Tuan, 1. Thailand berada dalam keadaan ___________kerana berlakunya pergaduhan dalam kalangan rakyatnya. yang mana jawapannya ? huru-hara atau porak-peranda 2. Ibu ________minuman dan makanan untuk tetamu yang datang. jawapannya ? menyediakan atau menghidangkan 3. Kamil hanya duduk dan berehat sedang adiknya Nita dan Razi sibuk membersihkan halaman rumah. Penggunaan sedang dalam ayat betul atau salah ? 4 Pasukan keselamatan sedang berusaha untuk jejak perompak yang melarikan diri ke dalam hutan tersebut. Penggunaan jejak dalam ayat betul atau salah ? | 1. Thailand berada dalam keadaan ______huru-hara_____kerana berlakunya pergaduhan dalam kalangan rakyatnya. 2. Ibu __menghidangkan______minuman dan makanan untuk tetamu yang datang. 3. Kamil hanya duduk dan berehat sementara adiknya Nita dan Razi sibuk membersihkan halaman rumah. 4 Pasukan keselamatan sedang berusaha untuk menjejak perompak yang melarikan diri ke dalam hutan tersebut. | Tatabahasa | 24.05.2013 |
1) Apakah perbezaan antara imbuhan meN dan imbuhan beR?- kedua-dua imbuhan ini menunjukkan perbuatan. 2) Bagaimanakah kita boleh menentukan penggunaan imbuhan meN atau imbuhan beR bagi suatu kata kerja? Contohnya perkataan 'lari'. Mengapakah kita gunakan imbuhan beR yang menerbitkan perkataan 'berlari'? Mengapakah kita tidak menggunakan meN yang menerbitkan 'melari'? | Saudara Mirza, Imbuhan meN...kan membentuk kata kerja transitif yang memerlukan objek,manakala imbuhan beR...kan membentuk kata kerja tak transitif. Cara menggunakannya bergantung pada ayat yang dibina. Perkataan 'lari' boleh menerima imbuhan beR... atau meN... . Contoh: Mereka melarikan diri daripada tahanan. Mereka mengejar kuda yang sedang berlari di padang. Penjelasan lanjut tentang aspek ini terdapat di dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 191-201. | Tatabahasa | 06.05.2010 |
adakah maksud kesempatan sama dengan maskud kelapangan? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kesempatan bermaksud peluang untuk, waktu yang terluang untuk. Contoh ayat: Rejab mengambil kesempatan itu untuk melarikan diri. Kelapangan bermaksud: 1. perihal lapang (tanah, padang, dll), keluasan, kesenangan. Contoh ayat: Dia semata-mata minta kelapangan pada tempat yang sempit. 2. keluangan waktu, masa yang terluang (tidak sibuk). Contoh ayat: Tiap-tiap kali ada masa kelapangan, dia akan menemui Nahidah. 3. kelegaan (fikiran,kedudukan, dll) kemudahan. Contoh ayat: Masyarakat selama-lamanya mencari kelapangan dan kebebasan. | Makna | 16.04.2011 |
Saya kurang pasti dengan kesalahan bagi ayat-ayat di bawah: 1) Pada pendapat saya, perlaksanaan Program Kaunseling Rakan Sebaya sangat berkesan untuk melatih jati diri remaja. Kesalahan 1: Perlaksanaan menjadi pelaksanaan Kesalahan 2: ? 2) Encik Majid memperlahankan keretanya apabila sampai di kawasan sekolah untuk mengelakkan keadaan merbahaya yang mungkin akan berlaku. Kesalahan 1: Mengelakkan menjadi mengelak? Kesalahan 2: Merbahaya menjadi berbahaya | Untuk makluman, perkataan yang tepat untuk kedua-dua ayat tersebut: 1. Pelaksanaan yang bermaksud perihal, perbuatan atau proses melaksanakan (menjalankan, mengusahakan) rancangan (tugas dan sebagainya. Manakala, perlaksanaan tidak tepat kerana membawa makna hasil daripada melaksanakan (mengerjakan, menyelesaikan) sesuatu rancangan (tugas dan sebagainya) 2. Mengelakkan bermaksud: 1. menghindarkan diri (daripada terkena pukulan dan lain-lain); 2. melarikan diri daripada mengerjakan sesuatu. 3. Berbahaya yang bermaksud ada bahaya, boleh mendatangkan baha dan dalam (terancam oleh) bahaya. Merbahaya tidak tepat kerana membawa maksud marabahaya, iaitu bermacam-macam bencana atau bahaya
| Tatabahasa | 01.04.2017 |
Apakah perbezaan perkataan-perkataan berikut: 1.bena,bina2.colek,culik3.dokong,dukung4.endah,indah5.golong,gulung6.kendaraan,keinderaan7.lancong,lancung8.lengkung,lingkung9.kesal,sesal10.undang,undang-undang11.satu,suatu12.mesti,pasti12.fakto,faktor13.babit,libat14.fanatik,pejuang15.tentang,mengenai Yang manakah betul mengambil perhatian atau memberikan perhatian ? Yang manakah betul,pendingin hawa atau pengawa dingin atau penyaman udara ? Yang manakah betul,walaubagaimanapun atau walau bagaimanapun ? | 1. Bena Maksud bena ialah peduli; acuh: Janganlah buat tak ~ kpd anak yatim piatu itu. ~ tak ~ acuh tak acuh; tidak peduli. membenakan mengambil sikap mahu mengetahui; mempedulikan: Sbg orang yg berani, ia tidak ~ lawannya. Bina Maksud bina ialah membina 1 membuat sesuatu bangunan, spt rumah supaya tegak berdiri: Siapakah yg ~ masjid yg seindah ini? 2 mengusahakan supaya maju dan lebih baik; membaiki: Kita mesti bekerja keras utk menyusun dan ~ suatu masyarakat yg adil dan makmur. binaan sesuatu yg dibina; hasil drpd membina: Taj Mahal merupakan ~ yg terindah di dunia. pembinaan perbuatan atau hal membina; pembangunan: ~ masjid itu memakan masa lebih kurang dua tahun. pembina orang yg membina; pembangun: Siapakah ~ bangunan Taj Mahal yg masyhur itu? 2. Colek Maksud colek ialah /colék/; mencolek 1. mencalit (mengambil, menyentuh) dgn hujung jari: ~ kapur. 2. mencecah kuah, sambal dsb dgn sesuatu (spt ketupat, ulam dll): Dia ~ sambal belacan itu dgn ulam petai. 3. mencungkil (dgn hujung jari dll utk mengeluarkan sesuatu): ~ tahi telinga. ~ hati menggelikan hati (kerana lucu atau jenaka). mencolekkan 1. mencalitkan sesuatu pd; memalitkan. 2. mencecahkan barang makanan (spt ketupat, ulam dll) pd kuahnya, sambal dsb: ~ ketupat pd rendang daging. secolek sebanyak yg dipalit atau disentuh dgn hujung jari dsb. Culik Maksud culik ialah menculik melarikan orang (anak-anak atau orang dewasa) dgn paksaan utk tujuan memperoleh wang tebusan dsb. penculikan perbuatan menculik. penculik orang yg menculik. DBP hanya boleh memberikan beberapa makna sahaja. Makna dan perbezaan untuk perkataan-perkataan lain boleh dicari dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Bagi perkataan pendingin hawa, penghawa dingin dan penyaman udara, perkataan yang tepat ialah penyaman udara. Yang akhir sekali perkataan yang betul ialah "walau bagaimanapun". Mengambil perhatian dan memberikan perhatian, kedua-duanya betul bergantung kepada konteks ayat. | Lain-lain | 07.10.2014 |
Saya ingin bertanya. i) adakah perkataan MEMICU wujud dlm bahasa kita? ii) adakah maksud MEMICU sama erti dengan MEMACU? iii) apakah maksud sebenar MEMICU dan bagaimana penggunaannya? | Memicu ialah kata terbitan daripada picu iaitu pemetik (pistol, senapang, dan lain-lain); memicu ialah menarik atau memetik picu pistol, senapang dsb. memacu dari kata dasar pacu membawa makna yang berbeza iaitu 1. menggesa (kuda) dgn menusukkan pacu supaya berlari deras: maka Arung Lenga pun ~ kudanya; 2. ki melarikan deras-deras (kereta dll): dipacunya motosikalnya dgn laju; 3. = memacukan memperlumbakan; 4. menggerakkan sesuatu kegiatan (ekonomi, pembangunan dsb) dgn lebih cepat atau pesat. oleh itu memicu dan memacu adalah kata terbitanyang membawa makna berbeza. | Tatabahasa | 05.02.2008 |