Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lan.ti/] | ملانتيق

Definisi : mengangkat dgn rasmi (menteri, orang besar-besar, dll), mengangkat seseorang utk memegang sesuatu jawatan: kerajaan telah didesak supaya ~ seorang drpd kaum itu menjadi anggota kabinet; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lan.ti/] | ملانتيق

Definisi : mengangkat seseorang dgn rasmi utk memegang sesuatu jawatan: Guru Besar telah ~ Abdullah sbg ketua murid. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lantik
Kata Terbitan : melantik,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Perkataan terbitan: 1. Pelantikan 2. Perlantikan Wujudkan kedua-dua kata terbitan tersebut?1. Kata terbitan yang betul ialah "pelantikan" , iaitu perihal melantik. Dari kata dasar lantik, terbit kata melantik dan perihal melantik ialah pelantikan. Lazimnya apabila awalan ber- diimbuhkan kepada kata dasar seperti  jalan menerbitkan kata berjalan, dan baharulah wujud perjalanan, iaitu perihal berjalan. Tidak ada kata berlantik, maka tidak ada wujud kata perlantikan.Tatabahasa28.06.2013
Yang mana paling tepat: a) "Okey! Satu! Dua! Tiga!" Johan melantik diri sendiri menjadi pengadil. b) "Okey, satu, dua, tiga!" Johan melantik diri sendiri menjadi pengadil.

"Okey, satu, dua, tiga!" Johan melantik diri sendiri menjadi pengadil. Untuk lebih menguasai aspek tanda baca, rujuk buku Gaya Dewan, terbitan DBP.

Ejaan03.11.2011
Ayat mana satukah yang wajar? 1) Sultan melantik Hang Tuan sebagai Bendahara Melaka. 2) Sultan melantik Hang Tuan untuk menjadi Bendahara Melaka. Dalam jawapan anda, sila sertakan penjelasan bagi perbezaan antara "sebagai" dan "untuk menjadi" dalam kedua-dua ayat di atas. Terima Kasih.Ayat pertama yang wajar, iaitu Sultan melantik Hang Tuah sebagai Bendahara Melaka. Makna 'sebagai' ialah jadi, menjadi, selaku.Tatabahasa05.06.2008
salam... apa beza pelantikan dan perlantikan.... sekiranya kita ingin melantik seseorang adakah kita gunakan perkataan pelantikan atau perlantikan????Kata terbitan yang betul ialah "pelantikan" kerana lazimnya daripada kata kerja "melantik" (me + kata dasar)maka terbitlah perkataan pelantikan yang bermaksud perihal melantik. Jika kata kerja ber + kata dasar seperti berjalan, maka terbitlah perkataan perjalanan.Tatabahasa27.02.2013
Apakah beza antara perkataan perlantikan dan pelantikan?Pembentukan kata yang betul ialah pelantikan. Daripada kata lantik, kata kerja melantik dan proses atau perihal melantik ialah pelantikan.Makna09.03.2014
Perlantikan atau pelantikan mana satu yang betul? Kenapa?Kata terbitan yang betul ialah "pelantikan" kerana lazimnya daripada kata kerja "melantik" (me + kata dasar)maka terbitlah perkataan pelantikan yang bermaksud perihal melantik. Jika kata kerja ber + kata dasar seperti berjalan, maka terbitlah perkataan perjalanan. Tiada perkataan berlantik jika menggunakan ber= lantik yang akan menerbitkan perlantikan.Perkataan perlantikan tidak ada dalam bahasa Melayu, yang ada ialah pelantikan.Tatabahasa29.03.2013
SILA BERIKAN SAYA EJAAN PELANTIKAN YANG BRTUL SAMA ADA - PERLANTIKAN ATAU PELANTIKANKata terbitan yang betul ialah "pelantikan" kerana lazimnya daripada kata kerja "melantik" (me + kata dasar)maka terbitlah perkataan pelantikan yang bermaksud perihal melantik. Jika kata kerja ber + kata dasar seperti berjalan, maka terbitlah perkataan perjalanan.Ejaan12.01.2014
Assalamualaikum. Mohon terangkan perbedaan "perlantikan" dengan "pelantikan" Didahului dengan ucapan terima kasih.Kata terbitan yang betul ialah "pelantikan" kerana lazimnya daripada kata kerja "melantik" (me + kata dasar)maka terbitlah perkataan pelantikan yang bermaksud perihal melantik. Jika kata kerja ber + kata dasar seperti berjalan, maka terbitlah perkataan perjalanan. Tiada perkataan berlantik jika menggunakan ber= lantik yang akan menerbitkan perlantikan.Perkataan perlantikan tidak ada dalam bahasa Melayu, yang ada ialah pelantikan.Tatabahasa13.02.2013
penggunaan imbuhan pe atau per untuk perkataan ( lantik ) untuk tujuan surat tawaran kontraktorKata terbitan yang betul ialah "pelantikan" kerana lazimnya daripada kata kerja "melantik" (me + kata dasar)maka terbitlah perkataan pelantikan yang bermaksud perihal melantik. Jika kata kerja ber + kata dasar seperti berjalan, maka terbitlah perkataan perjalanan.Tatabahasa18.09.2013
Sila beri maklum-balas mengenai ejaan mana satu yang betul: "perlantikan" atau 'pelantikan". Terima kasihKata terbitan yang betul ialah "pelantikan" kerana lazimnya daripada kata kerja "melantik" (me + kata dasar)maka terbitlah perkataan pelantikan yang bermaksud perihal melantik. Jika kata kerja ber + kata dasar seperti berjalan, maka terbitlah perkataan perjalanan. Tiada perkataan berlantik jika menggunakan ber= lantik yang akan menerbitkan perlantikan.Perkataan perlantikan tidak ada dalam bahasa Melayu, yang ada ialah pelantikan.Tatabahasa18.07.2013
123456

Kembali ke atas