Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melangkah,

Puisi
 

Pisau tunjung ke laut,
     Mari dinaik melihatlah bulan;
Apa khabar melangkah laut,
     Kamilah di rumah melihat bulan.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Hendak melangkah kaki pendek,
     hendak mencapai tangan tak sampai.

Bermaksud :

Ingin membuat sesuatu pekerjaan tetapi tidak berdaya kerana kekurangan wang dan alat. (Bandingkan dengan: Hati gatal mata digaruk).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sejarah memberikan teladan dan iktibar kepada masyarakat kita agar dapat terus ____ ke hadapan tanpa mengulangi kesilapan yang telah dilakukan oleh masyarakat terdahulu. Perkataan "melangkah" sesuai ??Antara maksud langkah ialah perbuatan/pekerjaan yang baru bermula. Jika ayat tersebut merujuk asas kepada perbuatan/perkara tersebut, maka perkataan melangkah boleh digunakan.Tatabahasa17.08.2013
Farhan dengan penuh yakin, melangkah ke dewan peperiksaan berbekalkan doa ibunya. Adakah apa-apa kesalahan dalam ayat tersebut?Ayat yang diberikan adalah betul.Tatabahasa05.07.2013
Ketika dia tersiuk-siuk melangkah dengan tiga kakinya....(cerpen Pahlawan Buntung Antologi Tingkatan 5 muka surat 123) apakah maksud tersiuk-siuk?

Saudara,

Perkataan tersiuk-siuk dalam ayat yang di atas bermaksud bunyi yang terhasil daripada proses pergerakan yang cepat contohnya  berjalan, bunyi seperti rotan di sebat di udara, atau bunyi  suara orang sedang dalam keadaan kepedasan. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut sila rujuk Kamus Dewan Edisi keempat halaman 1509.

sekian, terima kasih.

Sastera09.02.2011
Saya berminat untuk mngembangkan bakat atau mengisi waktu apabila melangkah ke alam persaraan dalam masa 4 tahun 1/2 lagi. Walau bagaimanapun penumpuan idea atau kecenderongan ke arah skop penulisan belum ada lagi yang kukuh. masih mencari apa bidang yang sesuai dan mengarah pemikiran untuk menampilkan cetusan idea yang boleh diisi dalam pencernaan ayat dan perkataan yang begitu mantap untuk dibaca atau ditatap oleh segelintir manusia barangkali. Aliran pemikiran dan penulisan tidak menjurus kepada trend sesiapa kerana saya ingin gaya dan kekuatan tersendiri. Apakah yang boleh dilakukan buat permulaan sekarang ? Adakah elok saya menulis artikel atau penulisan awalan untuk mengukur sejauh mana kemampuan saya . Memang betul sebagai asas saya perlu banyak membaca supaya saya tahu pelbagai jurusan penulisan serta teknik yang digunakan. Perlukah saya belajar pelbagai teknik penulisan? Kalau saya ingin penulisan saya dibukukan bagimana caranya ?

Alhamdulillah, sdr. berminat dalam bidang penulisan. Mudah-mudahan akan bertambah lagi penulis berbakat di tanah air pada masa akan datang. Dalam hal ini sdr. boleh mengasahkan bakat dalam bidang penulisan terutamanya dengan banyak membaca dan meneliti karya-karya pemenang sastera. Semua karya sdr. perlulah dihantar ke media cetak dan syarikat penrbit (akhbar, majalah, novel/buku dll.) serta media elektronik  (radio dan tv) bagi tujuan penerbitan dan penyiaran. Sdr. juga digalakkan menyertai peraduan karya sastera (mengikut genre yang diminati) bagi menguji semangat, bakat dan keterampilan sdr. dalam bidang penulisan. Akhirnya, bagi mendapatkan pendedahan dan khidmat nasihat dalam bidang penulisan, sdr. bolehlan menghubungi pejabat DBP yang berhampiran. Untuk mendapatkan Khidmat Nasihat Berkarya secara dalam talian, saudari bolehlah melayari laman web DBP www.dbp.gov.my, dan klik menu perkhidmatan, saudari akan dapat khidmat bimbingan berkarya secara percuma. Selamat mencuba.

Lain-lain22.10.2009
Pembudayaan ilmu perlu ditanam di dalam jiwa graduan sebab ilmu yang mereka miliki ialah sesuatu harta yang paling berharga sekali bila mereka melangkah ke dalam alam pekerjaan dan seterusnya menjana kembali ilmu itu bagi merialisasikan impian ke dalam sesuatu bidang yang mereka ceburi. Sikap membentuk kita bertindak berdasarkan kepada apa yang kita pelajari dari pengalaman tanpa memerlukan kita menganalisa setiap satu keadaan seolah-olah ia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pengalaman masa lampau. Pertanyaan:saya harap encik dapat mengenal pasti kesalahan tatabahasa dalam ayat-ayat di atas beserta dengan alasan-alasannya.Terima kasihPembudayaan ilmu perlu ditanam di dalam jiwa setiap graduan kerana ilmu yang mereka miliki ialah harta yang paling berharga sekali bila mereka melangkah ke alam pekerjaan dan seterusnya menjana kembali ilmu itu bagi merealisasikan impian dalam bidang yang mereka ceburi. Sikap membentuk graduan bertindak berdasarkan apa yang dipelajari dari pengalaman tanpa perlu menganalisis setiap keadaan, seolah-olah ia tidak mempunyai sebarang kaitan, dengan pengalaman masa lampau.Tatabahasa26.09.2007
Assalamualaikum, Saya ingin mohon bantuan daripada pihak DBP berkaitan penggunaan perkataan yang betul bagi ayat di bawah: - Sebulan sahaja lagi majlis konvokesyen dan saya terpaksa melangkah keluar dari@daripada dunia kolej dan memasuki semula dunia sebenar. Persoalan saya, mana satukah penggunaan kata sendi yang betul dalam ayat di atas, sama ada dari ataupun daripada. Bantuan dan kerjasama daripada pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.Sebulan sahaja lagi majlis konvokesyen dan saya terpaksa melangkah keluar daripada dunia kolej dan memasuki semula dunia sebenar. Daripada - menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda dan unsur mujarad.Sastera16.11.2011
Sudah agak lama saya 'terputus hubungan' dgn DBP sebaik saja saya melangkah ke alam pekerjaan. Saya mempunyai beberapa naskhah cerpen yg pernah disiarkan oleh RTM Sabah hampir 20 thn lalu dan berminat utk dibukukan. Bagaimana prosedur menghantar contoh naskhah tersebut?

Prosedur menghantar manuskrip adalah seperti berikut:

1.        Jumlah cerpen sebaik-baiknya 20 cerpen atau lebih.

2.       Pastikan anda mendapatkan izin terbit daripada penerbit asal sekiranya anda ingin menerbitkan semula cerpen-cerpen yang telah tersiar  di majalah, akhbar atau terbitan lain.

3.       Taip manuskrip anda dalam jarak langkau dua baris (double spacing) pada sebelah halaman kertas sahaja pada kertas A4. Tuliskan muka surat manuskrip secara berurutan daripada cerpen pertama sehingga cerpen terakhir.

4.       Sediakan halaman Kandungan serta muka suratnya.

5.       Tulis judul manuskrip dan nama penulis pada kulit manuskrip.

6.       Jilid manuskrip dengan kemas.

7.       Kirimkan satu salinan manuskrip bercetak kepada Ketua Editor Buku Sastera (bagi pembaca dewasa), atau kepada Ketua Editor Buku Kanak-kanak dan Remaja (jika pembacanya kanak-kanak atau remaja). Sertakan satu salinan digital manuskrip tersebut (dalam CD atau disket). Sertakan juga sedikit biodata anda, alamat dan nombor telefon atau e-mel, serta nama waris anda (isteri, anak dsb.) serta alamat mereka.

Lain-lain09.03.2011
yang mana betul 1. Tahun Baharu Cina atau Tahun Baru Cina 2. Jawaban atau jawapan 3. Ahmad melangkah atau melangkahi longkang 4.Tolong gerakkan atau gerak akan jari anda 5. Murid itu ketiduran atau tidur dahulu sebelum membaca buku

1. Tahun Baharu Cina atau Tahun Baru Cina - kedua-duanya betul kerana kata baru atau baharu adalah terjemahan kata new (chinese new year) dalam bahasa Melayu

2. Jawaban atau jawapan - kedua-duanya betul, dalam proses pengimbuhan kata dasar jawab + -an menghasilkan kata terbitan jawaban, tetapi kita biasa menyebutnya sebagai jawapan.

Ayat yang betul ialah: 3. Ahmad melangkahi longkang; 4.Tolong gerakkan jari anda; dan 5. Murid itu ketiduran/tidur dahulu sebelum membaca buku. - ketiduran dan tidur, kedua-duanya betul mengikut konteks ayat atau maksud yang hendak disampaikan.

Tatabahasa31.01.2011
Rujukan sajak bertajuk Di Perpustakaan.Karya Shafie Abu Bakar.

Di Perpustakaan

 

Melangkah ke ruangmu

satu pertukaran yang kontras

dari kehangatan merata

ke kedinginan yang menerpa

terlalu hening di sini

gua pendeta bersemadi

di puncak sepi

di sana sini

kepala-kepala runduk meneliti

mata dan fikir bersebati.

 

Maju ke ruang buku

terlalu kerdil aku di sini terapung di laut ilmu

tercurah berzaman

dalam tak terselam

betapa pun kulayari

bahtera ilmu di sini

tak terteroka

yang akan kucatat

hanya setitik dari tinta

yang akan kupetik

hanya sebiji dari mutiara

engkau adalah pusaka moyang

gedung peradaban insan

terhimpun berzaman.

 

bersemadi di sini

aku adalah pelayar yang dahaga

di dada samudera tak berpantai

betapa pun keteguk darinya

dahaga tak pernah langsai

Lain-lain28.03.2010
Salam. saya ingin tahu jenis golongan kata pada rangkai kata perlawanan akhir dalam ayat berikut, adakah kata nama am atau kata nama khas. 1. Pasukan Galpam telah berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala Western Union, kelmarin.Perlawanan akhir ialah kata nama am dan penggunaan tanda baca dalam ayat contoh yang diberi adalah betul.Tatabahasa22.10.2011
12

Kembali ke atas