Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.laut] | ملاءوت

Definisi : 1. spt laut, luas spt laut: kawasan hutan simpan yg ~ luasnya; 2. turun ke laut (utk belayar dll); sudah ~ mendarat sudah pergi ke mana-mana; tak sungguh seluang ~akhirnya balik ke tepi juga prb tidak betah merantau akhirnya balik ke kampung juga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.laut] | ملاءوت

Definisi : 1 luas spt laut: sawah padi yg ~ luasnya. 2 belayar di laut. 3 pergi jauh ke tengah (sungai, tasik dsb): Tak sungguh seluang ~, akhirnya balik ke tepi juga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melaut


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
jangan abil kuah kari itu sampai melaut dalam pinggan nasi kamu. ayat ini melaut salah digunakan? melaut=seperti laut. kalau salah, bagaimana betulkan ayat ini? TQ

Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, melaut bermaksud 1. seperti laut, luas seperti laut 2. turun ke laut (untuk belayar dan lain-lain). Berdasarkan maksud yang diberikan, perkataan melaut memang tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut. Perkataan melaut boleh digantikan dengan perkataan penuh. (jangan ambil kuah kari itu sampai penuh dalam pinggan nasi kamu.)

Tatabahasa19.09.2011

Kembali ke atas