Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.la.rang] | ملارڠ

Definisi : menahan drpd melaku­kan sesuatu, tidak membenarkan (meng­izinkan), menegah: bagaimanakah sesuatu undang-undang yg ~ penggunaan tenaga kanak-kanak dapat dijalankan? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.rang] | ملارڠ

Definisi : menegah supaya tidak melakukan sesuatu; tidak mengizinkan: Ibunya ~ dia pergi mandi di lombong itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melarang

Puisi
 

Pergi seberang berangan-angan,
     Membeli ikan ditimbang kati;
Banyak orang melarang jangan,
     Saya seorang mengikut hati.


Lihat selanjutnya...(6)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, adakah frasa "melarang untuk" boleh diterima pakai? Sekian, terima kasih.Frasa melarang untuk tidak  tepat. Sebaiknya perkataan melarang perlu diikuti kata keterangan  atau nama. Contohnya, melarang seseorang, melarang calon, melarang  duduk, melarang makan atau lain-lain yang bersesuaian.Tatabahasa17.05.2021
Bolehkah ayat-ayat berikut diterima? 1. Adi tidak mahu beri balik telefon bimbit Budi. 2. Adi tidak mahu bagi balik telefon bimbit Budi. 3. Adi tidak mahu kasi balik telefon bimbit Budi. 4. Ana melihat papan tanda yang melarang orang ramai daripada membuang sampah sembarangan. 5. Ana melihat papan tanda melarang membuang sampah sembarangan. 6. Ana melihat papan tanda larangan membuang sampah sembarangan.

Ayat yang betul seperti yang berikut:

  1. Adi tidak mahu memberikan semula telefon bimbit Budi.
  2. Ana melihat papan tanda larangan membuang sampah sembarangan.

Tatabahasa18.10.2022
Umum kita difahamkan bahawa Kata Pemeri 'adalah' digunakan di hadapan FS dan/atau FA. Jurubahasa ada juga menasihati dan melarang penggunaan 'adalah' di hadapan FK, walaupun tidak ada apa-apa penegasan rasmi dibuat di dalam buku teks tentang peraturan dan pertalian 'adalah' dengan FK. Harap beri pandangan DBP tentang penggunaan 'adalah' dalam ayat di bawah ini, dan huraikan sama ada 'ialah' boleh/ tidak boleh diganti dalam ayat di bawah serta beri sebab-sebab dari segi hukum tatabahasa: "Matlamat menyertai HK Filmart 2011 adalah mewujudkan dan industri media melain merancang strategi pasaran luar ...." (BH 15Sep11)

Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja dan frasa kata kerja. (Rujuk Tatabahasa Dewan, halaman 264) Kata pemeri "adalah" tidak perlu hadir dalam ayat tersebut dan ayat tersebut perlu dilengkapkan kerana kata kerja "mewujudkan" tidak diikuti dengan objek untuk melengkapkan ayat.

Tatabahasa15.09.2011
Assalam DBP Saya ingin dapatkan kepastian adakah perkataan “Jurukur” hanya boleh digunakan oleh Jurukur Tanah Berlesen sahaja? Pihak Lembaga Jurukur Tanah telah melarang profession jurukur lain (iaitu Jurukur Bahan, Jurukur Penilaian & Jurukur Bangunan) untuk menggunakan perkataan “jurukur” dalam nama syarikat. Adakah pihak DBP ada mewartakan perkataan “Jurukur” hanya boleh digunakan oleh 1 profesion sahaja?Kamus hanya memberikan takrifan makna sesuatu perkataan. Perkataan standard yang dirakamkan dalam kamus ialah "juruukur".Ejaan27.12.2021
Ramzi Ahmad SEL 5.12 PTG Assalamualaikum Saya agak keliru & tertanya-tanya akan iklan ini kerana menggunakan bahasa rojak Setahu saya DPB pernah melarang penggunaan bahasa rojak pada satu ketika dalam apa-apa medium. Apakah larangan itu sudah tidak di guna pakai lagi?Mohon penjelasan. Iklan sebegini telah mencemarkan bahasa rasmi & boleh mengelirukan warga tempatan & warga asing. Bagi mereka yang memahami bahasa enggeris sudah pasti hanya perkataan "COVER" sahaja yg mereka akan faham. Tapi bagi warga Malaysia mereka akan terfikir apakah perkataan " Cover" dalam Bahasa Melayu. @ Apakah perkataan ini telah diiktiraf sebagai perkataan sah dalam Bahasa Melayu? Mohon penjelasan......Untuk makluman tuan, DBP hanya mengesahkan iklan yang mempunyai penggunaan bahasa Melayu yang betul. Penggunaan bahasa Inggeris dalam iklan hendaklah mempunyai padanannya dalam bahasa Melayu, kecuali perkataan atau ayat yang didaftar sebagai Cap Dagang bagi syarikat tersebut. DBP tidak akan mengesahkan penggunaan bahasa rojak dalam iklan dan paparan di tempat awam. Keprihatinan tuan dalam hal ini amatlah kami hargai dan diucapkan terima kasih.Lain-lain17.05.2017
Assalamualaikum. Bolehkah kita menggunakan dan lain-lain lagi atau dan sebagainya dalam penulisan/ peperiksaan ? Contohnya: 1. Dia membeli ikan ,udang,sayur, telur dan lain-lain lagi. (Guru saya melarang penggunaan dan lain-lain lagi kerana tidak dinyatakan dengan yang jelas apa sebenarnya lain-lain itu) 2. Aini memasukkan garam,gula ,rempah dan sebagainya ke dalam periuk itu. Terima kasih.Penggunaan …dan lain-lain tidak menyalahi hukum tatabahasa dan sama maksud dengan dan sebagainya (bukan selainnya). Kedua-dua ayat yang dikemukakan betul penggunaan tatabahasanya. Tatabahasa03.07.2017
Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan "engaging" dalam konteks ayat di bawah? "The Minister may prohibit any child or young person from engaging or being engaged in any employment." Sama ada perkataan "engaging" boleh diterjemah seperti yang berikut: "Menteri boleh melarang mana-mana kanak-kanak atau orang muda daripada bekerja/terlibat/mengguna khidmat atau diguna khidmat dalam apa-apa pekerjaan." Terima kasih atas bantuan tuan/puan.Padanan bahasa Melayu yang sesuai bagi perkataan "engaging" dalam konteks ayat tersebut ialah terlibat.Lain-lain01.07.2021
Sila beri tunjuk ajar bagi cakap pindah dan cakap ajuk. (1)"Jangan datang ke sini!" tengking lelaki itu kepada pengemis tua. Cakap Pindah: Lelaki itu menenking pengemis tua supaya jangan datang lagi ke situ. Perkataan" sini" tukar "situ" (2)Ibu melarang Kamil bermain di tepi sungai itu. Cakap Ajuk: "Jangan bermain di tepi sungai itu" kata ibu kepada Kamil. Perkataan" itu" tidak ditukar. Cakap ajuk tukar ke cakap pindah perlu menukar sesetengan perkataan. Tetapi cakap pindah menukar ke cakap ajuk tidak perlu ditukar?

Untuk makluman:
 
1. Apabila kita menggunakan cakap ajuk, kita mengulang ungkapan sebenar penutur
.

Contoh lain:

      Saya sudah membuat kerja itu.

     Ayu berkata, "Saya sudah buat kerja itu." (cakap ajuk)

Perhatikan, tanda koma selepas perkataan berkata dan penggunaan tanda petik (dailog) bagi menunjukkan ujaran.

2.   Dalam cakap pindah pula, kita melaporkan apa yang dipercakapkan,   tidak semestinya menurunkan seluruh perkataan atau ungkapan penutur, tetapi menurunkan makna yang hampir sama dengan ujaran tersebut. 

   Contoh lain:

   Cakap ajuk  :  "kalau aku mati, kaujaga kuburku," kata Pak Ali.

   Cakap Pindah : Pak Ali mahu agar kuburnya dijaga dengan baik jika dia meninggal dunia.
Tatabahasa11.10.2015
Assalamualaikum, salam sejahtera. Saya ingin bertanyakan sama ada ayat di bawah ini betul atau tidak. 1. Ali berkenan membeli kereta Proton saga tetapi harganya mahal. 2. Parit yang menjadi punca banjir kilat di kawasan perumahan itu. 3. Bernafaslah dengan teratur maka anda menjadi tenang dan bersedia. 4. Anda boleh beri isyarat kepada doktor sekiranya berasa sakit dan tidak selesa ketika sedang dirawat. Ibu melarang Aminah menyelongkar barang-barang kakaknya. Adakah ayat ini, sama maksud dengan ayat di atas? 1) "Jangan selongkar barang-barang kakak kamu, Aminah," kata ibu. 2) " Aminah, kamu dilarang menyelongkar barang-barang kakak kamu," kata ibu.Ayat 1: Tukar perkataan Proton Saga kepada Proton Saga (Huruf besar di pangkal perkataan kata   nama khas). Ali berkenan membeli kereta Proton Saga tetapi harganya mahal.

Ayat 2: Betul

Ayat 3: Gantikan perkataan "maka anda" menjadi untuk. Bernafaslah dengan teratur untuk menjadi tenang dan bersedia.

Ayat 4: Betul

Ayat 1 dan 2 sama maksud dengan ayat "Ibu melarang Aminah menyelongkar barang-barang kakaknya". 
Tatabahasa24.04.2019
Apa istilah dalam bahasa Malaysia untuk siswa yang melihat buku/ catatan secara diam-diam tanpa sepengetahuan pengawas ujian pada saat ujian. Apakah menjiplak, menyontek, atau ada istilah lain? Terima kasih.

Untuk makluman tuan, peraturan peperiksaan awam di Malaysia melarang  calon membawa masuk buku, nota, kertas atau dokumen ke dalam dewan peperiksaan. Sekiranya calon terbawa peralatan tersebut, calon diminta mengangkat tangan dan hantar keluar dewan peperiksaan.  Sekiranya ada istilah bahasa Inggeris untuk konsep tersebut mohon kemukakan kepada kami.

Lain-lain19.10.2014
12

Kembali ke atas