Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.le.pas] | ملڤس

Definisi : 1. bp hampa (kerana tidak tercapai maksud), kecewa (kerana tidak sampai hajat): kalau orang lain pergi dahulu tentulah habis dipapasnya, kita ~ sahaja; 2. Pn berbohong, tidak bercakap betul, berdalih; 3. bp menge­luarkan angin melalui pelepasan, kentut; 4. bp buang air besar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.le.pas] | ملڤس

Definisi : kecewa kerana tidak tercapai apa-apa yg dicita-citakan; hampa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lepas (adjektif)
1. Bersinonim dengan bebas: ucul, merdeka,
Berantonim dengan terikat

2. Bersinonim dengan lari: bebas, lucut, tanggal, lolos, londeh, lulus,

3. Bersinonim dengan lalu: lampau
Berantonim dengan sekarang

Kata Terbitan : selepas, selepas-lepas, berlepas, melepas, melepasi, melepaskan, terlepas, lepasan, kelepasan, pelepasan,

Puisi
 

Tikus mondok tikus tempang,
     Makan dia atas para;
Gadai golok gadai parang,
     Nak melepas rial belanja.


Lihat selanjutnya...(5)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Nak tanya yg mana simpulan bahasa yang betul; 1.Bagai melepas batuk di tangga atau bagai melepas batok di tangga. 2. Harapkan pagar, pagar makan padi atau Harapkan pegar, pegar makan padi. Terima kasih.Pendapat baharu tentang peribahasa “Harapkan pegar, pegar makan padi” (Harapkan pagar, pagar makan padi) yang banyak dibincangkan di ruang maya ini belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Tidak ada maklumat terperinci tentang peribahasa dalam pangkalan data kami. Peribahasa  ialah khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk asalnya tetap dikekalkan. Begitu juga dengan peribahasa “Melepaskan batuk di tangga”. Walaupun pendapat yang mengatakan bahawa yang benarnya ialah “Melepaskan batok di tangga” semakin digemari, buku peribahasa masih mengekalkan bentuk yang sedia ada. Peribahasa ialah perumpamaan atau ibarat dan kita boleh menerangkan maksud peribahasa berdasarkan bandingan objek-objek dalam ungkapan berkenaan.Lain-lain23.02.2013
Perkataan lawan bagi "menarik" ialah_____ A. Menghulur B. Melepas C. Menyorong D. MendorongUntuk makluman, perkataan lawan yang tepat untuk menarik ialah menolak . Oleh sebab dalam jawapan yang diberikan tidak terdapat perkataan "menolak", jawapan yang paling hampir ialah mendorong. Walau bagaimanapun, ketepatannya bergantung pada konteks penggunaan.Tatabahasa08.07.2014
Sila terangkan maksud/makna dan juga contoh peribahasa berikut :- 1) Seperti melepas batuk di tangga Apa kah yang dikatakan 'Batuk'? adakah ianya airliur atau kahak yang keluar dari mulut ataupun 'batuk' adalah sejenis gayung ceduk air untuk basuh kaki terletak ditepi tangga bersama tempayan berisi air yang ada pada setiap rumah dahulu kala. Apakah kaitan dan peranan 'Batuk' ini pada peribahasa tersebut? 2) Burung terbang dipipiskan lada Apakah maksud yang tersirat pada perumpamaan ini? Mohon terangkan lebih mendalam Sekian. Terima ksih

Puan Khadijah,

Batuk ialah seperti yang puan jelaskan. Tetapi bagi maksud yang sama dengan gayung ejaannya ialah batok - dalam bahasa Jawa.

Bagi burung terbang dipipiskan lada ia bermaksud belum pun kita dapat sesuatu yang kita kehendaki namun kita telah terlebih dahulu membayangkan apakah yang akan kita lakukan sekiranya kita mendapatnya.

Makna22.05.2010
Tuan, Mohon kepastian daripada tuan. Pepatah sebenar : Harapkan PEGAR, PEGAR makan padi. Pegar: sejenis burung/ayam yang makan serangga dan bijirin. Kesilapan pegar menjadi pagar kerana pemindahan ejaan jawi kepada rumi. Pepatah kedua : Bagai melepas BATOK ditangga. Batok: tempurung yang digunakan menceduk air.Mencuci kaki di tangga. Kesilapan batok menjadi batuk, kerana proses pemindahan ejaan jawi kepada rumi. Harap tuan dapat mengesahkan maklumat ini. Terima kasih.Pendapat (kedua-dua peribahasa) yang banyak dibincangkan di ruang maya ini belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Maklumat terperinci tentang peribahasa tersebut juga tidak ada dalam pangkalan data kami kecuali  peribahasa (asal) yang kita ketahui.Tatabahasa30.12.2011

Kembali ke atas