Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lan.jut.kan] | ملنجوتکن

Definisi : 1. menjadikan panjang atau berterusan, menyambung: kadang-kadang ia ~ tidurnya hingga fajar menyingsing; ~ perundingan; 2. menambah lagi (pelajaran, pekerjaan, dll), meneruskan: Hindun ber­sungguh-sungguh benar hendak ~ pelajaran­nya lagi; semua yg hadir diminta datang ke gedung kesenian utk ~ perkenalan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lan.jut.kan] | ملنجوتکن

Definisi : 1 menjadikan lanjut; memanjangkan: Ia berdoa supaya Tuhan ~ umur ibu dan bapanya. 2 menambah (pelajaran atau pengetahuan); meneruskan: Adiknya ~ pelajarannya ke Amerika Syarikat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lanjut (adjektif)
Kata Terbitan : selanjutnya, berlanjut-lanjut, berlanjutan, melanjutkan, terlanjut, lanjutan, pelanjutan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah ayat berikut betul? 1. Abang saya melanjutkan pelajarannya di London. 2. Abang saya melanjutkan pelajarannya ke London. 3. Abang saya akan melanjutkan pelajarannya di Universiti Malaya. 4. Abang saya akan melanjutkan pelajarannya ke univerisiti Malaya.Jawapan yang betul ialah 1. Abang saya melanjutkan pelajarannya di London.  2. Abang saya akan melanjutkan pelajarannya ke Univerisiti Malaya.Lain-lain19.08.2010
Manakah yang betul? (i) melanjutkan pelajaran di luar negeri (ii) melanjutkan pelajaran di luar negara (iii) melanjutkan pelajaran ke luar negeri (iv) melanjutkan pelajaran ke luar negara

 

Salam sejahrtera,

'Melanjutkan pelajaran ke luar negara' merupakan frasa yang betul.

Tatabahasa18.01.2013
melanjutkan pelajaran ke Jepun atau melanjutkan pelajaran di Jepun?Jawapan yang betul ialah melanjutkan pelajaran ke Jepun.Tatabahasa11.03.2010
Ayat yang manakah tepat dan betul? (a)Peluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara akan mencerah kehidupannya. (a)Peluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara akan mencerahi kehidupannya. (a)Peluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara akan mencerahkan kehidupannyaAyat yang lebih baik ialah "Peluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar Negara dapat mencerahkan kehidupannya".Tatabahasa12.12.2015
Yang manakah betul? a) melanjutkan pelajaran ke menara gading b) melanjutkan pelajaran di menara gadingMelanjutkan pelajaran ke menara gading.Tatabahasa17.04.2015
Yang manakah yang betul? a. i. peraduan penulisan esei ii. peraduan menulis esei b. i. cara-cara untuk menyediakan... ii. cara-cara menyediakan... c. i. berhasrat untuk melanjutkan pelajaran... ii. berhasrat melanjutkan pelajaran... Sekian, terima kasih.Jawapan yang betul ialah Peraduan Mengarang esei. Cara-cara untuk menyediakan/ cara-cara menyediakan pun diterima. Berhasrat melanjutkan pelajaran dan berhasrat untuk melanjutkan pelajaran pun betul. Terima kasih.  Makna18.04.2008
Ayat: Halim melanjutkan pelajaran ke universiti. Ayat: Halim melanjutkan pelajaran di universiti. Ayat manakah yang betul? Terima kasih.Penggunaan kata sendi nama 'ke' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju atau digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama. Oleh itu lebih tepat jika menggunakan kata sendi nama 'ke' dalam ayat 'Halim melanjutkan pelajarannya ke universiti'.Tatabahasa22.11.2012
beliau menawari pelajar yang pintar itu biasiswa untuk melanjutkan pelajaran. (bagaimana membezakan menawari dan menawarkan? tq)

1. Beliau menawari pelajar yang pintar itu biasiswa untuk melanjutkan pelajaran.

2. Beliau menawarkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran kepada pelajar yang pintar itu.

Untuk keterangan lanjut tentang apitan meN-...-kan dan meN-...-i, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, ms. 191-197 dan ms. 202-208. 

Tatabahasa09.08.2011
Mana yang betul: 1. Abang melanjutkan pelajarannya ke universiti ATAU 2. Abang melanjutkan pelajarannya di universiti.Penggunaan kata sendi nama 'ke' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju atau digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama. Oleh itu lebih tepat jika menggunakan kata sendi nama 'ke' dalam ayat 'Abang melanjutkan pelajarannya ke universiti'.Tatabahasa27.08.2007
Saya ingin melanjutkan pertanyaan saya tentang penggunaan koma selepas kata dan sebelum ini. Saya telah jelas berdasarkan contoh yang diberikan dalam jawapan dari pihak DBP, namun saya ingin bertanya lebih lanjut berdasarkan contoh di bawah: Terima kasih atas kerjasama anda dalam proses ini, dan saya akan menghubungi anda tidak lama lagi. Dalam contoh ayat ini, perlukah koma diletakkan selepas kata dan? Sekian, terima kasih.Penggunaan tanda koma sebelum dan lebih kepada gaya penulisan, boleh ada atau tiada. Penggunaan koma sebelum dan biasanya untuk kategori yang berbeza dan dalam ayat contoh yang diberikan perlu tanda koma sebelum dan. Lain-lain06.12.2018
12345

Kembali ke atas