| Adakah ayat berikut betul ? 1. Penglibatannya dalam bidang penulisan berjaya memberikan kepuasan dalam jiwanya. 2. Hanya ibunya yang melarangnya menyertai rombongan itu. 3. Mereka menyanyi dan menari sepanjang malam tanpa menghiraukan kebajikan jiran-jiran mereka. Terima kasih ! | Sdr. Hee, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Diharap sertakan maklumat peribadi yang betul apabila berurusan dengan kami. Penglibatannya dalam bidang penulisan berjaya memberikan kepuasan (pada) jiwanya. 2. Hanya ibunya yang melarang (dia) menyertai rombongan itu. 3. Mereka menyanyi dan menari sepanjang malam tanpa menghiraukan jiran-jiran mereka. Inilah jawapan kepada soalan SDR. | Tatabahasa | 10.07.2009 |