| 1. Banjir kilat melanda beberapa buah kawasan perumahan itu sejak belakangan ini membimbangkan penduduk. (jawapan yang diberikan oleh buku rujukan ialah 'sejak' tidak sesuai digunakan dalam ayat itu, apakah kesalahannya) 2. Antara atlit yang terkemuka di negara kita pada masa ini termasuklah Dato Nicol David, Dato Lee Chong Wei dan Shalim Zulkifli. (apakah kesalahan ayat itu) 3.Pihak kerajaan akan memperkosa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dari semasa ke semasa. (adakah ayat itu salah) terima kasih. | 1. Frasa sejak belakangan tidak boleh digunakan secara berturutan. Sila gunakan salah satu sahaja. 2. Kesalahan ejaan atlit. Ejaan yang betul ialah atlet. 3. Kesalahan perkataan memperkosa. Perkataan yang betul ialah memperkasakan. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk mengetahui makna perkatan memperkosa dan memperkasakan. | Tatabahasa | 28.09.2009 |
| Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya mempunyai keraguaan berkaitan dengan penggunaan ayat tragis dan tragik. Bila masa dan keadaan dalam penulisan untuk kita gunakan ayat tragis dan tragik secara sesuai dalam petikan. Sebagai contoh a. " kesan akibat gempa dan Tsunami yang melanda Palu telah meragut ribuan nyawa serta menjejaskan ekonomi sosial masyarakat Palu dengan tragik. atau b. "kesan akibat gempa dan Tsunami yang melanda Palu telah meragut ribuan nyawa serta menjejaskan ekonomi sosial masyarakat Palu dengan tragis. | Mengikut Kamus Dewan, perkataan ‘tragik’ ialah penuh tragedi, menyedihkan. Contoh ayat, peristiwa ini mengandungi humor dan tragik sekali gus, manakala perkataan ‘tragis’ pula dilabelkan bahasa Indonesia-Belanda yang membawa maksud sangat sedih, sangat menyedihkan. Contoh ayat menggunakan perkataan ‘tragis’ ialah cerita itu mengisahkan percintaan yang tragis. Dari aspek makna, kedua-dua mempunyai makna yang sama, iaitu berkaitan dengan tragedi (peristiwa (keadaan) yang menyedihkan, yang berbeza cuma labelnya. Ayat anda boleh dibetulkan kepada Gempa dan Tsunami yang melanda Palu telah meragut ribuan nyawa dengan tragik serta menjejaskan ekonomi sosial masyarakat Palu dengan teruk. | Tatabahasa | 29.04.2019 |
| mohon semak penggunaan perkataan RUMIT dalam ayat di bawah, betul atau salah. 1. murid-murid sedang meneliti serangga yang RUMIT itu menggunakan mikroskop. 2. kehidupan pekebun sayur begitu RUMIT sekali kerana musin kemarau yang melanda. terima kasih. | 1. Murid-murid sedang meneliti serangga yang seni itu menggunakan mikroskop. 2. Kehidupan pekebun sayur begitu rumit sekali kerana musin kemarau yang melanda. | Tatabahasa | 11.09.2013 |
| Apakah terjemahan untuk X-Games dalam Bahasa Melayu? Contoh ayat: 1. Temasya X-Games di ibu negara baru-baru ini terpaksa dibatalkan disebabkan pandemik yang melanda. 2. Kumar meminati sukan X-Games sejak berumur lapan tahun lagi. | Pihak kami mencadangkan padanan bahasa Melayu bagi X-Games ialah Sukan Ekstrem. | Lain-lain | 21.04.2021 |
| Assalamualaikum W.B.T satu program tari-menari kini sedang ditayangkan di TV sehingga bulan Jun 2013. dalam bentuk promosi 'tagline' ini digunakan " FENOMENA TARIAN SEDANG MELANDA" Adakah 'tagline' ini betul penggunaannya? sekian terima kasih | "Tagline" tersebut boleh digunakan. | Tatabahasa | 23.04.2013 |
| Apakah kesalahan istilah dan tatabahasa dalam ayat di bawah? 1. 75% dari jumlah individu yang terbabit dalam kemalangan jalan raya ialah penunggang motosikal. 2. Banyak premis-premis di bandar Alor Gajar dihempas tiang elektrik sewaktu ribut melanda. | 1. 74% daripada jumlah individu yang terlibat dalam kemalangan jalan raya ialah penunggang motosikal. 2. Banyak premis di bandar Alor Gajah dihempap tiang elektrik sewaktu dilanda ribut. | Tatabahasa | 28.02.2013 |
| 1. "Saya (bukan/tidak) ponteng sekolah. Saya sakit tadi," kata adik kepada Pak Ali. 2. Cara utama ke tempat tersebut (ialah/adalah) melalui udara dan sungai. 3. Perkara yang penting (ialah/adalah) bahawa ilmu dalam bidang nyanyian itu perlu didalami. 4. Masalah yang sering diperkatakan (ialah/adalah) yang berkaitan dengan masalah sosial yang sering melanda remaja. | 1. "Saya tidak ponteng sekolah. Saya sakit tadi," kata adik kepada Pak Ali. 2. Cara utama ke tempat tersebut ialah melalui udara dan sungai. 3. Perkara yang penting adalah bahawa ilmu dalam bidang nyanyian itu perlu didalami. 4. Masalah yang sering diperkatakan adalah yang berkaitan dengan masalah sosial yang sering melanda remaja. | Tatabahasa | 13.12.2011 |
| Sila gantikan perkataan yang berada dalam kurungan dengan perkataan yang betul dan tepat. (a) Adik tersenyum (tajam) apabila melihat telatah pelawak itu. (b) Sepakan yang (tajam) oleh pemain itu mengenai tiang gol. (c) Kakak menyiram pokok bunga matahari yang sudah (luntur) itu. (d) Kemarau panjang yang melanda di kampung itu menyebabkan air sungai itu (luntur). (e) Kebanyakan remaja itu suka menghabiskan masa lapang mereka di (lubang) Tasik Biru. (f) Anita telah mendapat (tapak) dalam pasukan bola jaring sekolahnya. (g) Mata Maru menjadi (keras) selepas bangun daripada tidur. (h) Pak Uteh (mengisi) sawah itu dengan benih padi yang baru dipindah dari tapak semaian. (i) Ayah (mengisi) lubang itu untuk menanam sampah sarap. | Untuk makluman tuan, kami menyediakan perkhidmatan bagi membantu pelanggan menangani permasalahan bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa. Contohnya, kekeliruan tentang ejaan yang betul, penggunaan istilah yang tepat bagi sesuatu terminologi dan permasalahan tentang tatabahasa. Kami dapati pertanyaan tuan bukanlah berkisar tentang permasalahan yang tersebut, tetapi lebih kepada memberikan jawapan kepada soalan yang dibekalkan seperti lazimnya soalan peperiksaan dan buku rujukan. Kami tidak menyediakan perkhidmatan memberikan jawapan kepada soalan yang dibina; sebaliknya pihak tuan perlulah merujuk kamus dan buku tatabahasa, atau berbincang dengan panel penggubal soalan yang lain. Jika ada pertikaian tentang sesuatu isu tatabahasa yang menjadi jawapan kepada soalan tersebut, seperti "menemukan mayat atau menemui mayat", tuan boleh menghubungi pihak kami semula. | Lain-lain | 08.12.2015 |
| Zainuddin Ahmad THU 6:28PM Saya ambil maklum. Butiran lanjut aduan sama telah dikirim secara rasmi kepada Pengarah DBP melalu email: lindasafa@dbp.gov.my hari ini. Ptg ini seorang pegawai dpd KPDNKK Shah Alam telah menghubungi saya melalui talipon tetapi malangnya lemah penjelasannya; bagaikan ribut sudah melanda kelmarin dan hari ini maka terbagunlah dia daripada tidor lena. Fahaman saya KPDNKK mempunyai tanggun jawab emas membertabatkan penggunaan Bahasa Melayu khususnya di pasaraya. Saya lebih minat untuk mempastikan ada dasar penggunaan Bahasa Melayu di pasaraya dan diperkemas dan diperkukuhkan lagi. Saya bincang lagi selepas DBP merumuskan isu ini kemudian. Terima kasih, | Pandangan tuan dalam hal ini amat kami hargai dalam mengisi ruang yang boleh ditambah baik dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan. Kesedaran dan jati diri dan warganegara adalah sesuatu yang amat bernilai dan kami berharap kesedaran yang nampak kecil ini memberikan impak yang sangat bermakna. DBP telah melakukan pemantauan di lokasi tersebut dan pihak pengurusan pasar raya tersebut telah memaklumkan bahawa pihak KPDNKK Shah Alam telah ke lokasi. DBP akan menghantar surat teguran kepada pasar raya tersebut kerana tidak mengggunakan bahasa kebangsaan dalam paparan dan peragaan serta memohon supaya menggunakan bahasa kebangsaan dalam sebarang paparan atau maklumat kepada masyarakat. | Lain-lain | 25.08.2016 |
| Harga bagi Pfizer adalah termasuk penghantarannya ke pelbagai kawasan untuk vaksinisasi. Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 akan membincangkan sama ada pekerja asing dan ekspatriat diberikan pemvaksinan percuma untuk mengekang penularan COVID-19 dengan berkesan. Sidang media mengenai perkembangan perolehan Vaksin COVID-19 di bangunan Parlimen Nak tanya perkataan 'mengenai'' adakah salah atau betul?Bolehkah menggunakan'mengenai tentang' atau mengenai sahaja? Kita menzahirkan rasa simpati magsa banjir di beberapa negeri Dia mendengar taklimat banjir disampaikan oleh Pegawai Daerah Kota Tinggi Beliau turut menghulur sumbangan bakul makanan kepada mangsa di dewan kolej berkenaan selain bertanya khabar dan meminta mereka bersabar terhadap musibah yang melanda. Adakah beberapa kesalahan tatabahasa atau kesalahan istilah yang salah?Jika ada kesalahan tatabahasa,sila Tuan beri penjelasan.Terima kasih. | Perkataan "mengenai" tergolong sebagai kata kerja yang membawa maksud kena pada. Contohnya: Tembakan pemburu itu mengenai sasarannya. Walau bagaimanapun, penggunaan "mengenai" yang disamakan dengan tentang serupa dengan penggunaan bentuk kata kerja lain seperti melalui, mengikuti dan menerusi, iaitu berfungsi sebagai kata sendi nama walaupun kata-kata ini sebenarnya tergolong dalam kata kerja. Penggunaan mengenai memadai digunakan dalam ayat. Penggunaan tatabahasa yang betul adalah seperti yang berikut: Kita menzahirkan rasa simpati kepada mangsa banjir di beberapa buah negeri. Dia mendengar taklimat banjir yang disampaikan oleh Pegawai Daerah Kota Tinggi. Beliau turut menghulurkan sumbangan bakul makanan kepada mangsa di dewan kolej berkenaan selain bertanya khabar dan meminta mereka agar bersabar dengan musibah yang melanda. | Tatabahasa | 07.01.2021 |