Apakah perbezaan ayat 1 denagn ayat 2 dari segi maksud (jika ada). Ayat manakah lebih tepat digunakan? Ayat 1 - Pihak tuan hendaklah mengirimkan senarai pusat peperiksaan kepada pihak kami dengan melengkapkan borang ABC. Ayat 2 - Pihak tuan hendaklah mengirim senarai pusat peperiksaan kepada pihak kami dengan melengkapkan borang ABC. | 1. Pihak tuan hendaklah mengirimkan senarai pusat peperiksaan kepada pihak kami dengan melengkapkan borang ABC. - Ayat ini yang paling tepat kerana mengirim bermaksud menyampaikan atau menghantar (surat dll) menerusi pos dan sebagainya; manakala mengirimkan bermaksud menyuruh pergi ke sesuatu tempat, menghantar, atau mengutus. Dalam ayat tersebut mengirimkan di sini bermaksud menghantar. | Tatabahasa | 12.01.2010 |
adakah wujud perkataan 'perlengkap'? apakah maksudnya? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, istilah yang betul ialah pelengkap yang bermaksud 1. sesuatu yg digunakan utk melengkapi (melengkapkan); 2. (Lin) kata yg menerangkan kata kerja dll; 3. yg melengkapkan: badan manusia mempunyai anggota utama dan anggota ~. | Istilah | 06.04.2010 |
Adakah ayat berikut gramatis? Jangan terburu-buru melengkapkan kerja sekolah kamu. | Ayat yang betul ialah Jangan tergesa-gesa menyiapkan kerja sekolah kamu. | Ejaan | 08.05.2021 |
Salam Sejahtera, Apakah perkataan yang sepatutnya digunakan bagi melengkapkan ayat berikut:- "Penggunaan bahan mentah ini adalah bagi _________ telefon bimbit." a) Menghasilkan b) Mengeluarkan c) Mengilang d) Membuat Sila ambil maklum bahawa aktiviti pengeluaran syarikat ini adalah melibatkan proses pengilangan. Terima Kasih | Merujuk Kamus Dewan, keempat-empat pilihan jawapan yang diberikan boleh menjadi jawapan kepada soalan tersebut kerana menghasilkan sama maksudnya dengan mengeluarkan dan mengilang sama maksudnya dengan membuat serta mengeluarkan. | Tatabahasa | 08.12.2011 |
Salam, Mohon Bantuan tuan bagi permohonan nama saya ini. saya telah melengkapkan semua maklumat namum pemohonan saya tidak di terima / berjaya. | Wassalam, Mohon pihak tuan menghantar semula permohonan tersebut. Sekiranya hadapai masalah, sila hubungi pegawai teknikal kami Encik Shaiful melalui talian 03-21479691/9400. Terima kasih. | Lain-lain | 24.07.2017 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin meminta tolong pihak DBP untuk melengkapkan perkara di bawah: Eka - Satu Dwi - Dua Tri - Tiga ?? - Empat Panca - Lima ?? - Enam ?? - Tujuh Asta - Lapan ?? - Sembilan Dasa - Sepuluh Terima kasih. | 1. Eka = Satu, Dwi = Dua, Tri = Tiga, Empat = Catur, Lima = Panca, Enam = Sat, Tujuh = Sapta, Lapan = Asta, Sembilan = Nawa, Sepuluh = Dasa | Tatabahasa | 13.07.2016 |
Pilihan perkataan yang mana lebih tepat untuk ayat-ayat berikut? 1. Daftar sekarang untuk nikmati / menikmati kadar rendah 2. Ikuti arahan di skrin untuk lengkapkan / melengkapkan permohonan 3. Klik sini untuk ketahui / mengetahui cara yang lebih tepat. | Ayat yang betul dan sesuai digunakan adalah seperti yang berikut: 1. Daftar sekarang untuk menikmati kadar yang rendah. 2. Ikuti arahan di skrin untuk melengkapkan permohonan. 3. Klik di sini untuk mengetahui cara yang lebih tepat. | Tatabahasa | 06.09.2024 |
Saya ingin mengetahui maksud sebenar' person hood' dalam mengaitkannya dengan konsep privasi. Jawapan ini diperlukan bagi melengkapkan penyelidikan saya berkaitan privasi dalam perundangan negara Malaysia. | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "person hood" dalam pangkalan data kami. Sila berikan konsep istilah tersebut agar kami dapat memberikan cadangan padanan bahasa Melayu yang sesuai. | Istilah | 19.04.2013 |
Sila nyatakan perbezaan makna dan penggunaannya serta contoh ayat bagi perkataan menyediakan dan mempersiapkan. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, menyediakan bermaksud 1. menyiapkan (makanan dll); 2. melengkapkan (kapal, kenaikan, dll): diperintahkanlah sekalian menteri dan rakyat menyediakan pancapersada; 3. mencukupkan (wang dll): menyediakan wang untuk membeli kereta; 4. mengadakan (sesuatu untuk), mengatur menyusun: wakil itu menyediakan kenderaan untuk membawa mereka ke asrama yang dikhaskan; menyiapkan, mempersiapkan bermaksud 1. menyediakan, mengadakan:isterinya mempersiapkan makan pagi; 2. menyudahkan (menyelesaikan) sesuatu pekerjaan: berilah aku masa yang cukup untuk mempersiapkan pekerjaan ini; 3. melengkapkan (mengemaskan) sesuatu untuk: mempersiapkan sebuah perahu untuk belayar; 4. mengusahakan, membentuk, membuat: mereka sedang mempersiapkan sebuah undang-undang yang akan mencegah perbuatan rasuah | Makna | 29.01.2011 |
Apakah itu kerja kerja transitif? | Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Contohnya, Dia memasukkan surat ke dalam sampul dan Ali menaiki bas. | Tatabahasa | 28.10.2018 |