Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lém.par] | مليمڤر

Definisi : 1. membaling (sesuatu kpd), melontar sesuatu jauh-jauh: tentu ada orang yg ~ batu ke dlm sungai itu; 2. membaling dgn sesuatu (batu, kayu, dll): mereka ~ pandangan sesiapa saja yg lalu di situ; mem­buang (pandangan), menghalakan pandangan: Ali ~ pandangannya ke lain, mendung ke­lihatan air mukanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lém.par] | مليمڤر

Definisi : 1 membaling atau melontar jauh-jauh: Dlm pertandingan lempar cakera, dia berjaya ~ sejauh 30 meter. 2 membalingkan sesuatu pd; membaling; melontar: Mereka ~ buah mangga dgn kayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lempar
Kata Terbitan : melempar, melemparkan, lemparan, pelempar,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kata kerja untuk bermain batu seremban apa? Perbuatan batu seremban ke udara? Melambung atau melempar?Kata kerja yang betul untuk permainan ini ialah "melambung".Tatabahasa04.05.2025
frasa kerja yang manakah betul? membaling guli / melontar guli /melemparkan guliFrasa yang betul ialah membaling/melempar guli.Tatabahasa24.07.2015
Tuan/Puan, Tolong jelaskan perbezaan perkataan-perkataan berikut: melontar, melontarkan & melontari Harap boleh memberi contoh ayat untuk membezakan maksudnya. Terima kasihMengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, melontar melempar, membaling: ia ~ lembu itu; ~ jamrah melontar batu di Mina (satu kewajiban dlm mengerjakan haji); melontari melontar berkali-kali atau dengan banyaknya; melontarkan menggunakan sesuatu untuk melontar, melemparkan: ia ~ puntung rokoknya ke tanah.Makna06.03.2011
adakah dua ayat ini betul,jika tdk berikan yg betul. i) talib melempari anjing itu dengan sebatang kayu. ii) tidak terkejar olehnya layang-layang yang terputus tali itu. mohon beri jawapan ,,,,tuan. t.kasih. ..... Lee KoiJawapannya ialah; i) Talib melempar anjing itu dengan sebatang kayu.  ii) Tidak terkejar olehnya layang-layang yang terputus tali itu.Tatabahasa03.08.2009
Assalamualaikum salam bahagia, Saya nama Masree ingin bertanyaan tenta tatabahasa apakah hubungan kata apa perbezaan dengan kata berganda. TERIMAKASIMenurut data kami, maksud kata ialah bunyi atau gabungan bunyi yang mempunyai erti tertentu yang diucapkan atau yang dilambangkan dengan tulisan (merupakan unit daripada sesuatu bahasa); Membaling ialah sinonim untuk~melempar. Kata ganda ialah kata yang diucapkan berulang seluruhnya atau sebahagiannya (seperti langit-langit, berulang-ulang, rerambut).Tatabahasa11.11.2015
Salam sejahtera. Apakah perbezaan perkataan-perkataan berikut: 1) Diagram vs Figure - bolehkah diagram diterjemah kepada 'gambar rajah' manakala figure kepada 'gambar' atau kedua-duanya sama? 2) Boulder vs Rock vs Stone - bagaimana hendak bezakan terjemahannya dalam BM kerana semuanya bermaksud batu. 3) Bats vs Clubs - bukankah kedua-duanya bermaksud kayu pemukul? Adakah terjemahan lain yang boleh membezakan antara dua perkataan ini?Dalam data rujukan kami, perkataan diagram boleh digunakan atau gambar rajah manakala figure diterjemah kepada rajah. Perkataan boulder pula diterjemah sebagai batu tongkol, rock diterjemah sebagai batu manakala stone melempar dengan batu. Perkataan bats diterjemah sebagai kayu pemukul manakala club sebagai kayu golf. Puan bolehlah melayari www.prpm.dbp.gov.my bagi carian padanan bahasa Melayu.Penyemakan dan penterjemahan07.09.2016

Kembali ke atas