azizah kini keseorangan melayani secebis karenah anak-anaknya. (tuan, adakah ayat ini gramatis?) | Ayat ini tidak gramatis. Sila rujuk kamus untuk mendapatkan makna setiap perkataan dan sesuaikan dengan konteks ayat atau maksud yang hendak disampaikan. Untuk menghasilkan ayat yang gramatis, rujuk buku Tatabahasa Dewan, Bab 16. | Tatabahasa | 15.08.2011 |
Definasi kaunter bersepadu | Satu tempat khusus untuk melayani pertanyaan tetamu, atau tempat urus niaga dijalankan, atau tempat makanan disajikan kpd. pelanggan, atau tempat barang-barang dipamerkan, yang pelaksanaannya dikawal secara terpusat dan dikendalikan dengan sistematik | Makna | 10.05.2005 |
We are upgrading to serve you better =kami menaik taraf untuk melayani anda dengan lebih baik | Sistem kami sedang dinaik taraf untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik. | Makna | 25.04.2018 |
Salam sejahtera, saya ingin bertanya adakah terdapat kesalahan tatabahasa pada ayat-ayat berikut dan jika ada apakah kesalahannya? Mohon beri pencerahan. Terima kasih. 1. Pandai-pandailah awak melayani perangai berpuluh-puluh kanak-kanak yang bermacam-macam ragam. 2. Hadiah itu tidak untuk Hidayah tetapi untuk adiknya. 3. Bunga-bunga yang mekar di tanam itu cantik-cantik belaka. | Ayat 1 dan 3: “Pandai-pandailah awak melayani perangai berpuluh-puluh kanak-kanak yang (bermacam/bermacam-macam) ragam.” dan “Bunga/Bunga-bunga yang mekar di tanam itu cantik-cantik belaka.” betul tetapi terdapat penggunaan kata ganda yang lewah kerana sudah ada kata ganda lain yang menunjukkan jamak. Ayat 2 “tidak” diganti dengan “bukan” - “Hadiah itu bukan untuk Hidayah tetapi untuk adiknya.”(Kata nafi “bukan’ berfungsi untuk menafikan frasa nama dan frasa sendi nama. Manakala kata nafi “tidak” untuk menafikan frasa kerja dan frasa adjektif.) | Tatabahasa | 12.08.2020 |
Saya mencari perkataan yang mempunyai 8 huruf. Pembayangnya ialah Sastera Arab. Penat cari masih belum terjawab. | Khidmat Nasihat Bahasa tidak melayani pertanyaan berbentuk teka silang kata, sila rujuk Kamus untuk mendapatkan jawapannya. | Lain-lain | 21.12.2011 |
SALASILAH SURAT RASMI DAN BILAKAH SURAT RASMI MULA DIGUNAKAN? | Pertanyaan saudara ini berbentuk tugasan pelajar. Saudara perlu membuat kajian dan penelitian yang lebih terperinci. Namun, kami tetap melayani soalan yang berbentuk tugasan dengan mencadangkan beberapa tajuk buku, jurnal atau makalah yang berkaitan dengan tugasan untuk memudahkan pelajar menyiapkan tugasan tersebut. Sila klik layari laman web kami dan klik domain Buku atau Artikel. Saudara juga boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, Menara DBP untuk membuat rujukan akademik atau mana-mana perpustakaan lain yang berhampiran.Maklumat tentang penulisan surat rasmi juga boleh dirujuk dalam buku Penggunaan Bahasa dalam Surat Rasmi, Bahasa dalam Komunikasi yang ditulis oleh Asmah Hj. Omar dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. | Tatabahasa | 05.03.2013 |
Salam sejahtera, Saya ingin mendapatkan cadangan daripada pihak DBP mengenai terjemahan yang sesuai bagi "Special Library". Maksud: "Special Library" adalah perpustakaan yang menyediakan sumber maklumat khusus mengenai subjek tertentu, melayani pelanggan khusus dan terhad, dan memberikan perkhidmatan khusus kepada pelanggan tersebut. "Special Library" juga wujud di institusi akademik, termasuk perpustakaan sekolah undang-undang, dan perpustakaan sekolah perubatan. "Special Library" merangkumi perpustakaan korporat, perpustakaan kerajaan, perpustakaan undang-undang, perpustakaan perubatan, perpustakaan muzium, perpustakaan berita, dan perpustakaan bukan untung. Mohon pencerahan pihak DBP. Terima kasih. | Istilah dalam bahasa Inggeris yang diberikan terlalu umum untuk diterjemahkan. Namun, kami mencadangkan "special library" diterjemahkan sebagai "perpustakaan khas", "perpustakaan khusus" atau "perpustakaan istimewa", bergantung pada konsep, bidang ilmu dan pengguna sasaran perpustakaan tersebut. | Istilah | 06.11.2020 |
definisi perkhidmatan dan definisi kaunter? | Terima kasih soalan yang dikemukakan. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat- perkhidmatan 1. perihal berkhidmat (bertugas) 2. kerja (usaha, kemudahan, dll.) manakala kaunter ialah meja panjang tempat melayani pertanyaan tetamu, tempat urusniasa dijalankan atau tempat barang yang dipamerkan. | Lain-lain | 25.08.2008 |
Definisi bahasa melayu saintifik dan bahasa melayu sebagai bahasa ilmu. Perbincangan bidang morfologi dan sintaksis dalam bahasa melayu | Soalan yang saudara kemukakan ini berbentuk tugasan dan soalan sebegini adalah di luar skop perkhidmatan kerana memerlukan kajian khusus dan pembacaan yang banyk. Namun, kami tetap melayani soalan yang berbentuk tugasan dengan mencadangkan beberapa tajuk buku, jurnal atau makalah yang berkaiatan dengan tugasan untuk memudahkan pelajar menyiapkan tugasan tersebut. Sila klik layari laman web kami dan klik domain Buku atau Artikel. Saudara juga boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, Menara DBP untuk membuat rujukan akademik atau mana-mana perpustakaan lain yang berhampiran. | Lain-lain | 23.01.2013 |
apakah yang dimaksudkan dengan psikologi? | Kamus Dewan Edisi Empat mendefinisikan psikologi sebagai; 1. kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dengan perlakuan manusia dan haiwan; 2. pola pemikiran dan perlakuan seseorang atau sesuatu kumpulan tertentu; 3. kebijaksanaan memahami sifat manusia; berpsikologi menggunakan psikologi: bagaimana dia harus ~ melayani anak-anak yg masih kecil?. Saudara boleh melayari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=psikologi&d=1 untuk lebih lanjut. | Makna | 10.02.2013 |