Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.la.tih] | ملاتيه

Definisi : 1. membiasakan, memahirkan: kita boleh ~ lidah kita supaya fasih dgn selalu membaca kuat-kuat dgn bunyi yg betul; 2. mengajar atau mendidik supaya mahir (pandai): mereka yg dipilih akan dilatih berbaris oleh seorang tentera; ~ tubi memberikan latihan (ajaran dsb) yg diulang-ulangi, mengulang­ulangi sesuatu dlm proses atau usaha mengajar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.tih] | ملاتيه

Definisi : 1 mendidik atau mengajar supaya pandai: Ia sedang ~ anak-anaknya bermain piano. 2 memahirkan; membiasakan: Ia ~ kakinya yg lumpuh itu melangkah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melatih


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"Kami dapat melatih kesabaran melalui aktiviti memancing ikan." Adakah melatih kesabaran ini betul?Ayat yang betul, kami dapat melatih diri bersabar melalui aktiviti memancing ikan.Tatabahasa11.08.2016
Kami "berlatih" badminton atau kami " melatih " badminton? Manakah satu ialah jawapan yang paling betul? Apakah perbezaan " berlatih " dan " melatih"? Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Kami berlatih badminton". Berlatih bermaksud "memahirkan diri", ayat "Kami berlatih badminton " bermaksud kami memahirkan diri dengan permainan badminton, manakala melatih bermaksud "mengajar atau mendidik supaya mahir", ayat "Kami melatih badminton" bermaksud kami mengajar atau mendidik badminton, jelas sekali ayat ini tidak tepat maknanya.Tatabahasa22.06.2009
Apakah perbezaan antara 'pelatih' dengan 'jurulatih'?Pelatih bermaksud orang yang melatih, manakalah jurulatih bermaksud  orang yang melatih orang lain supaya mahir. Berdasarkan makna yang tersebut, pelatih dan jurulatih membawa maksud yang hampir sama, namun jurulatih khusus untuk melatih orang lain supaya mahir.Makna22.08.2015
Adakah penggunaan perkataan " melatih kesabaran " betul ?Frasa "melatih kesabaran" adalah salah. Sila berikan ayat yang lengkap  supaya kami dapat memberikan perkataan yang sesuai. Tatabahasa10.08.2016
amalan menabung bolah melatih anak-anak supaya berjimat-cermat,ayat ini betul tak?terima kasihAyat yang gramatis ialah "amalan menabung bolah melatih anak-anak berjimat-cermat".Tatabahasa06.07.2012
Adakah struktur ayat di bawah ini betul? Produk yang unik ini mempunyai tiga kompartmen sesuai bagi melatih kanak-kanak untuk belajar makan secara sendiri.Produk unik ini mempunyai tiga kompartmen yang sesuai bagi melatih kanak-kanak untuk belajar menyuap makanan.Tatabahasa17.03.2014
Saya sebagai guru yang pernah melatih murid memasuki pertandingan pantun ingin mengutarakan pertanyaan. Saya ingin menerbitkan pantun ciptaan sendiri berdasarkan tema pertandingan peringkat daerah. Siapakan yang perlu saya rujuk di DBP? Buku pantun sangat bermanfaat untuk murid sekolah.Tuan boleh mengemukakan manuskrip berkenaan kepada kami untuk dibuat penilaian awal bagi melihat kesesuaian sama ada boleh diterbitkan atau sebaliknya. Bahan tersebut hendaklah diserahkan bersama-sama dengan disket berserta bahan iringan lain sekiranya ada. Sertakan juga biodata saudara dan perakuan menyatakan bahan yang berkenaan adalah milik saudara dan bukan daripada hasil yang diciplak daripada tulisan orang lain. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi: Ketua Editor, Bahagian Buku Sastera, Tingkat 10, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Lain-lain04.09.2017
Instructional coaching merupakan satu kaedah untuk melatih guru agar menjadi lebih mahir (Jones.G, 2018). Ia boleh dilaksanakan dengan sesi bimbingan antara pemimpin sekolah dengan guru atau guru dengan rakan guru
Sila kemukakan soalan tuan dengan jelas.

Lain-lain15.11.2020
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Jangan membaca buku dalam cahaya yang malap. 2. Jurulatih melatih kami dengan tegas. 3. Bahan yang mudah meletup mesti dijauhi daripada api. 4. Kerusi-kerusi di dalam dewan telah disusun memanjang. 5. Dia menamakan kucingnya Si Comel. 6. Para penjaja takut akan Mak Cik Aishah yang suka menawar. 7. Pekerja itu didapati berniat menderhaka kepada / terhadap majikannya. 8. Mereka mengasingkan buah catur putih daripada / dengan buah catur hitam. Terima kasih.Berikut merupakan ayat yang betul setelah pindaan dibuat.

1. Jangan membaca buku dalam cahaya yang malap.
2. Jurulatih melatih kami dengan tegas.
3. Bahan yang mudah meletup mesti dijauhi daripada api.
4. Kerusi-kerusi di dalam dewan telah disusun memanjang.
5. Dia menamai kucingnya Si Comel.
6. Para penjaja takut akan Mak Cik Aishah yang suka menawar.
7. Pekerja itu didapati berniat menderhaka terhadap majikannya.
8. Mereka mengasingkan buah catur putih dengan buah catur hitam.
Tatabahasa04.03.2013
Salam sejahtera. Kami dari Media Education For All sedang menghasilkan modul literasi media untuk melatih guru-guru seluruh negara. Laman web kami: https://arus.cc/mediaedu4all Kami ingin meminta bantuan DBP untuk padanan senarai istilah literasi media seperti yang dilampirkan. Untuk memudahkan tuan/puan, anda hanya perlu mengisi di ruang kuning sahaja. Saya boleh dihubungi di phuiyee.yam@arusacademy.org.my atau 016-5532712 jika ada soalan. Sekian, terima kasih.Kami telah meneliti dan memberikan cadangan padanan dalam bahasa Melayu bagi senarai istilah yang dilampirkan. (Rujuk Lampiran)Lain-lain07.05.2021
123

Kembali ke atas