Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : nama suatu bangsa dan bahasa (ter­utama di Semenanjung Malaysia); masuk ~ a) mengikut cara hidup orang Melayu; b) masuk Islam; memelayukan menterjemahkan ke dlm bahasa Melayu, menjadikan bersifat atau menunjukkan ciri-ciri bahasa Melayu: ~ isti-lah ilmiah; kemelayuan ciri atau sifat yg memperlihat­kan keperibadian orang Melayu: suasana kampung yg masih terikat erat dgn tradisi dan adat-istiadat ~nya; golongan yg mahu unsur ~ diutamakan; pemelayuan perihal (perbuatan dsb) meme­layukan: ~ istilah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 nama asal bangsa yg mendiami seluruh daerah Nusantara di Asia Tenggara serta bahasanya. 2 nama suku bangsa, terutama sekali di Semenanjung Tanah Melayu: masuk ~ mengikut cara hidup orang Melayu. memelayukan menterjemahkan ke bahasa Melayu. kemelayuan sifat atau ciri yg menunjukkan keperibadian Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melayu

Puisi
 

Sayang encik Melayu,
     Pakai serban senget sebelah;
Kalau berbunyi burung jentayu,
     Ayam di reban serba salah.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Belum sekuku.

Bermaksud :

Amat sedikit.

 

Lihat selanjutnya...(1000)

48

Don't bite off more than you can chew

Jangan lakukan sesuatu pekerjaan atau tindakan yang tidak mampu ditangani atau yang melebihi kebolehan diri.

Baru bertatih hendak berlari, tersembam

Don't bite off more than you can chew. This mega project is far too complex to be handled by a single person. You'd better forget.

Baru bertatih hendak berlari, tersembam. Projek raksaksa itu terlalu rumit dan sukar untuk kau tangani seorang. Lebih baik kau lupakan sahaja.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(49)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera (Helo), baru-baru dikhabarkan perkhidmatan "Google Translate" ingin menambahkan seribu bahasa baharu. Menurut jurutera perisian kanan Google Translate, Isaac Caswell dalam pengumuman itu, ini adalah pengembangan alat terbesar yang pernah dibuat melalui model bahasa besar PaLM 2nya. “Google Translate memecahkan halangan bahasa untuk membantu orang ramai berhubung dan lebih memahami dunia di sekeliling mereka. Saya mahu ajukan satu cadangan kpd pihak DBP supaya memasukkan juga bahasa-bahasa loghat atau bahasa-bahasa suku-suku yg ada di Semenanjung Malaysia dan Sabah serta Sarawak, termasuk Melayu (Kelantan), Melayu (Terengganu), Melayu (Kedah), Melayu (Perak), Melayu (Pulau Pinang), Melayu (Patani/Thai Selatan), Melayu (Kuala Lumpur), Melayu (Negeri Sembilan), Melayu (Melaka), Melayu (Pahang), Melayu (Sabah), Melayu (Sarawak), Melayu (Perlis), Melayu (Johor), Melayu (Singapura), Melayu (Brunei), Melayu (Selangor), dll serta saya juga berharap supaya DBP juga memasukkan bahasa Melayu mengikut tulisan-tulisan warisan kebudayaan Melayu spt Melayu (Rencong), Melayu (Jawi), Melayu (Palawa), dan Melayu (Kawi). Semoga pihak DBP dpt mempertimbangkannya supaya dpt mengangkat kelestarian bahasa-bahasa milik kebudayaan Malaysia kita❤️Pihak DBP mengucapkan terima kasih atas cadangan dan sokongan tuan kepada kami. Untuk makluman tuan, dialek-dialek negeri di Malaysia ada dirakamkan dalam portal prpm.dbp.gov.my. Kami juga akan berusaha dari semasa ke semasa untuk mengemas kini dan menambah baik data-data dalam portal ini. Lain-lain30.06.2024
apakah perbezaan di antara bahasa melayu klasik dan bahasa melayu standard

Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2010) halaman 177 dan 178, bahasa Melayu klasik ialah bahasa Melayu yang digunakan pada sekitar abad ke-13 hingga abad ke-19, iaitu semasa zaman Kerajaan Melaka, Aceh dan Johor-Riau dalam sastera lisan dan tulisan, seperti yang terdapat dalam karya-karya Melayu lama, misalnya Tuhfat al-Nafis dan Sejarah Melayu. Bahasa Melayu klasik ini mengandungi banyak kosa kata klasik seperti pawana, arakian, sahaya, masyghul dan syahadan.

Bahasa Melayu standard ialah bahasa Melayu baku yang teratur dan mantap pelbagai aspeknya seperti ejaan, bentuk kata dan tatabahasa yang diterima oleh masyarakat sebagai norma penggunaan yang betul atau sahih, dan digunakan dalam perhubungan rasmi, tulisan ilmiah atau perbicaraan umum.

Makna03.09.2024
Indonesia termasuk dalam kepulauan melayu Yang menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa pertuturan namun sekarang Indonesia menekankan bahawa negara Indonesia menggunakan bahasa indonesia.adakah bahasa melayu dan bahasa Indonesia berasal dari salah silah yang sama dan sekiranya bahasa Indonesia dari Salah silah bahasa melayu, mengapa Indonesia tidak mengiktirah bahasa melayu di Indonesia

Bahasa Melayu dan  bahasa Melayu Indonesia  dikatakan berasal daripada rumpun bahasa yang sama, iaitu Austronesia. Rumpun bahasa Austronesia ini pula terbahagi kepada empat, iaitu Polinesia, Melanesia, Mikronesia dan Nusantara.

Walau bagaimanapun, persoalan berkaitan dengan Indonesia tidak mengiktiraf bahasa Melayu di Indonesia bukanlah persoalan tentang bahasa dan pihak kami tidak dapat memberikan maklum balas berkaitan dengan perkara tersebut.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 3 – 40 berkaitan dengan sejarah dan variasi bahasa.
Lain-lain24.08.2023
Apakah maksud bahasa melayu klasik?

Bahasa Melayu Klasik merujuk kepada bentuk bahasa Melayu yang digunakan pada zaman silam, terutamanya dari abad ke-13 hingga abad ke-19. Bahasa Melayu Klasik merupakan bahasa yang dipakai dalam penulisan dan percakapan di wilayah Nusantara, seperti Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera, dan kawasan sekitarnya, sebelum bahasa Melayu moden berkembang.

Berikut merupakan beberapa buku rujukan yang berkaitan dengan bahasa Melayu Klasik, sesuai untuk memahami sejarah, perkembangan, dan ciri-ciri bahasa tersebut:

  1. "Sejarah Bahasa Melayu" oleh Asmah Haji Omar
    • Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
    • Buku ini memberikan gambaran menyeluruh tentang perkembangan bahasa Melayu, termasuk tempoh Bahasa Melayu Klasik.
    •  
  2. "Bahasa Melayu Klasik" oleh Abdullah Hassan
    • Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
    • Buku ini secara khusus membincangkan tentang ciri-ciri bahasa Melayu Klasik dan evolusinya hingga ke bahasa Melayu moden.
    •  
  3. "Kesenian Bahasa Melayu Klasik" oleh Abdul Hadi W.M.
    • Penerbit: Penerbit Universiti Malaya
    • Fokus kepada penggunaan seni bahasa dalam kesusasteraan Melayu Klasik seperti hikayat dan pantun.
Penyelidikan09.09.2024
Apakah bahasa melayu klasik yang paling susah untuk diungkapkan?Bahasa Melayu klasik ialah bahasa Melayu yang digunakan pada sekitar abad ke-13 hingga abad ke-19, iaitu semasa zaman kerajaan Melaka, Aceh dan Johor-Riau. Bahasa Melayu klasik tidak sukar untuk diungkapkan.  Walau bagaimanapun, ciri-ciri bahasa Melayu klasik yang panjang, berulang-ulang dan banyak penggunaan ayat pasif serta songsang menjadikan bahasa Melayu klasik agak sukar untuk difahami.Lain-lain24.08.2023
Terima kasih atas jawapan kepada soalan saya: Bagaimanakah ejaan yang betul, Bahasa Melayu atau bahasa Melayu? Contoh ayat: Raju mahir bertutur dalam Bahasa/bahasa Melayu. Mengapakah perkataan bahasa dalam ayat itu tidak dieja dengan huruf besar (Bahasa Melayu) ?

Ejaan dan ayat yang betul ialah “Raju mahir bertutur dalam bahasa Melayu”. Frasa “Bahasa Melayu” yang dieja dengan huruf B dan M besar bagi merujuk mata pelajaran di sekolah.

Ejaan05.09.2023
Bagaimanakah ejaan yang betul, Bahasa Melayu atau bahasa Melayu? Contoh ayat: Raju mahir bertutur dalam Bahasa/bahasa Melayu.Jawapan yang betul ialah "Raju mahir bertutur dalam bahasa Melayu."Ejaan30.08.2023
Bahasa Melayu atau bahasa Melayu? adakah kedua-dua jenis ejaan ini boleh digunapakai?Kedua-dua ejaan tersebut boleh digunakan. Jika merujuk pada nama bahasa, contohnya bahasa Melayu, huruf kecil digunakan pada huruf pertama perkataan bahasa. Namun, huruf besar digunakan pada huruf pertama perkataan Bahasa, sekiranya merujuk pada mata pelajaran, contohnya Bahasa Melayu.Ejaan15.05.2025
Mengapa Bahasa melayu mendapat pinjaman kata dari Bahasa lain Dan adakah bahasa Melayu merupakan bahasa Yang mundurBahasa Melayu menerima pinjaman daripada pelbagai bahasa disebabkan penjajahan Inggeris dan Belanda.  Walau bagaimanapun, bahasa Melayu tidak boleh dianggap mundur kerana bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan menjadi bahasa rasmi negara, bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan awam dan bahasa pengantar serta bahasa ilmiah di sekolah dan istitusi-institusi pengajian tinggi.Lain-lain24.08.2023
Ejaan mana satu adalah betul? Bahasa Melayu? Atau bahasa Melayu?Yang betul ialah, bahasa Melayu.Lain-lain16.10.2023
12345678910...

Kembali ke atas