Why are srimps humped? terjemahan yang manakah adalah tepat bagi ayat di atas " Mengapakah udang membengkok?" " Mengapakah udang melengkung? | Jawapan yang tepat ialah "Mengapakah badan udang melengkung?" | Lain-lain | 05.01.2018 |
Salam Tuan/Puan, Saya ingin bertanya mengenai penjodoh bilangan bagi gelang. Saya telah merujuk kepada wikipedia, penjodoh bilangan "bentuk" digunakan untuk benda yang melengkung manakala "utas" digunakan untuk benda yang mengurai. Di dalam konteks bentuk, adakah tepat sekiranya penjodoh bilangan bagi gelang (bangle) adalah bentuk dan penjodoh bilangan bagi gelang (bracelet) adalah utas. Mohon pencerahan daripada pihak tuan/puan. Terima kasih. | Bahasa Melayu tidak membezakan antara gelang yang bahasa Inggerisnya bangle dengan gelang (bracelet). Penjodoh bilangan untuk gelang ialah utas, contohnya seutas gelang. | Tatabahasa | 05.09.2018 |
maksud lentok, lentik, pacak, dan cacak | Lentok: terkulai (ke bawah atau ke sisi), terkelepai (ke bawah), miring (kerana lemah dsb) Lentik: melengkung ke atas atau ke belakang (bulu mata dll): wajahnya yg bujur sirih itu dihiasi alis yg melentik wilis; 2. lekuk ke atas pd hujungnya (haluan perahu dll); Pacak: sesuatu yg panjang dan runcing, cucuk (ikan yg hendak dipanggang, sate, dll); 2. kayu (tongkat dll) yg tirus hujungnya, pancang; pak ~ orang yg tidak penting peranannya (watak tambahan dlm lakonan pentas dll); Cacak: tegak (galah, tiang, dll); ~ lari lari tergesa-gesa atau cepat-cepat; Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk maklumat lanjut. | Makna | 17.04.2009 |
Apakah terjemahan bahasa melayu yang betul bagi perkataan 'curved chord Pratt truss', 'Quadrangular warren truss' dan 'subdivided warren truss'? | Terjemahan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. curved chord Pratt truss - kekuda Pratt kord melengkung 2. quadrangular warren truss - kekuda Warren bersegi empat 3. subdivided Warren truss - kekuda Warren terangkai | Istilah | 09.07.2014 |
Salam sejahtera. Apakah bezanya bongkok sabut dgn bongkok udang? Jwp yg mana betul? 1. Orang tua itu terpaksa berjalan menggunakan tongkat sebab dia _______. A. Bongkok udang. B. Bongkok sabut. Grafik menunjukkan org tua yg bongkok sedikit dgn memegang tongkat. Apakah jwp yg tepat? Terima kasih. | Bongkok udang ialah bongkok di bahagian tengah belakang; melengkung badannya spt udang. Manakala, bongkok sabut ialah (orang yg) bongkok spt sabut kelapa (kerana tua dll). Penjelasan tentang grafik kurang jelas, mohon tuan lampirkan gambar untuk kami lihat dengan lebih menyeluruh. | Makna | 20.08.2014 |
Boleh saya dapatkan terjemahan untuk istilah berikut: i. xylol ii. N-[2-hydroxyetil]piperazine-N’-[etanasulfonik asid] aluminium potassium sulphate dodecahydrate iii. sperm mid-piece iv. straight-line velocity (VSL) v. average-path velocity (VAP) vi. amplitude of lateral displacement of the centroid (ALH) vii. curvilinear velocity (VCL) viii. beat cross frequency (BCF) Terima kasih. | Cadangan padanan bahasa Melayu untuk istilah yang diberikan adalah seperti yang berikut: i. xylol - xilol ii. N-[2-hydroxyetil]piperazine-N’-[etanasulfonik asid] aluminium potassium sulphate dodecahydrate - N-[2-hidroksietil]piperazina-N'-[asid etanasulfonik] aluminium kalium sulfat dodekahidrat iii. sperm mid-piece - bahagian tengah sperma iv. straight-line velocity (VSL) - halaju garis lurus v. average-path velocity (VAP) - halaju laluan purata vi. amplitude of lateral displacement of the centroid (ALH) - amplitud alihan sisi sentroid vii. curvilinear velocity (VCL) - halaju garis melengkung viii. beat cross frequency (BCF) - frekuensi silang rentak | Istilah | 15.04.2012 |