Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lang.ka.hi] | ملڠکهي

Definisi : 1. melampaui, melangkaui: ia terus ~ tangga; 2. melanggar, tidak mengikut tatatertib (peraturan dll), menyalahi: per­buatan spt itu dianggap telah ~ adat Melayu; adat bermain pantai itu sudah menjadi adat pusaka yg tak boleh dilangkahi lagi; ~ bendul langkah bendul; ~ laki bermukah (bkn perempuan yg sudah bersuami); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lang.ka.hi] | ملڠکهي

Definisi : 1 melakukan sesuatu melebihi yg sepatutnya; melampaui: ~ batas. 2 tidak mematuhi peraturan, nasihat dsb; melanggar (perintah dsb): ~ kakak lebih dahulu berkahwin (ttg adik); ~ suami berlaku curang terhadap suami. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
langkah (kata nama)
Bersinonim dengan tindakan, perbuatan, ikhtiar, usaha, jalan, cara;,
Kata Terbitan : melangkah, melangkahi,

Peribahasa

Perempuan melangkahi ular tiada lepas.

Bermaksud :

Perempuan itu selalu dalam bahaya kerana kelemahannya. (Bandingkan dengan: Melangkahi ular).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
yang mana betul 1. Tahun Baharu Cina atau Tahun Baru Cina 2. Jawaban atau jawapan 3. Ahmad melangkah atau melangkahi longkang 4.Tolong gerakkan atau gerak akan jari anda 5. Murid itu ketiduran atau tidur dahulu sebelum membaca buku

1. Tahun Baharu Cina atau Tahun Baru Cina - kedua-duanya betul kerana kata baru atau baharu adalah terjemahan kata new (chinese new year) dalam bahasa Melayu

2. Jawaban atau jawapan - kedua-duanya betul, dalam proses pengimbuhan kata dasar jawab + -an menghasilkan kata terbitan jawaban, tetapi kita biasa menyebutnya sebagai jawapan.

Ayat yang betul ialah: 3. Ahmad melangkahi longkang; 4.Tolong gerakkan jari anda; dan 5. Murid itu ketiduran/tidur dahulu sebelum membaca buku. - ketiduran dan tidur, kedua-duanya betul mengikut konteks ayat atau maksud yang hendak disampaikan.

Tatabahasa31.01.2011

Kembali ke atas