Saya telah melayari laman web DBP dan menemui Pangkalan Data Umum Bahasa Malaysia. Syarikat kami sekarang dalam usaha membangunkan perisian khas untuk golongan orang kurang upaya (OKU) dalam BM dengan kerjasama MDeC dan MIMOS. Perisian ini akan digunakan oleh OKU bagi tujuan komunikasi dan pendidikan. Antara applikasi khas dalam perisian tersebut adalah 'word prediction' dimana aplikasi ini akan mencadangkan kemungkinan perkataan yang boleh digunakan bagi mempercepatkan OKU menaip. Pihak kami memerlukan senarai perkataan dalam BM yang sesuai digunakan bagi peringkat rendah dan menengah. Selain dari itu, perisian ini juga dilengkapi dengan 'voice synthesizer' yang akan membantu OKU (yang tidak boleh bercakap) untuk bercakap dalam BM. Pihak kami sangat mengharap segala kemungkinan bantuan dari DBP bagi kesejahteraan OKU di Malaysia. Terima kasih. | Encik Mohd. Fikri, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Untuk menyelesaikan masalah yang tuan hadapi sila hubungi bahagian Perkamusan DBP dan juga bahagian Hak Cipta . InsyaAllah mereka akan dapat membantu anda. | Lain-lain | 31.01.2009 |
MANA YG LEBIH TEPAT MENCARI MAKLUMAT ATAU MEMPEROLEH MAKLUMAT -ALI MELAYARI INTERNET UNTUK MENCARI MAKLUMAT. -ALI MELAYARI INTERNET UNTUK MEMPEROLEH MAKLUMAT. | Mencari bermasksud berusaha untuk mendapat (memperoleh) sesuatu dan memperoleh bermaksud mendapat, menerima (mencapai, menemui, dsb) dengan ikhtiar atau usaha. Kedua-dua perkataan ini betul, namun berdasarkan konteks kami mencadangkan perkataan mencari digunakan. | Tatabahasa | 29.04.2014 |
Tuan/Puan, 1)Mana frasa yang betul - melungsuri internet / melayari internet? 2)Boleh saya gunakan papan gelongsor untuk perkataan 'skateboard'? 3) Apa perbezaan bila, bilakah dan apabila? Terima kasih, Tuan & Puan. | Salam sejahtera, Puan, Penggunaan perkataan yang betul: 1. Melayari internet 2. skateboard- papan selaju Bagi soalan ketiga, perbezaannya seperti keterangan berikut: Bila merupakan kata tanya yang digunakan untuk menanyakan waktu (masa, ketika). Bilakah merupakan kata tanya yang hadir di hadapan ayat. Apabila merupakan kata hubung pancangan keterangan yang merujuk "pada ketika". Contoh ayat: Apabila senja tiba, kelawar berterbangan keluar mencari makanan. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 17.10.2019 |
Cikgu, cuba teliti dua ayat yang saya berikan dan minta cikgu nyatakan ayat yang betul. 1. Pelajar zaman sekarang terlalu leka dan alpa dalam melayari internet. 2. Pelajar zaman sekarang terlalu leka dan alpa dalam pelayaran internet. Pada pendapat saya, kata sendi nama "dalam" mesti diikut oleh frasa nama abstrak, jadi frasa "dalam pelayaran internet" lebih tepat, kerana kata nama "pelayaran" kata nama abstrak. "Pelayaran" bermaksud hal atau perbuatan melayari, maka "pelayaran internet" bermaksud hal atau perbuatan melayari internet. Minta cikgu tambahkan keterangan sebab kepada jawapan cikgu. | Kami berpandangan ayat yang gramatis ialah "Pelajar zaman sekarang terlalu leka dan alpa melayari internet".
| Tatabahasa | 03.03.2015 |
Permohan untuk menghantar permohonan tidak dapat di buat | Bagi iklan yang baru iaitu selepas 1 Jun 2017, puan boleh melayari http://dbpsahbahasa.my. Sekiranya ingin melihat atau mengemas kini semula iklan yang lama iaitu iklan dihantar sebelum 1 Jun 2017, puan boleh melayari laman web seperti di atas juga tetapi klik ke ruangan Untuk Pengesahan Bahasa Versi Lama. Terima kasih. | Lain-lain | 05.06.2017 |
Manakah yang betul? 1. melayari ( internet / Internet ) 2. menyental kotoran ( di / pada ) meja | 1. Internet. 2. di atas meja. | Tatabahasa | 06.04.2014 |
Penggunaan kata yang tepat: a) sila melayari b) sila layari | Salam sejahtera, Tuan, Penggunaan kata yang tepat ialah b) sila layari. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 02.01.2018 |
kenal pasti bentuk kata | Saudara boleh melayari prpm.dbp.gov.my untuk mengenal pasti bentuk kata seperti yang dilampirkan. PRPM menyediakan bentuk kata di ruangan tesaurus bagi menerangkan golongan kata. Terdapat 4 bentuk kata iaitu kata tunggal, terbitan, majmuk dan ganda. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk keterangan lebih lanjut. | Tokoh | 18.02.2013 |
Bagaimana cara mengakses bahan OPAC | Saudara boleh melayari Laman web DBP di bawah kategori Katalog Awam Dalam Talian ( KAWAT ) ( OPAC - Online Public Access Catalog ) untuk tujuan tersebut. | Lain-lain | 21.04.2010 |
maklumat berkenaan ETHNOGRAPHY OF COMMUNICATION | Anda boleh melayari enjin pencarian Googles dan banyak maklumat mengenai bahan yang anda sedang cari. Dan anda juga boleh ke Perpustakaan Negara Malaysia kerana terdapat bahan "Ethnography of communication codes in East Java / Soeseno Kartomihardjo di bahagian rujukan. | Lain-lain | 05.08.2007 |