Berkenaan peribahasa "bagai cendawan tumbuh selepas hujan" adakah boleh jika ditambah perkataan "melata /merata" di tengah- tengah prb tersebut ? Contoh - bagai cendawan tumbuh melata selepas hujan | Peribahasa ialah warisan daripada generasi terdahulu. Tidak ada tambah tokok dalam pengambilan peribahasa tersebut. | Tatabahasa | 11.10.2014 |
saya mahasiswa YIU ingin bertanya, tolong contoh pantun | Untuk makluman saudara, pantun terdiri daripada beberapa jenis iaitu dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat, pantun berkait dan sebagainya. Contoh pantun dua kerat: Tak tumbuh tak melata, tak sungguh tak kata. Contoh pantun empat kerat pula: Pagi-pagi mengutip lokan, Lokan dikutip di tepi laut; Cantik bukan kaya pun bukan, Mengapa pula hati terpaut. Contoh pantun enam kerat: Tempayan pecah jangan diterap, Boleh buat pengisi dedak, Dedak basah penjemur padi; Orang miskin apa diharap, Budi tiada bahasa pun tidak, Emas perak jauh sekali. | Lain-lain | 15.07.2010 |
assalammualaikum. di sini saya ada beberapa soalan yang ingin diajukan. diharap pihak tuan dapat membantu. 1. apa beza RUMPUT dengan RUMPAI? 2. SEAGRASS atau SEA GRASS? saya pernah terbaca artikel, "seagrass atau juga rumpai laut ialah... " & satu lagi artikel, "seagrass atau juga rumput laut ialah..." soalan saya yang ke-3: 3. seagrass bermakna RUMPUT LAUT atau RUMPAI LAUT? atas segala perhatian & bantuan tuan, saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih. | 1. Rumput ialah sejenis tumbuhan yang melata di bumi (berdaun tirus dan kecil). Rumpai ialah rumput dan tumbuh-tumbuhan kecil lain yang tidak berguna di kawasan yang telah diusahakan. 2. Perkataan yang betul ialah sea grass ialah rumput laut, tidak ada seagrass dalam pangkalan data kami.
| Tatabahasa | 05.07.2012 |
saya Kurahana Tuanmea, sedang belajar pusat bahasa melayu peringkat dasar, ingin bertanya, apakah maksud pantun empat kerat baik sekali jika bawa contohnya. terima kasih. | Untuk makluman puan, pantun terdiri daripada beberapa jenis iaitu dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat, pantun berkait dan sebagainya. Serangkap pantun lazimnya ditulis atau pun dibina oleh lima ciri asas iaitu pembayang, maksud, rima akhir, jumlah perkataan dan jumlah suku kata. Kalau berdasarkan pantun empat kerat, pembayangnya ialah pada baris pertama dan kedua, manakala maksud pula pada baris ketiga dan keempat. Berbeza dengan pantun dua kerat kerana baris yang pertama ialah pembayang manakala baris kedua ialah maksud. Contoh pantun dua kerat: Tak tumbuh tak melata, tak sungguh tak kata. Contoh pantun empat kerat pula: Pagi-pagi mengutip lokan, Lokan dikutip di tepi laut; Cantik bukan kaya pun bukan, Mengapa pula hati terpaut. | Sastera | 06.11.2013 |
Saya Saina' lebaisa,sedang belajar bahasa melayu peringkat dasar, ingin bertanya, Bagaimanakah maksud pantun empat kerat serta contohnya. terima kasih. | Untuk makluman puan, pantun terdiri daripada beberapa jenis iaitu dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat, pantun berkait dan sebagainya. Serangkap pantun lazimnya ditulis atau pun dibina oleh lima ciri asas iaitu pembayang, maksud, rima akhir, jumlah perkataan dan jumlah suku kata. Kalau berdasarkan pantun empat kerat, pembayangnya ialah pada baris pertama dan kedua, manakala maksud pula pada baris ketiga dan keempat. Berbeza dengan pantun dua kerat kerana baris yang pertama ialah pembayang manakala baris kedua ialah maksud. Contoh pantun dua kerat: Tak tumbuh tak melata, tak sungguh tak kata. Contoh pantun empat kerat pula: Pagi-pagi mengutip lokan, Lokan dikutip di tepi laut; Cantik bukan kaya pun bukan, Mengapa pula hati terpaut. | Tatabahasa | 06.11.2013 |
Saya Nurima Uthai,sedang belajar pusat bahasa melayu peringkat dasar,ingin bertanya, Bagaimanakah maksud pantun empat kerat serta contohnya.Terima kasih. | Untuk makluman puan, pantun terdiri daripada beberapa jenis iaitu dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat, pantun berkait dan sebagainya. Serangkap pantun lazimnya ditulis atau pun dibina oleh lima ciri asas iaitu pembayang, maksud, rima akhir, jumlah perkataan dan jumlah suku kata. Kalau berdasarkan pantun empat kerat, pembayangnya ialah pada baris pertama dan kedua, manakala maksud pula pada baris ketiga dan keempat. Berbeza dengan pantun dua kerat kerana baris yang pertama ialah pembayang manakala baris kedua ialah maksud. Contoh pantun dua kerat: Tak tumbuh tak melata, tak sungguh tak kata. Contoh pantun empat kerat pula: Pagi-pagi mengutip lokan, Lokan dikutip di tepi laut; Cantik bukan kaya pun bukan, Mengapa pula hati terpaut. | Sastera | 06.11.2013 |
saya Adeelah Chehmoh, sedang belajar pusat bahasa melayu peringkat dasar, ingin bertanya, Bagaimanakah maksud pantun empat kerat serta contohnya. terima kasih. | Untuk makluman puan, pantun terdiri daripada beberapa jenis iaitu dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat, pantun berkait dan sebagainya. Serangkap pantun lazimnya ditulis atau pun dibina oleh lima ciri asas iaitu pembayang, maksud, rima akhir, jumlah perkataan dan jumlah suku kata. Kalau berdasarkan pantun empat kerat, pembayangnya ialah pada baris pertama dan kedua, manakala maksud pula pada baris ketiga dan keempat. Berbeza dengan pantun dua kerat kerana baris yang pertama ialah pembayang manakala baris kedua ialah maksud. Contoh pantun dua kerat: Tak tumbuh tak melata, tak sungguh tak kata. Contoh pantun empat kerat pula: Pagi-pagi mengutip lokan, Lokan dikutip di tepi laut; Cantik bukan kaya pun bukan, Mengapa pula hati terpaut. | Sastera | 06.11.2013 |
Salam sejahtera, saya ingin mendapat kepastian tentang perkataan-perkataan dalam bahasa Inggeris iaitu Android, iOS, Windows, Hip-Hop dan Punk. 1. Adakah perkataan-perkataan ini mempunyai terjemahan dalam bahasa Melayu ? 2. Jika hendak digunakan dalam karangan bahasa Melayu, apakah sistem ejaannya yang betul ? | Berikut merupakan padanan bahasa Melayu bagi perkataan yang ditanya: a) android: android b) hip-hop: hip-hop c)punk: rock punk Sila rujuk halaman PRPM http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=android&d=286464&#LIHATSINI untuk maklumat lanjut. iOS dan Windows merupakan kata nama khas. Oleh itu, ejaannya dikekalkan seperti perkataan asal. Sekiranya "windows" digunakan sebagai kata nama am seperti "cascading windows", perkataan "windows" diterjemahkan sebagai tetingkap melata (kaedah pemaparan susunan tetingkap yang bertindih supaya bar tajuk masing-masing sentiasa kelihatan iaitu tidak terlindung atau tertindih). | Makna | 07.12.2018 |