"melentur buluh biarlah dari rebungnya" atau "melentur buluh biarlah daripada rebungnya" yang mana satu betul? kena menggunakan dari atau daripada? | Peribahasa yang terakam dalam buku Kamus Istimewa Peribahasa Melayu ialah “Melentur biarlah waktu rebung”. Walau bagaimanapun, jika dari segi tatabahasa, penggunaan yang betul ialah “Melentur buluh biarlah daripada rebungnya”. | Tatabahasa | 20.12.2021 |
melentur buluh biarlah dari rebungnya atau melentur buluh biar daripada rebungnya. Penggunaan dari atau daripada. Terima kasih | Berdasarkan Kamus Istimewa Peribahasa Melayu terbitan DBP, peribahasa yang diberikan ialah melentur biarlah waktu rebung. | Tatabahasa | 21.07.2011 |
Salam Sejahtera. 1. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. 2. Melentur buluh biarlah daripada rebungnya. 3. Melentur biarlah waktu rebung. No 1 banyak digunakan oleh masyarakat. Tapi kamus menyatakan yang tepatnya no 3. Mohon penjelasan. | Dalam buku Kamus Istimewa Peribahasa Bahasa Melayu tercatat peribahasa "Melentur biarlah waktu rebung". Jika peribahasa "Melentur buluh biarlah dari/daripada rebungnya" tercatat dalam mana-mana sumber yang sah seperti buku yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia juga boleh diterima pakai khususnya untuk tujuan peperiksaan. | Tatabahasa | 08.01.2017 |
melentur buluh biarlah dari rebungnya atau melentur buluh biarlah daripada rebungnya | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu: Melentur biarlah waktu rebung. | Lain-lain | 26.03.2009 |
salam, 1.melentur buluh biarlah dari rebungnya atau melentur buluh biarlah daripada rebungnya...mana satukah yang betul dari atau daripada.?.. jika tatabahasa yang betul penggunaan daripada yang tepat.. namun adakah peribahasa boleh diubah ikut tatabahasa yang betul? 2. Indah khabar dari rupa atau indah khabar daripada rupa? | Peribahasa yang terakam dalam buku Kamus Istimewa Peribahasa Melayu ialah "Melentur biarlah waktu rebung" dan "Indah khabar daripada rupa". Lazimnya bentuk peribahasa ini dikekalkan walaupun diulang cetak berkali-kali. | Lain-lain | 23.06.2012 |
Anak-anak mestilah diasah sejak bangku sekolah agar pandai meniru tatasusila yang kamil daripada ibu bapa kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa seharusnya menampilkan diri yang kamil kepada anak-anak mereka.Contohnya,ibu bapa boleh menunjukkan perasaan cinta akan patriotisme terhadap anak maka anak gemar akan meniru segala perlakuan daripada ibu bapa.Pada Hari Kebangsaan Malaysia di seluruh negeri pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan dari Singapura sejak 1782 tahun. Salam,Tuan.Saya nak tahu akan semua ayat ada kesalahan tatabahasa atau kesalahan istilah tak?Jika ada,bolehkah membetulkan kesalahan yang saya buat.Terima kasih | Anak mestilah diasah sejak bangku sekolah agar pandai meniru tatasusila yang baik daripada ibu bapa kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa seharusnya menampilkan diri yang baik kepada anak mereka. Contohnya, jika ibu bapa menunjukkan perasaan patriotik terhadap anak, maka anak akan turut meniru segala perlakuan ibu bapa mereka. Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia di seluruh negeri yang disambut pada 31 Ogos setiap tahun menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan. Sila pastikan fakta yang betul dan tepat. | Lain-lain | 27.01.2021 |
Melentur buluh biarlah "dari" rebungnya atau "daripada" rebungnya. ...sebab ada yg kata tidak boleh diubah dan mesti ikut yang asal..sedangkan kalau ikut tatabahasa. ..daripada....mohon penjelasan...tq | Peribahasa yang terakam dalam buku Kamus Istimewa Peribahasa Melayu ialah "Melentur biarlah waktu rebung". | Lain-lain | 21.05.2013 |
'melentur buluh biarlah dari rebung' 1. adakah peribahasa di atas diterima DBP & Lembaga Peperiksaan? (tak dapat dikesan dalam Kamus Dewan Edisi Ke-4: yang ada hanyalah 'melentur biarlah waktu rebung') 2. Jika diterima, adakah penggunaan 'dari' dalam peribahasa itu betul? | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu merakamkan peribahasa "Melentur biarlah waktu rebung". Untuk tujuan peperiksaan kami sarankan saudara merujuk kepada Lembaga Peperiksaan Malaysia. | Tatabahasa | 19.10.2011 |
Salam. Adakah ayat di bawah ini tergantung? Bak kata peribahasa, "Hendak melentur buluh, biarlah daripada rebungnya". | Betul ayat tersebut menjadi tidak lengkap kerana tidak ada subjek yang menjadi inti ayat. Ayat yang lengkap seperti "Ahmad mendidik anak-anaknya dengan ilmu agama sejak kecil agar mereka menjadi orang yang berguna suatu hari nanti umpama peribahasa melentur biarlah waktu rebung".
| Tatabahasa | 05.06.2013 |
peribahasa ibarat burung, mata lepas badan terkurung. Tidakkah sebetunya begini; ibarat burung dalam sangkar, mata lepas badan terkurung. dan kalau mahu melentur buluh, barlah dari rebungnya. terima kasih | Dalam Kamus Istimewa Peribahasa Melayu terbitan DBP, ibarat burung: mata lepas badan terkurung bermaksud tidak ada kemerdekaan. Peribahasa umpama burung di dalam sangkar, mata lepas badan terkurung pula bermaksud anak gadis dalam pingitan. Peribahasa melentur biarlah waktu rebung bermaksud mengajar anak-anak biarlah selagi kecil, apabila telah besar, keraslah hatinya dan tidak dapat diajar lagi. | Lain-lain | 08.04.2012 |