalam negara. | Tatabahasa | 01.08.2011 |
Yang manakah betul? A Saya melancong sekali sebulan. atau B Saya melancong sebulan sekali. Juga A Kamu makan di luar dua kali sebulan. atau B Kami makan di luar sebulan dua kali. | Kesemua ayat tersebut boleh digunakan tertakluk pada konteks penggunaannya. | Tatabahasa | 06.11.2023 |
A "Berapa harikah kalian akan melancong ke Pulau Langkawi?" tanya Nurul. B "Berapakah hari kalian akan melancong ke Pulau Langkawi?" tanya Nurul. A atau B, manakah ayat yang betul? | Ayat yang betul ialah B. | Tatabahasa | 09.08.2011 |
Adakah ayat ini betul? Saya agak ayah hendak melancong ke luar negeri. | Ayat yang lebih tepat ialah "Saya mengagak ayah mungkin melancong ke luar negeri." | Tatabahasa | 01.10.2013 |
Salam sejahtera. Adakah ayat ini diterima? Sebelum pergi melancong ke Melaka, Cikgu Shila memberikan taklimat ringkas kepada murid-murid. | Ayat tersebut akan lebih baik jika ditulis: Sebelum bertolak untuk melancong ke Melaka, Cikgu Shila memberikan taklimat ringkas kepada murid-murid. | Lain-lain | 10.04.2017 |
Salam. Setiap orang pemain bola sepak Perlis akan dibawa melancong ke Itali. Adakah ayat tersebut betul? Jika salah, apakah kesalahannya? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah: Setiap pemain bola sepak Perlis akan dibawa melancong ke Itali. Pemain merujuk kepada orang yang bermain bola sepak. Tidak perlu pengulangan. | Tatabahasa | 30.07.2022 |
Salam sejahtera. penggunaan kata ganti nama diri kedua"awak" dan "kamu" Mana satukah ayat yang sesuai? 1. Keluarga kamu akan pergi melancong ke Pulau Langkawai bila? 1. Keluarga awak akan pergi melancong ke Pulau Langkawai bila? | Kedua-dua contoh ayat yang berikan adalah betul penggunaannya. Terima kasih. | Tatabahasa | 17.05.2017 |
1. ..membawa kepada kebaikan 2...memberitahu kepada ibunya. 3...menjurus kepada kebaikan. 4..mendorong kepada kemungkaran 5..melancong ke luar negara. Soalan: Adakah kesemuanya kata kerja transitif dan perlu digugurkan kata sendi yang mengikutinya? | Membawa, memberitahu, menjurus dan mendorong ialah kata kerja transitif yang hadir sebelum kata nama atau frasa nama, manakala melancong bukan ialah kata kerja tak transitif. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 147. | Tatabahasa | 29.05.2011 |
Encik Lim sekeluarga melancong di Tanah Tinggi Genting. Ayat ini betul atau salah dari segi tatabahasanya. | Ayat ini betul. Penggunaan kata sendi nama "di" membawa maksud mereka itu telah sampai di Tanah Tinggi Genting. | Sastera | 21.05.2014 |