Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.le.kat.kan] | ملکتکن

Definisi : 1. menjadikan melekat, menam­palkan: ~ label pd botol ubat; 2. mengenakan (pakaian), memakai: dgn dada berdebar-debar, dia ~ pakaiannya; 3. sl memberi gelaran (pangkat, bintang, dsb): pd hari ini, aku ~ gelar kpd Nakhoda Muda ini Kiai Demang Purwasedana; 4. menanam (modal, wang) dlm perusahaan atau dgn membeli barang-­barang berharga: wangnya dilekatkan pd barang-barang emas; 5. menghalakan pan­dangan (perhatian dll), menetapkan pandangan dll; 6. mengenakan sesuatu (ubat, guna-guna, dll) pd, membubuh; 7. memukulkan (tangan, kayu, dll): kerana marahnya, ia pun ~ tangannya pd budak itu; 8. menaruh (hati), memautkan (hati): ~ hatinya kpd gadis itu; 9. menyalakan, menghidupkan (api): ~ api kpd rumput-rumput kering di belakang rumahnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.le.kat.kan] | ملکتکن

Definisi : 1 menjadikan sesuatu melekat pd; menempelkan: Ia sedang ~ gambar-gambar itu pd dinding. 2 mengenakan pakaian; memakai: Bapanya ~ baju tebal lalu pergi. 3 mengenakan pukulan; memukulkan (tangan, kaki dsb): Kerana terlalu marah, ia ~ tangannya pd anaknya. 4 menanam modal dlm perusahaan atau membeli barang-barang berharga: Wangnya dilekatkannya pd tanah getah. 5 menumpukan atau menghalakan perhatian atau pandangan: Dia ~ pandangannya pd gadis yg berbaju biru. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melekatkan

Peribahasa

Meletakkan (= melekatkan) api di bubungan (di bumbung).

Bermaksud :

Sengaja mencari bahaya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. "Gunakan gam untuk lekatkan/melekatkan kertas ini pada dinding." Dalam ayat ini, perkataan "letatkan" atau "melekatkan" lebih sesuai dari segi tatabahasa. Sila berikan tunjuk ajar dalam konteks ini. Sekian, terima kasih.Salam sejahtera. Jawapan yang sesuai ialah "melekatkan"Tatabahasa20.10.2014
Tuan, Salam sejahtera. 1. "Gunakan gam untuk melekatkan kertas ini pada dinding." Dalam ayat ini, mengapakah imbuhan "me" digunakan dalam perkataan "melekatkan" tetapi perkataan "gunakan" tidak memerlukan imbuhan "meng"? Apakah perbezaannya? Terima kasih. 2. Apakah maksud yang didukung oleh perkataan "terguris'? Adakah perkataan ini wujud dalam bahasa Malaysia kerana sering kali rangkai kata "hati terguris" digunakan dalam penulisan sedangkan perkataan tersebut tidak tercari maknanya dalam kamus? Sila berikan tunjuk ajar. Terima kasih.1. Biasanya kata kerja yang menerima akhiran -kan (seperti gunakan dalam ayat contoh yang diberi) menerima juga awalan meN- atau di- dan hadir dalam ayat aktif transitif atau pasif. Untuk maklumat, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 185.
2. Ejaan yang betul bagi perkataan terguris ialah "ergores". Oleh itu ungkapan yang betul ialah tergores hati.
Tatabahasa21.10.2014
Adakah "memberi jaminan" betul dari segi tatabahasa? Dalam teks undang-undang, mengapakah "memberi jaminan" digunakan dan bukannya "memberikan jaminan"? Ataupun kedua-duanya boleh diterima?Mohon berikan contoh ayat dalam bahasa Inggeris agar pihak kami dapat memberikan terjemahan yang tepat dan betul dalam bahasa Melayu. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, maksud memberi ialah menyebabkan seseorang menerima sesuatu, tidak menghalang, membenarkan, menyebabkan mendapat atau terkena sesuatu, memasangkan, atau melekatkan dsb sesuatu. Manakala menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, memberikan pula bermaksud menyerahkan sesuatu kepada ada orang yang sudi, melakukan sesuatu untuk (faedah) orang lain, menyatakan sesuatu kepada orang lain seperti yang diperlukan atau dikehendaki, mendatangkan atau menghasilkan.Tatabahasa07.03.2023

Kembali ke atas