Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.le.bi.hi] | ملبيهي

Definisi : 1. lebih drpd, melewati, me­lampaui, mengatasi: darjah hidup kaum pekerja sekarang betul-betul sudah ~ darjah hidup mereka sebelum perang; 2. membuat supaya jadi lebih: mereka mesti berusaha dan memeras tenaga untuk ~ jangka yg ditentukan itu; ~ ancak-ancak, mengurangi sia-sia prb sesuatu pekerjaan atau perbuatan janganlah lebih atau kurang drpd yg sepatut­nya tetapi hendaklah pertengahan jua; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.le.bi.hi] | ملبيهي

Definisi : menjadi lebih drpd; mengatasi; melampaui: Markahnya tidak dpt ~ markah kakaknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lebih
1. Bersinonim dengan baki
( sisa)
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan semakin
( bertambah, kian, lagi, )
(kata tugas:)
Berantonim dengan kurang

Kata Terbitan : lebih-lebih lagi, berlebih, berlebihan, berlebih-lebihan, melebih, melebih-lebih, melebihi, melebihkan, kelebihan,

Peribahasa

Tajam lidah manusia melebihi tuntung keris.

Bermaksud :

Mulut manusia dapat membinasakan diri sendiri atau orang lain lebih lekas daripada senjata.

 

Lihat selanjutnya...(11)

49

Don't bite off more than you can chew

Jangan lakukan sesuatu pekerjaan atau tindakan yang tidak mampu ditangani atau yang melebihi kebolehan diri.

Panjang langkah koyak pesak seluar, tinggi loncat tembuk ubun-ubun

Don't bite off more than you can chew. This mega project is far too complex to be handled by a single person. You'd better forget.

Panjang langkah koyak pesak seluar, tinggi loncat tembuk ubun-ubun. Projek raksaksa itu terlalu rumit dan sukar untuk kau tangani seorang. Lebih baik kau lupakan sahaja.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(6)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
KESALAHAN GAGAL BAYAR CAJ PENYENGGARAAN (Seksyen 25 & 52, Akta 757) PENDAKWAAN KE MAHKAMAH DENDA TIDAK MELEBIHI DARI RM5,000.00 ATAU DIPENJARA TIDAK MELEBIHI 3 TAHUNATAU KEDUA-DUANYA & RM50 BAGI TIAP-TIAP HARI KESALAHAN ITU BERTERUSAN SELEPAS SABITAN KESALAHAN GAGAL BAYAR CAJ PENYENGGARAAN (Seksyen 25 & 52, Akta 757) PENDAKWAAN KE MAHKAMAH DENDA TIDAK MELEBIHI DARI RM5,000.00 ATAU DIPENJARA TIDAK MELEBIHI 3 TAHUNATAU KEDUA-DUANYA & RM50 BAGI TIAP-TIAP HARI KESALAHAN ITU BERTERUSAN SELEPAS SABITANMohon kemukakan soalan puan.Lain-lain17.11.2015
Garisan rekahan berukuran melebihi 2.0 mm lebar x 1000 mm panjang telah ditampal dengan bahan pengapan atau menggantikan bahan yang merekah. Rekahan buaya yang berukuran melebihi 5m2 perlu dibaiki dengan kaedah lain. Line cracks more than 2 mm wide x 1 m long to be sealed or cracked material replaced. Crocodile cracks exceeding 5 sq.m in area to be repaired by other methods. Mohon semakan

Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.

Penyemakan dan penterjemahan02.07.2020
Assalamualaikum. Saya ingin meminta pengesahan berkenaan ayat berikut. "Melebihi 20 Kelas Muzik boleh dimuat turun percuma yang menunjukkan kepada anda cara untuk bermain lagu hit pada piano dan gitar, diajar oleh artis yang menjadikan lagu itu terkenal" Bolehkah ayat ini dimulakan dengan perkataan "Melebihi"? Terima kasih atas pencerahan.Tidak boleh. Sebagai contoh ayat:  Pengguna boleh memuat  turun  melebihi  20 kelas muzik yang  menunjukkan cara untuk bermain lagu hit menggunakan piano dan gitar yang diajar oleh artis sehingga menjadikan lagu itu terkenal.Makna21.03.2018
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Mohon pencerahan tuan untuk menyemak ayat berikut yang mana lebih sesuai digunakan:- a)semakan mendapati, pegawai telah telah mengambil cuti rehat melebihi kelayakan atau b)semakan didapati, pegawai telah telah mengambil cuti rehat melebihi kelayakanAyat yang lebih sesuai dicadangkan, "Hasil daripada semakan, didapati pegawai telah mengambil cuti rehat melebihi kelayakan.Tatabahasa26.04.2018
Saya ingin tanya tentang format terbaru untuk karangan PMR dalam bahagian B (karangan yang tidak melebihi 120 patah perkataan). Menurut guru dari sesetengah sekolah, format karangan bahagian B telah berubah, iaitu harus ditulis dalam 4 perenggan sahaja. Adakah pernyataan ini benar? Bolehkah karangan bahagian ini melebihi 120 patah perkataan? Jika pihak tuan tidak terjawab kemusykilan ini, harap mendapat panduan daripada tuan tentang sumber rujukan.Soalan ini lebih kepada format yang telah ditetapkan oleh Kementerian. Oleh itu, saudara perlu merujuk terus  Bahagian Peperiksaan, Kementerian Pelajaran bagi mendapatkan penjelasannya.Lain-lain20.07.2011
"Mesyuarat agung hendaklah diadakan sekali dalam setiap tahun dengan syarat bahawa ianya tidak melebihi 15 bulan boleh terlupus antara tarikh satu mesyuarat agung tahunan dengan mesyuarat agung tahunan yang berikutnya. " Apakah maksud ayat di atas ? Adakah ianya membawa maksud : 1) BOLEH terlupus antara tarikh satu mesyuarat agung tahunan dengan mesyuarat agung tahunan yang berikutnya. 2) TIDAK BOLEH terlupus antara tarikh satu mesyuarat agung tahunan dengan mesyuarat agung tahunan yang berikutnya. JAWAPAN :
Maksud ayat tersebut ialah mesyuarat agung tahunan hendaklah diadakan setiap tahun dengan tidak melebihi 15 bulan daripada tarikh mesyuarat terakhir diadakan. 

Oleh yang demikian, ayat “Boleh terlupus antara tarikh satu mesyuarat agung tahunan dengan mesyuarat agung tahunan yang berikutnya, selagi mesyuarat agung tersebut tidak melebihi 15 bulan.” mencapai makna, seperti yang dinyatakan di atas.
 
Penerangan ini berdasarkan takrifan dan pemahaman umum dan tiada kaitan dengan mana-mana bidang ilmu.
Tatabahasa28.05.2025
apakah huraian bagi agropolitan,metropolitan dan megapolitan

Encik Josse,

Perkataan agropolitan bermaksud elemen perbandaran ke atas petempatan desa untuk menjadi bandar pertanian. Metropolitan  bermaksud berkaitan dengan  atau mempunyai ciri-ciri metropolis. Megapolitan pula bermaksud rangkaian kumpulan bandar raya yang mempunyai jumlah penduduk melebihi atau akan melebihi 10 juta menjelang tahun 2040. 

Makna23.02.2010
Tuan, 1. Penggunaan frasa manakah adalah betul? Budak yang malas belajar itu akan berhadapan dengan kesukaran pada _________________. a) masa hadapan b) masa depan c) masa kelak (boleh melebihi 1 jawapan) 2. Dia belajar dengan bersungguh-sungguh untuk menjamin __________________nya. a) masa hadapan b) masa depan c) masa kelak (boleh melebihi 1 jawapan) Terima kasih.Frasa masa depan dan masa hadapan membawa maksud yang sama. Walau bagaimanapun frasa masa hadapan lebih sesuai digunakan dalam konteks rasmi.Tatabahasa29.01.2018
"Mesyuarat agung hendaklah diadakan sekali dalam setiap tahun dengan syarat bahawa ianya tidak melebihi 15 bulan boleh terlupus antara tarikh satu mesyuarat agung tahunan dengan mesyuarat agung tahunan yang berikutnya. " Soalan : dalam ayat di atas adalah ianya membawa maksud 1) boleh terlupus antara tarikh satu mesyuarat agung tahunan dengan mesyuarat agung tahunan yang berikutnya 2) tidak boleh terlupus antara tarikh satu mesyuarat agung tahunan dengan mesyuarat agung tahunan yang berikutnya Harap dapat penjelasan. Terima kasih

Dalam ayat di atas, “ianya” merujuk pada mesyuarat agung tahunan. Ayat tersebut diberikan penambahbaikan, seperti yang berikut, supaya lebih jelas:

"Mesyuarat agung hendaklah diadakan sekali dalam setiap tahun dengan syarat tidak melebihi 15 bulan antara tarikh satu mesyuarat dengan tarikh mesyuarat yang berikutnya."

 

Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan ayat, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 432 hingga 575.

Lain-lain23.05.2025
IKLAN PAPAN TANDA SAYA MELEBIHI 2MB, IAITU 4.3 MB. JADI APAKAH SAYA PERLU LAKUKAN UNTUK DAPATKAN PENGESAHAN BAHASA DR DBP?Saiz iklan tuan hendaklah dikecilkan mengikut saiz yang telah ditetapkan. Sila kemukakan visual dalam bentuk jpeg atau gif.Lain-lain23.02.2015
12345678910

Kembali ke atas