Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.la.ras.kan] | ملارسکن

Definisi : 1. menyamakan (nada, tala, dll); 2. menyesuaikan, memadankan: salah satu drpd tugas buah pinggang ialah ~ kepekatan atau banyaknya garam dlm darah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.ras.kan] | ملارسکن

Definisi : 1 menyamakan laras atau nada; menyetalakan. 2 menyamakan; menyesuaikan; memadankan: Kita hendaklah bijak ~ cara hidup dgn pendapatan yg diterima. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melaraskan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah maksud ditala?Kata terbitan 'ditala' ialah daripada kata akar tala, bermaksud: 1. menentukan bunyi (alat muzik dan sebagainya) dengan nada yang bersesuaian; dan 2. melaraskan pergerakan enjin (motor dan sebagainya) supaya berjalan dengan lancar.  Tala juga membawa maksud:
tala II : Pr ibu kunci, mangga, gepuh-gepuh, pedal ayam.
tala III: menala memukul dgn tangan ter­genggam.
tala IV: hala, arah.
Makna12.12.2012
Apakah makna 'enable' , 'adjust' dan 'intense' di dalam bahasa malaysia? Terimakasih.Merujuk Kamus Dwi Bahasa Edisi Kedua, makna bagi 'enable' ialah membolehkan ; memungkinkan; memberikan kesempatan. Manakala makna 'adjust' pula ialah menyesuaikan; membetulkan; melaraskan. Makna 'intense' ialah amat sangat; mendalam; kuat; hebat; sunguh-sunguh; penuh perasaan. Untuk rujukan seterusnya, sila rujuk Kamus Dwi Bahasa Edisi Kedua, terbitan DBP. Harap Maklum.Makna22.12.2006
salam... ap itu "menalakan''? betul ke ejaan "kompelin''?Kata terbitan yang betul ialah menalak, daripada kata akar tala, bermaksud: 1. menentukan bunyi (alat muzik dan sebagainya) dengan nada yang bersesuaian; dan 2. melaraskan pergerakan enjin (motor dan sebagainya) supaya berjalan dengan lancar. Komplein hanya digunakan dalam bahasa percakapan, perkataan yang baku ialah aduan.Makna30.05.2011
Saya perlu menterjemah ayat ini kepada BM, namun saya tidak pasti jika ianya betul. "Use the slider below to preview different font sizes As you adjust the slider, the preview will update to show how font sizes will appear for articles with Reader Mode enabled. Find the most comfortable reading experience by moving the slider to your preferred setting." Ayat saya gunakan: Gunakan slider di bawah untuk melihat saiz teks berlainan Apabila anda mengalihkan slider, previu akan menunjukkan bagaimana saiz teks akan diperlihatkan dalam Mod Pembaca. Cari pengalaman membaca yang paling selesa dengan mengalihkan slider ke tetapan pilihan anda.

Kami mencadangkan terjemahan yang berikut sekiranya bersesuaian dengan konteks yang dimaksudkan:

 

Gunakan penyelak di bawah untuk melihat saiz fon yang berlainan. Apabila anda melaraskan penyelak, laporan saiz fon akan terpapar dalam mod pembaca. Dapatkan pengalaman membaca yang selesa dengan menggerakkan penyelak pada tetapan pilihan anda.

Penyemakan dan penterjemahan21.08.2024

Kembali ke atas