Selamat Malam. Saya terdapat satu pertayaan, antara 'melawati muzium' dan 'melawat muzium' mana satu adalah betul? Terima kasih | Yang betulnya ialah melawati muzium. | Tatabahasa | 08.08.2010 |
Assalamualaiku Wbrt. Tuan Sukacita pihak tuan dapat menyatakan sama ada ayat d bawah betul atau salah. Sekiranya terdapat kesalahan, harap pihak tuan dapat memberi penjelasan. 1) Stadium Melawati Shah Alam dapat menampung kebanjiran penonton sehingga 81,000 orang dalam satu-satu masa. 2) Kita perlu meningkatkan lagi pemahaman kita tentang hal-hal yang berlandaskan ajaran agama. Terima kasih. Daripada; Izani b. Hj. Daud | 1) Stadium Melawati Shah Alam dapat menampung kebanjiran penonton sehingga 81,000 orang dalam satu-satu masa. Perkataan kebanjiran bermaksud dipenuhi oleh manusia tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut. 2) Kita perlu meningkatkan lagi pemahaman kita tentang hal-hal yang berlandaskan ajaran agama. Ayat ini betul. | Tatabahasa | 18.09.2012 |
Hai. Bolehkah saya bertanya. Sekiranya sesebuah bangunan mempunya nama yang bercampur bahasa inggeris (Cth: Melawati Station), perlukah bangunan/pemaju tersebut mendapatkan trademark atau mendaftar untuk nama tersebut untuk digunakan pada papan iklan? Apakah proses/prosedur yang perlu diambil untuk menggunakan nama seperti ini? Saya ada ternampak papan iklan Sunway Serene dimana tiada logo TM atau R pada nama yang digunakan. | Untuk menamakan bangunan ataupun penamaan lain untuk paparan di tempat awam, hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan dengan ejaan dan nahu yang betul serta melambangkan citra kebangsaan. Pihak DBP memperakui penggunaan bahasa kebangsaan pada paparan awam dan tertakluk pada akta, garis panduan dan tatacara Pihak Berkuasa Tempatan. | Lain-lain | 14.02.2020 |
Adakah ayat ini betul ? : "Di hari raya ini kami melawat datuk kami. | Encik Shafiq, Ayat yang betul ialah Pada hari raya ini kami melawati/mengunjungi datuk kami. | Tatabahasa | 11.10.2010 |
adakah 'hari sukan' kata nama khas? | "hari sukan" - kata nama am, bukan kata nama khas kecuali merujuk acara tertentu seperti Hari Sukan Sekolah Menengah Taman Melawati. | Tatabahasa | 15.04.2009 |
Selamat pagi dan terima kasih kerana sedia membantu. Saya selalu keliru dengan lokasi penggunaan perkataan "akan" pada ayat berbentuk soalan. Yang manakah antara soalan berikut gramatis? 1) "Di negara yang manakah anda akan mendapati bandar Toledo dan Granada?" ATAU "Di negara yang manakah akan anda mendapati bandar Toledo dan Granada?" 2) "Apakah gunung yang akan anda lihat apabila melawati Cape Town, Afrika Selatan?" ATAU "Apakah gunung yang anda akan lihat apabila melawati Cape Town, Afrika Selatan?" | Ayat yang betul ialah 1) Di negara manakah terletaknya bandar Toledo dan Granada?" 2) Apakah gunung yang akan anda lihat apabila melawati Cape Town, Afrika Selatan?"
| Tatabahasa | 31.05.2019 |
Muhammad Fikrie Mar 25th, 6:41pm Assalam Muhammad Fikrie Mar 25th, 6:41pm Ada Buku ny tAk Muhammad Fikrie Mar 25th, 6:41pm | Tuan boleh mendapatkan buku terbitan DBP di pasaran dengan melawati laman http://niaga.dbp.my atau alamdbp.myshopify.com atau http://lazada.com.my atau fb DBPNiaga. Anda juga boleh menghubungi pegawai yang bertugas menerusi panggilan telefon 03-41012328 sekiranya ingin mengetahui tentang stok buku. Terima kasih. | Lain-lain | 25.03.2015 |
Siti Nabilah Zainol Mar 26th, 6:41pm Assalamualaikum, buku Susur Galur Bahasa Melayu - Asmah Hj Omar & Nahu Melayu Mutakhir - Asmah Hj Omar ada stok lagi ke? | Puan boleh mendapatkan buku terbitan DBP di pasaran dengan melawati laman http://niaga.dbp.my atau alamdbp.myshopify.com atau http://lazada.com.my atau fb DBPNiaga. Selain itu, puan juga boleh menghubungi pegawai yang bertugas menerusi panggilan telefon 03-41012328 sekiranya ingin mengetahui tentang stok buku atau sila hubungi Kedai Buku DBP di talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. Terima kasih. | Lain-lain | 26.03.2015 |
Fred Zain Apr 1st, 3:23pm Assalamualaykum, Saya memerlukan buku bertajuk Ulum al-Hadith yang ditulis oleh Mohd. Muhiden Abd. Rahman dengan kadar segera. Boleh tak saya beli secara pos? | Tuan/Puan boleh mendapatkan buku terbitan DBP di pasaran dengan melawati laman http://niaga.dbp.my atau alamdbp.myshopify.com atau http://lazada.com.my atau fb DBPNiaga. Selain itu, puan juga boleh menghubungi pegawai yang bertugas menerusi panggilan telefon 03-41012328 sekiranya ingin mengetahui tentang stok buku atau sila hubungi Kedai Buku DBP di talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. Terima kasih. | Lain-lain | 01.04.2015 |
adakah ayat-ayat di bawah ini betul?jika salah, tolong betulkan, terima kasih. 1)Para tetamu yang hadir dijemput masuk ke dalam dewan. 2)Sila nyanyikan sebuah lagu irama asli, sudah lama saya tidak mendengarnya. 3)Saya tidak dapat menamatkan semua soalan. 4)Datuk saya melawati adiknya. 5)Buah-buahan yang baru dipetiknya itu segar-segar. 6)Mereka terperangkap di dalam kesesakan jalan raya. | 1. Ayat (1), (2), (3) dan (4) betul. 2. Ayat (5): Penanda jamak boleh wujud sekali sahaja dalam satu ayat, maka ayat kelima dibetulkan menjadi "Buah-buahan yang baru dipetiknya itu segar belaka". 3. Ayat (6): Mereka terperangkap dalam kesesakan jalan raya. | Tatabahasa | 15.08.2013 |