Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lan.ting] | ملانتيڠ

Definisi : melonjak-lonjak, bergerak-gerak turun naik: malang ~ buluh pecah; melanting-lanting bagai cacing kepanasan prb tidak senang ataupun selalu gelisah (kerana susah, malu, dll); setinggi-tinggi melanting, jatuhnya ke tanah juga prb walau ke mana juga seseorang pergi, kelak kembali juga ke negeri sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lan.ting] | ملانتيڠ

Definisi : membimbit atau menjinjing. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lan.ting] | ملانتيڠ

Definisi : melempar, mem­baling, membuang (kayu, batu, dll) kpd sesuatu benda; ~ menuju tampuk, berkata menuju benar prb setiap usaha itu ada maksudnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lan.ting] | ملانتيڠ

Definisi : melempar tinggi-tinggi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melanting

Peribahasa

Melanting menuju tampuk,
     berkata menuju benar.

Bermaksud :

Setiap usaha tentu ada maksudnya; dalam perundingan hendaklah ada kebenaran dan kejujuran. lanting = lempar, lonjak, lompat.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam tuan di talian....saya menghadapi kekeliruan dengan peribahasa 'cacing kepanasan'...adakakah 'cacing kepanasan' dikelaskan sebagai simpulan bahasa atau perumpamaan? Sekian, terima kasih.

Salam sejahtera,

Cacing kepanasan dikelaskan sebagai peribahasa yang membawa takrifan sebagai tidak tenang, selalu gelisah (kerana susah, malu dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna:

a. Bagai cacing kena air panas

b. Melanting-lanting bagai cacing kepanasan

Sastera08.11.2012

Kembali ke atas